Friday, December 23, 2011

Tip Bercuti Dengan Kos Minimum

Sambil klik sana klik sini...browse sana browse sini
terjumpa satu topik yang agak menarik kat laman wed Pa&Ma
"Tip bercuti dengan kos yang minimum",
Jom share sama-sama, boleh jadikan panduan untuk kita sekeluarga pergi bercuti atau melancong...

Buat Perancangan Awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.

Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Pilih Masa Yang Sesuai
Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah.

Tempat Penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.

Memasak Sendiri Makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.

Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak Makanan Yang Ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa Bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.

Beli Yang Perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

Korang yang ada anak kecik selalu bawa stroller tak semasa bercuti? Aku selalu jugak bawa sebab satu memudahkan kita handle si kecik yang satu lagi untuk keselesaan si kecik tu.

Sekarang aku tengok dah banyak kemudahan yang disediakan untuk rakyat melancong di dalam negara. Hotel-hotel budget sekarang pun dah cantik dan bersih tak macam dulu lagi.

Paling menjimatkan bagi aku adalah melancong ke tempat yang kita boleh gunakan kenderaan sendiri. Ini memang menjimatkan.

Jadi, apa lagi rancang percutian anda. Jom kita bercuti.



Ni pun jimat juga. Bayar untuk masuk Aquaria tapi boleh sampai Pulau Redang. Korang nampak tak Azim tengah confuse tengok air laut

Thursday, December 22, 2011

Jom Jalan-jalan ke Titi Semeling, Sungai Petani

Korang dah pernah sampai ke Titi Semeling, Sungai Petani?
Aku baru sekali sampai sana. Cantik juga tempat tu yer.
Maaf yer model dalam mood berhari raya. Jadi harusla berbaju melayu.
Jom kita layan gambar yer untuk entry kali ni.


Mula-mula masuk kita akan jumpa papan tanda ni (ehh..yang ni orang panggil papan tanda ker?)








Tuesday, December 20, 2011

Aku Rindu Mereka



Kadang-kadang aku merindui mereka.
Sama-sama melalui zaman-zaman muda remaja (sekarang ni pun aku masih muda lagi tau)
Sama-sama pening..Sama-sama ting tong
Makan sama, lepak sama, kadang-kadang tido sama-sama
Sama-sama ketawa, sama-sama sedih
Gosip sama-sama (best tu...macam la korang tak pernah bergosip kan..)
Peredaran masa buatkan kami agak sukar untuk berjumpa. Nasib baik ada facebook kan.
Sehingga kini kami masih berkawan baik.
Terima kasih atas persahabat ini.
Sahabat adalah salah satu kurniaan dari Allah.




K.A.M.I

Saturday, December 17, 2011

Letih nyerr...

Bukannyer banyak sangat pun yang aku buat setiap hari tapi still aku rasa letih...
Anak baru seorang dah mengeluh letih...Hehehe tapi dalam hati duk memasang angan-angan ingin menambah ahli keluarga...Hahaha semoga dimakbulkan Allah di tahun 2012..
Bila masuk bulan Disember jer aku mula rasa yang padat nyer jadual bulan nih...
Hahahaha..korang jgn salah sangka, bukan padat dengan kerja padat dengan aktiviti berjalan dan makan kenduri..
Last week kami sempat lagi ke pameran LIMA 2011 di Pulau Langkawi, org memang ramai sangat.
Pasal LIMA 2011 nanti aku buat entry lain yer..
Pasal rumah yang kami beli Alhamdulillah dah selesai prosesnya dan dah dapat pun kunci rumah..
Memandangkan sebelum ini rumah tersebut didiami oleh penyewa lelaki berstatus bujang maka hendaklah anda semua faham keadaan rumah tersebut ya (tetiba aku buat ayat skema raya nihh..hehehe)
Kami belum berjumpa dengan mana-mana kontraktor yer untuk bincang pasal ubahsuai.
Ini pun buat aku letih, apa yang aku bayangkan tak dapat dibayangkan oleh Mr. Ayah (apasal tetiba time ni susah betul kami punya chemistry nak bersatu nihh).
Kami beli rumah murah jer, itu jer yang termampu..Terima kasih yer Mr. Ayah..
Korang nak tengok rumah tu? Kang korang terkejut kottt...Faham-fahamlah rumah secondhand (ini Mr. Ayah yg bagi gelaran yer)
Nantilah yer aku cuba usahakan untuk membuat entry pasal rumah tu...
Bulan disember juga Mr. Ayah cukup sibuk dengan kerja di pejabat dan juga urusan keluarga di kampung..jadi aku terpaksalah berlakon menjadi seorang yang independent (...yelah sangatkan)...
Kalau menjadi yang menurut perintah nih pun meletihkan juga (dalam konteks kerjaya yer)
Esok pagi nak balik Penang. Suka kalau balik Penang. Dari sebelum kawin lagi aku suka ke Penang sebab bagi aku Penang ada segala-galanya (...ditekankan bagi pendapat akula..lain orang lain pendapat nyer..)
Penang ada pantai yang membuatkan aku rasa bercuti di pulau peranginan..Penang pun ada shopping complex yang besar dan complete untuk menipiskan poket aku. Sebab itulah aku suka...(pssttt...sebelum pergi shopping aku janji pakai duit sendiri, bila sampai sana kena buat muka sedih sikit untuk meraih simpati. Selalunya berjaya juga taktik ni. Tapi...ada tapi nyer lepas tu mesti aku kena pau balik dengan Mr. Ayah)
Selamat berhujung minggu semua...Jam dah menunjukkan pukul 12 malam tapi ada selonggok baju lagi yang nak kena lipat...Ohhh..tengok jer aku dah rasa letih..
Bukan mengeluh tapi saat ini aku merasa letih neyrrr....
Hehehe...



Friday, November 25, 2011

Apa Itu Trantrum?






Sebelum ni aku cuma biasa dengar perkataan ini. Trantrum.. Yang lebih merujuk kepada tingkahlaku di mana seorang kanak-kanak berusia antara 2 hingga 3 tahun melepaskan perasaan. Dalam erti kata yang mudah, kita akan cakap masa budak-budak suka buat perangai.

Sekrang aku rasa Azim pun sedang melalui fasa ini. Ohhhh....kadang-kadang buat aku rasa macam ergggggg....Nak marah lebih-lebih baru umur 2 tahun. Selalunya Azim akan buat perangai bila waktu kami suami isteri baru balik kerja. Time ni macam-macam dia akan request dan bila permintaan di tolak mulalah terjadi adegan drama.

Selalunya bila Azim melepaskan perasaan dia, tindakan kami adalah:

1- Pujuk
2- Kalau tak jalan dengan pujukan, kasi warning sikit
3- Kalau warning pun tak jalan, biarkan dia sekejap. Selalu time biarkan dia ni, tangisan tu dah jadi tangisan syahdu dah. Sambil mata dia akan jeling-jeling, nak minta suruh pujuk la tu.
4- Ok cuba pujuk sekali lagi, selalu akan OK masa nihh. Mesti termakan pujuk punyalah.
5- Kalau still duk menangis. Di tambah dengan adegan guling-guling ala hindustan. Masa ini Queen akan take over the situation (Queen tu sapa lagi mestila ibunya..hehehe). Masa ini, kena kuat sikit sebab aku akan angkat dia letak depan cermin dan cakap "Tengok tu, siapa yang teyak tu? Heeeee..tak malu". Time ni Azim akan cover-cover nangis sebab mungkin dia pun rasa buruk rupanya kalau nangiskan.
6- Last sekali kalau tak berjaya juga aku akan tinggalkan dia, jauh sikit dari dia. Pastu aku cakap "Ok..Tak mau dengar cakap ibu yer. Dah jangan kawan dengan ibu. Jangan duduk dekat ibu. Duduk sana. Jangan mai kat ibu. Hehehehe..selalunya taktik ini pasti berjaya. Pastu dia mesti dengan sedu sedan dia cepat2 lari dtg kat aku. Pastu suruh aku peluk dia. Hehehe...bila dia datang tu mula-mula aku buat jual mahal sikit sambil berlakon nangis huhuhu..kasi touching..dia mesti cepat2 lap pipi aku dan suruh aku peluk dia.

Bila dah dia ok, dah tenang. Aku cuba berkomunikasi. Aku cuba bagi nasihat. Walaupun pada peringkat umur 2 tahun ni dia belum faham sepenuhnya tetap juga aku nasihat. Aku bagitau dia yang apa dia buat tadi tu salah. So next time jangan buat lagi. Ibu dan ayah marah bukan sebab tak sayang tapi apa yang dia buat tu salah. Apa yang boleh ibu bagi, mana yang tak boleh ibu akan larang.

Hati ibu pasti berat nak marah anak-anak. Tapi kadang-kadang terpaksa, supaya anak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Aku cuba juga survey tentang apa yang dimaksudkan dengan tingkahlaku tantrum.

Ada berpendapat:

Sebenarnya, saya kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk tantrum di dalam bahasa Melayu. Mengamuk? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuannya ketika anak anda sedang tantrum. Tapi, tantrum membawa maksud lebih dari mengamuk. Mengamuk mungkin menunjukkan perlakuan seseorang yang hilang kawalan, tetapi seseorang anak yang tantrum sebenarnya cuba mengatasi perasaan kecewanya dan ia merupakan satu petunjuk yang anak anda mula belajar memahami perasaan dan dirinya sendiri. Percaya atau tidak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak anda. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak anda cuma mengamuk dan degil.

Walaupun tantrum dianggap normal, anak-anak perlu tahu yang perbuatan tantrum itu bukan sesuatu yang boleh diterima. Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak memahami dirinya dan belajar membezakan yang betul dari yang salah. (Kredit untuk duniaanakku.blogspot.com)

Cuma hasil daripada pembacaan aku, sebagai ibu bapa kita perlu pandai menangani situasi ini. Yang penting jangan mudah menyerah mengikut kemahuan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak akan menganggap tingkahlaku ini merupakan salah satu senjata yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu.

Jangan sekali-kali memukul anak waktu ini, kerana anak-anak akan lebih cenderung untuk melawan. Jika ini dibiarkan akan menyebabkan anak kita menjadi seorang yang suka melawan.

Biarkan sebentar anak-anak yang sedang mengamuk tu sambil ibu bapa memerhatikan. Pastikan keadaan sekeliling berada dalam keadaan selamat. Elakkan barang-barang yang merbahaya.

Alam ibu bapa itu merupakan pengalaman yang indah. Enjoy dan jangan anggap tugas membesarkan anak-anak itu satu beban.



Tengok...kat shopping complex pun dia boleh buat aksi..




Time makan pun dia boleh mengamuk bila ada yang tak kena



Ni time kenduri pak chaq

Tapi......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ibu dan ayah pasti cair bila Azim senyum

Saturday, November 19, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Kisah dan teladan






salam sejahtera dan jutaan terima kasih pada semua yg sudi melawat blog aku nihhh... walaupun blog ni kurang aktif sejak dua menjak ni... disebabkan kekangan masa.Walaubagaimana pon aku akan akan cuba utk tidak membiarkan blog aku bersawang terlalu lama (sbb tiap2 hari akn bukak blog ni..Sekadar tgk jer x sempat nak updates blog + idea takde)..

Kebetulan plak ari ni aku free skit jadi aku search tentang Mustapha At Tartuk Bekas PM Turki sbb aku ada terbaca dlm paper. Mungkin ramai yg tahu siapa beliau... di sini ada sedikit mengenai beliau.

Dan seorang lagi pemimpin jugak yg kisahnya menjadi berita hangat seluruh dunia ialah Muammar Gadaffi. Apa yang aku cuba nak sampai ialah perbezaan antara mereka berdua dan apa yg pernah dilakukan oleh mereka.


Mustapha Kamal Attaturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan >
tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah
tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh
askar itu.

Muammar Gadaffi
Muammar Gadaffi

1. Elektrik & Air Percuma untuk unit kediaman

2. 1 liter petrol bersama 0,08 EURO

3. TIADA CUKAI, PERCUMA

4. Pelajar yang belajar di luar negara menerima gaji 1627 Euro

5. Setiap pelajar yang tamat pengajian akan mendapat gaji sehingga dia mendapat kerja

6. Setiap keluarga Libya mendapat 300 Euro setiap bulan selagi mereka berdaftar

7. Pasangan yang baru berkahwin akan menerima tanah berkeluasan 150 meter persegi bagi tujuan pembinaan rumah kediaman

** Disini jelas agenda barat untuk memecah belah umat islam .. Jadi tepuk dada tanya hati..

Sunday, July 31, 2011

Musim Buah

Lamanya aku tak berblog.
Bukan tak rindu. Aku rindu tapi aku Malas.
Aku tak segigih kawan-kawan yang lain.
Ini semua gara-gara aku ada 2 kerja dalam satu masa.
Setiap hari rasa penuh jer jadual aku.
Aku boleh survive cuma ada sebahagian yang aku terpaksa lepaskan.
Aku seronok sebab jadual harian aku padat.
Dulu aku ingat balik sini aku akan jadi fulltime housewife a.k.a fulltime blogger
Tapi....rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..
Apa kes pulak aku melalut pasal kerja dan jadual aku nih.
Aku nak citer pasal musim buah.
Musim buah kali ni aku rasa cukup puas.
Rezeki orang mai hantaq kat rumah, pi beli kat market kata orang kedah
Ada juga maklang aku mai hantaq
Almaklumlah..dah tak balik ambik kat kg..
Bukan lupa daratan tapi yang ada disekeliling pun terlebih makan
Lagipun kebun tok kat Sg Pasir tu lama dah tak p..duk atas bukit
Anak-anak toksu sajalah yang duk jaga..Kalau depa ingat kat kami depa hantaq
Kalau tak hantaq pun tak kisah sbb tu sumber pendapatan depa seisi keluarga
Musim buah kali ni aku puas. Puas sebab aku boleh makan sepuasnya.
Yang aku pelik lepas aku bersalin, tetiba aku jadi kemaruk nak makan buah.....





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hahaha jangan la marah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
buah durianlah buah apa lagi. yang peliknya dulu aku tak makan durian. ayah siap paksa. tapi sekarang yummy..huhuhu. nak hilang sora di buatnyer. makan pulak dengan pulut tanak. muahahahahaha..menjilat jari.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
plus pulak kat rumah sentiasa ada buah rambutan. azim geli ok tengok rambutan. terokla anak ibu nih..stok beli kat pasar atau orang kasi sentiasa ada kat rumah.
nak tahu lagi apa buah yang aku duk balun hari-hari?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng..jeng..jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dokong, manggis dan cempedak. huhuhuhu...2 tahun lepas aku duk tengok saja. duk meleleh ayaq lioq. tahun ni aku sebat cukup-cukup. makan punya makan sampai panas. pastu mulalah rasa perut berangin, sakit perut plus ceber. huhuhu, pastu aku buat muka confius..kenapa yer org sakit perut..ceber lg.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
satu lagi buah mamplam. ni pun ayah aku selalu beli stok. bukan setakat beli siap kupas buh dalam peti sejuk. huhuhu senang untuk dimakan. ni makan ngan pulut tanak tanpa santan pun terangkat.


memandangkan bulan puasa dah menjelma, buah durian terpaksa dikurangkan atau diberhentikan sementara waktu. macam tak sesuai pulak nak berbuka atau makan soq dengan duriankan. Kalau durian aku makan yang fresh sahaja. Kopek terus makan. Simpan-simpan chek tak makan. tempoyak lagilah chek tak makan. Ada juga cerewetnyer..
Tapi tadi balik kerja aku tengok kawan mak mai hantaq durian lagi plus dengan tempoyak. Agak2 mak nak buat apa yer??????

p/s: terima kasih uncle google atas sumbangan gambaq.

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Datang Lagi: Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

Dah hampir 2 minggu kita semua menyambut ramadhan. Kepada kawan-kawan semua kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga Ramadhan kali ini memberi lebih makna dan keberkatan kepada kita semua. Selamat berterawih kawan-kawan semua. Kali ini kami sambut Ramadhan di Jitra. Walaupun dah berpindah balik ke kampung halaman tercinta. Tempat kami mula bertapak dalam rumahtangga tetap tidak kami lupakan. Kenangan berpuasa di Gombak, Kepong dan Petaling Jaya tetap dalam ingatan. Ohh tidak lupa juga Stesyen Minyak Shell LDP dekat dengan Kelana Jaya, pernah menjadi tempat kami berdua berbuka puasa pada tahun 2007.

Untuk renungan kita bersama (kredit to www.rakanmasjid.com). Syukur kepada Allah kerana kita dapat bertemu Ramadhan lagi untuk kali ini.

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.

Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.

Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.

Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.

Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.

Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.

Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.

Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.

Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa.

Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.

Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.

Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa

Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).

Selain itu, bulan Ogos juga merupakan bulan kemerdekaan bagi negara kita. Sama-samalah kita bersatu pada dalam menjaga maruah dan kemerdekaan negara kita ini. Sama-samalah juga kita berdoa semoga bumi tercinta ini sentiasa aman damai, ekonomi negara yang stabil dan makin meningkat, rakyat bersatu padu dan bebas dari anasir luar yang mampu merosakan kedamaian dan kemakmuran negara kita. Tema hari kebangsaan tahun ini adalah 1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Thursday, June 2, 2011

Our Anniversary







Sedar tak sedar dah 6 tahun kami kawin. Banyak suka duka yang telah kami kongsi bersama-sama. Suka dan duka yang menambahkan nilai kasih sayang kami.
Kawan-kawan asyik tanya bila nak tambah sorang lagi? InsyaAllah kalau ada rezeki memang la nak, nanti kami berusaha kearah itu. Doakan kami yer..Hihihi..
Harapan dan doa kami, semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat di samping anak-anak yang soleh dan solehahan, disamping keluarga tersayang.
2 Jun 2011 - adalah tahun ke-6 kami sah menjadi suami isteri
22 Mei 2011 - merupakan tahun ke-12 kami berkenalan. lamakan kalau dilihat dari angkanya.
Tapi hubungan ini dirasakan masih seperti baru sahaja. Hubungan ini masih seperti dahulu. Ada tawa, ada tangis dan ada pertelingkahan kecil yang mewarnai dan menjadikan hubungan ini cukup indah.
Dia sentiasa ada apabila aku perlukan dia. Dan aku pasti ada pada saat dia perlukan aku. Kenangan yang paling tak boleh kami lupakan adalah semasa aku tengah sarat mengandung 7 bulan, Mr Hubby terpaksa menjalani emercency operation sebab apendiks. Betul-betul menguji kami. Hanya kami berdua, keluarga jauh di kampung. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ini bila menanti di luar bilik pembedahan (OT). Bila keluar ja dari OT dia terus mencari aku. Sebab dia tahu aku pasti setia menanti. Kejadian yang sama semasa aku terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan Azim. Selesai saja pembedahan terus aku memaklumkan pada nurse supaya memanggil suami aku di luar. Aku tak nampak dia tapi aku pasti dia ada menanti. Dari depan bilik OT itu aku melambai dan seperti yang dijangka dia hadir di depan aku.
Harapan dan doa kami semoga perkahwinan ini terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami. Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami.

Wednesday, May 18, 2011

Pemilik Bersama: 40 Kesilapan Mendidik Anak-anak





Cabaran dalam mendidik anak-anak. Kadang-kadang bila melihat sesuatu terjadi kita jadi terfikir mengapa perkara ini boleh terjadi. Mendidik anak-anak zaman moden ini pendekatan yang diambil adalah berbeza dari pendekatan zaman datuk nenek kita. Bukan bercakap bahawa mereka tidak baik dan tidak pandai tapi peredaran masa telah membawa perubahan dalam pemikiran dan kehidupan anak-anak kita. Dalam membesarkan anak aku cuba untuk memberi ruang untuk anak menerokai potensi diri dan ruang diri sendiri. Tapi kita masih perlu untuk membimbing. Sedaya upaya aku mengelak untuk aku meninggikan suara dan menengking. Bukan aku terlalu memberi muka kepada anak tetapi aku rasa pada zaman yang serba moden dan mencabar ini kita perlu lebih pandai untuk berinteraksi dengan anak-anak. Semoga apa yang kita ingin sampaikan didengari dan difahami dalam keadaan yang tenang tanpa perlu ada ketegangan. Memberi dan menerima dalam hubungan ibu dan anak adalah lebih baik dari bersifat diktator. Aku sendiri bila fikirkan bosannya kalau jadi seorang ibu yang hanya suka mengarah dan memarahi tanpa cuba untuk berdiplomasi dan memahami. Memangla anak aku masih kecil tapi dari kecil, mahalan dari dalam perut lagi hubungan dan kasih sayang antara anak dan ibu itu telah bermula. Aku lebih suka bersikap telus dan berinteraksi dengan apa yang aku tidak gemari. Begitu juga dalam hubungan suami isteri. Aku lebih senang untuk meluahkan apa yang aku tidak suka dan aku nyatakan sebabnya. Disitu suami boleh menilai dan memikirkan. Kalau dia tidak sependapat kita boleh berbincang. Walaupun tegang sekurang-kurangnya perkara itu dapat diselesaikan dan tidak akan ada rasa tidak puas hati dikemudian hari.
Bila memandang Azim setiap pagi, aku selalu berfikir. Apalah guna kalau aku hanya memberi arahan sahaja pada Azim. Azim no..azim cannot..azim, u must do this..semua arahan diberi tanpa sebab dan musabab. Kalau aku pun aku akan rasa argghhhh....Aku juga takut seandainya aku terbawa-bawa sikap diktator ini sehingga Azim besar dan dewasa. Aku rasa lebih baik kalau aku bersikap memberi arahan sambil menerangkan sebab serta akibat. Walaupun dia masih kecil dan tak faham biarlah sekurang-kurangnya aku belajar untuk berinteraksi dengan dia dan sehingga dia besar akan terus wujud interaksi yang baik antara aku dan dia. Aku bukanla terlalu sempurna tetapi aku mengharapkan aku adalah orang yang paling rapat dengannya. Aku adalah ibu, teman dan kawan untuknya. Aku harap sehingga dia besar hubungan komunikasi yang baik antara ibu dan anak akan terus kekal.
Aku seorang ibu yang baru belajar tentang dunia keiibuan. Kalau ada salah dan silap betulkan aku yer kawan-kawan.

40 kesilapan mendidik anak
oleh Dr. Hassan Ali

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Friday, April 29, 2011

The Royal Wedding - Prince William & Catherine Middleton



Kad Jemputan Perkahwinan Diraja William & Catherine Middleton

29 April 2011 adalah hari perkahwinan diraja Britain - Prince William & Catherine Middleton. Kalau di Britain semua orang sibuk cakap pasal perkahwinan ni lah. Tapi di Malaysia ni ramai yang tak tahu pun. Yelah mungkin sebab ia tak melibatkan negara kita. Apapun kepada peminat pasangan ini esok boleh tengok di tv majlis perkahwinan ni. Di NTV7 kalau tak silap bermula pukul 3 petang.
Pasangan ni sama cantik sama padan. Ramai yang beranggapan Kate akan jadi seperti Puteri Diana. Namun semoga kebahagian menjadi milik William & Kate. Dulu aku minat juga baca citer pasal Puteri Diana ni. Berkahwin dengan bakal pewaris tahkta bukannya mudah. Tambahan pulak Puteri Diana bukan berasal dari istana. Tapi kesian juga bila pengakhirannya macam tu. Secara moralnya, siapa pun kita tak kisahla sama ada kaya atau miskin. Dalam perkahwinan itu, kasih sayang, rasa hormat, tolerasi, dan kesetiaan serta kepercayaan itu penting. Wang dan kedudukan tak dapat membeli segala-galanya.
Anyway, congratulation to William and Kate for your wedding.





William & Kate Charles & Diana

Wednesday, April 27, 2011

Pemilik Bersama: Cinta Lama Berputik Kembali

Dua minggu lepas aku pening dengan data-data dan nak recall balik segala ilmu pengetahuan yang dah lama tinggal. So minggu ni agak tenang. Hehehe. Tapi tak sempat juga nak berblog sebabnya aku kembali mengadap cinta lama ku. Cinta lama berputik kembali. Oppss...jangan salah anggap ok. Ni bukan pasal curang atau orang kedua atau ketiga. Cinta lama yang aku tinggalkan ialah keseronokan membaca novel. Syahdu syahdan rasanya. I feel young ok (sebab aku baca buku cinta remaja..kuikuikui). Tapi memang aku rasa gembira dan yang paling aku suka aku rasa otakku kembali berkerja. Rasa fresh. Dah aku baca, terpaksa la Mr. Hubby mendengar aku komen pulak. Huhuhu..Yang pasti bila aku nak bercakap pasal buku, dia mesti senyum. Sebab dia tahu aku akan buat ulasan. Hahahaha. So terpaksala dia dengar aku mengulas. Tapi yang tak best tak ada perbincangan. Errmm..tak mungkin Mr. Hubby akan membaca novel aku ni dan aku juga tak mungkin sanggup membaca semua komik-komik dia.
Aku terpengaruh dengan adik aku. Dek kerana penangan drama kau laksana bulan. Aku cari novel kau laksana bulan pulak. Semua aktiviti ni aku buat di malam hari. Selepas selesai kerja aku dan Azim dah tidur. Sanggup tu bersengkang mata. Minat punya pasal weii...Agak-agak Mr. Hubby nak tidur jer baru aku mulakan aktiviti aku. Bila dua hero dah tido dan keja dah selesai, maka ini adalah masa untuk diri aku sendiri.

Aku: B, org baca novel yer..
Dia: Ermm (mesti dalam hati dia kata, ok b tido dulu)

Esok pagi.
Dia: Dah baca sampai mana? Semalam tidur pukul berapa? Rasanya setiap kali terjaga tgk duk membaca lagi.
Aku: Dah habis dah. Tidur pukul 3.30 pg.
Dia: Aiii..satu hari satu buku nih..setiap minggu kena beli 7 buku. Sewa jelah lain kali.
Aku: Memang la org mcm tu. Kalau baca mesti sampai habis. Mana seronok stop-stop. Ala..mana best sewa. Jangan la berkira, tak minta satu hari satu buku pun. seminggu satu pun jadi. hehehehe..
Dia: Tu pakai duit elaun bulanan sendiri yer..
Aku: Ok. No hal..

Satu kepuasan sebenarnya membeli buku. Dulu masa bujang mak kadang-kadang angin dengan aku sebab aku boleh sehari suntuk duk dalam bilik baca novel. Syiok oo.. Feeling2 la konon. Hahahaha menjiwai watak la katakan.
Tapi aku ingat lagi aku mula ghairah membaca buku cerita/novel selepas aku habis UPSR. Masa tu kan tak der kerja. Setiap hari cikgu suruh bawa buku cerita. Pastu kat sekolah pulak ada program nilam. Setiap minggu siapa baca buku paling banyak dapat hadiah masa perhimpunan. Di tambah pulak dengan mak bawa balik semua siri buku cerita penyiasatan macam hardy boys dan 5 sekawan. Masa tu seronoknya kurasakan. Pastu aku rajin pula pinjam dengan kawan aku, abang dia rajin beli buku bercakap dengan jin. Huhuhu, berani plak aku baca buku macam tu kan.
Dah masuk sekolah menengah dan universiti, mestila baca buku novel cinta. Hahahaha..Dulu masa sekolah menengah mak bagi duit elaun sekolah setiap bulan. Sebabnya mak nak ajar cara untuk manage duit. So pandai-pandaila aku nak gunakan duit tu macam mana. Strategi aku, awal bulan hingga pertengahan bulan aku guna duit ikut keperluan jer, hujung bulan bolehla aku beli apa yang aku nak beli. Selalunya aku beli novel. Masa ni creative publishing la. Cinderella, lagenda budak setan, ratnaku dan macam-macam lagi. Semua aku beli. Seronok jer tengok buku tu bersusun kat rak.
Kalau buku setebal 600-700 muka surat, 3 jam aku boleh habiskan. Sekarang aku rasa speed reading aku dah slow la berbanding dulu. Dulu masa kat sekolah ada join program speed reading. Kalau betul2 belajar memang kita dapat baca dengan cepat. Tapi yang uniknya kita tetap faham dan ingat apa yang kita baca tu. Cara kita baca tu macam sekali lalu/sekali pandang, tp alhamdulillah otak kita dapat tangkap.
Seronok bila bercakap pasal buku ni. Memang aku teruja. Aku harap suatu hari nanti Azim dan anak-anak yang lain (insyaAllah) pun akan suka membaca dan anggap membaca sesuatu yang menyeronokkan. Banyak ilmu yang kita dapat dari membaca. Bila Azim dah besar kita baca buku sama-sama yer nak. Owhh...i can imagine how lovely and sweet when father, mother and children sitting together and reading their on books.
Tahun ni tak dapat ke pesta buku antarabangsa KL sebab dah pindah ke Kedah.



p/s: sekarang tengah duk aim buku, Doctor in the house - Mahathir Mohammad. Akan ku pastikan tak lama lagi buku tu ada dalam koleksi ku. B nak sponsor ker nak kena pakai duit elaun juga ni?

Monday, April 18, 2011

Pemilik Bersama: Tak Ada Tajuk






Dah bersawang blog kami nih...Tak sempat nak belek2 dia hari2 macam selalu. Macam biasa alasan yang aku bagi ialah kami berdua sibuk. Mesti korang cakap apalah yang disibukkan oleh seorang surirumah macam aku nih..Hehehe..sekarang aku dah upkan sikit profil aku. Aku sekarang jadi freelance sebagai pembantu penyelidik. Maknanya aku buat keja kat rumah, cuma sekali atau dua kali seminggu aku akan jumpa penyelidik yakni bos atau customer aku untuk discussion berkaitan progress keja. Yang aku suka ialah aku keja balik dengan bos lama..Sukerrrr sangat you all tau.
Tapi di dalam kesukaan aku tu. Sebenarnya aku agak pening untuk membahagikan masa antara keja rumah, anak dan keja penyelidikan aku tu. Hehehe aku buat penyelidikan kuantitatif jer so tak yah nak pakai lab. Hanya bermodalkan laptop/PC dan perisian SPSS. Setelah lama aku tinggalkan keja ni, so aku agak lambatla juga. Hahaha dulu aku otai(perasaan jap) tp sekarang dah macam new comers. Aku terpaksa recall balik semua skill dan kemahiran aku. Dalam nak recall tu kadang2 terbantut dek kena menguruskan Azim. Baru aku nak cari ilham..nak mengira ker tetiba Azim yak yak pulak. Kadang-kadang tu time aku nak wat keja nilah dia nak bermanja. Dia suka la kalau aku panggil dia anak kemanjaan ibu atau hey baby..terus lentuk manja. Dugaan.
Jadi minta maaf buat kawan-kawan sebab sementara waktu ni tak sempat nak ronda-ronda ke blog korang. Terima kasih pada yang masih sudi melawat blog kami ni walaupun tak ada entry baru.
Dalam masa yang sama pening duk fikir pasal nak beli rumah. Bukan nak beli dalam masa terdekat atau tergesa-gesa tp aku pelik kat Jitra ni semua nak buat rumah double storey. Aku nak cari yang setingkat jer. Tak larat la aku rumah dua tingkat ni. Pengalaman 2 minggu aku uruskan rumah mak aku ni macam nak pengsan aku. Hehehe pemalas sebenarnya.
Ok kawan-kawan nanti bila aku dah siap bertapa ilmu spss, aku akan kembali aktif berblogging.

azim at menara taming sari
Ni la budak buchuk kemanjaan aku (lama tak buh gambaq dia kat sini)

Sunday, April 10, 2011

Pemilik Bersama: Happy Birthday Love

10.04.2011. Ada orang tu dari semalam tak boleh tido. Ada orang tu senyap ja harini. Ada orang tu tetiba minta segelas besar air oren sebagai hadiah. Ada orang tu sedih bila aku tak ucap happy birthday untuk dia.
Siapa orang tu? Siapa lagi.. Kekanda tersayang la. Tu la suprise untik En. Azmi kali ni..Hehehe
Selamat hari ulang tahun yang ke ??. Hahaha..Semoga panjang umur murah rezeki, diberkati Allah, dan dipermudahkan segala urusan serta semoga kita sekeluarga sentiasa bahagia.
Pejam celik. Pejam celik ni tahun yang ke 11 aku sambut birthday mr.hubby

Sunday, March 27, 2011

Pemilik Bersama: Anak Meragam Dan Mengamuk

Mula-mula aku tak perasan yang Si Kecik Azim ni dah pandai mengamuk bila sesuatu yang dia nak tak dapat. Lepas dua tiga kali baru aku perasan. Owhhh..dah pandai mengamuk yer minta sesuatu atau bila sesuatu tak dapat.

Pastu aku bimbang plak, adakah ini normal untuk bayi yang nak tranform ke alam kanak-kanak. Aku cuba la google..Ada sesuatu yang aku dapat kat rentis.blogspot pasal perkara ini. Jom kita share sama-sama.




SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang aktif dan cerdik. Masalahnya sejak kebelakangan ini dia sering mengamuk jika kemahuannya tidak dipenuhi dan ada ketikanya dia membaling apa saja yang ada dalam genggamannya, merebahkan diri ke lantai serta pernah juga dia cuba memukul saya.
Seperkara lagi, jika anak saya menangis, dia akan terus menangis sehingga saya datang memujuknya. Dia juga sekarang menjadi seorang yang penakut. Saya risau jika perangainya berlarutan hingga besar.

Ibu Risau,

Kuala Lumpur.

PAKAR kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Kanak-kanak peringkat itu juga akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan ‘jangan’.
Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ia hendaklah dibendung sejak mula perkembangannya.
Disertakan beberapa panduan bagaimana menghadapi anak yang suka mengamuk. Harap membantu. Juga boleh layari www.rentis.blogspot.com untuk penulisan saya yang lain berkaitan kanak-kanak.
Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:
l Mengalih perhatian anak apabila nampak simptom seperti hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.
Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
l Tenang menghadapi kerenah anak. Bacakan untuk diri anda surah al-Inshirah untuk menenangkan diri. Berdoalah dalam hati supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar dan penyayang. Berdoalah untuk anak anda dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.
Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
l Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A book of child care, memberikan seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton. Saya dapati panduan ini mujarab untuk anak saya dan kebanyakan anak di Taska. Jadi, jika anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
l Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita.
l Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
Beberapa bulan lalu, anak lelaki kecil saya mula mengamuk apabila kehendak hatinya tidak dituruti. Saya ambil pendekatan tidak peduli. Selepas dua tiga kali, dia tidak mengamuk lagi.
Apabila buat tidak tahu dia akan berhenti mengamuk. Selepas itu dia cuba menarik perhatian dan apabila anak saya sudah berusaha, barulah saya memeluk, berbincang dan dia akan kembali tenang.

Tuesday, March 15, 2011

Rotavirus

Entry ni sebenarnya dah lama nak buat tapi asyik tertangguh ja. Kesibukan dengan agenda mengemas rumah dan berpindah. Kebetulan malam ni ada kelapangan. My Little Hero Azim tido awal. Baju Mr. Hubby dah iron dan kerja rumah dah siap jadi adala peluang untuk tulis entry ni.





Pertengah bulan februari, lepas birthday aku Azim muntah-muntah, cirit-birit dan demam. Risau gak kami. Mula-mula start dengan muntah-muntah. Asal minum jer sendawa terus muntah. Sampai Azim sendiri naik takut. Mula-mula aku risau pasal takut-takut dia jadi batuk berkahak balik. Sebulan sebelum tu dia kena selsema, batuk dan demam ( yang ini nanti aku buat satu entry untuk share info dengan kawan-kawan semua ye). Start pukul 11 malam Azim muntah sampai pukul 3 pagi (4 kali muntah). Aku dan Mr. Hubby dah risau, so kami buat keputusan bawa jer pegi klinik. Dah jumpa doktor, doktor cakap perut dia banyak angin jadi cara nak hentikan muntah tu dengan bagi Azim poopoo. Doktor jab ubat ikut bontot. Tak sampai 5 minit terus poopoo dengan banyaknyer. Doktor cakap akan poopoo lagi. Ok doktor bagi ubat angin dan ubat tahan muntah.

Cakap pasal ubat tahan muntah yang ini aku tak berani nak bagi sebab ada kawan aku cakap aritu anak dia muntah-muntah, bila pi klinik doktor bagi ubat tahan muntah. Tapi bila ambik ubat masih muntah-muntah. Bila bawa ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), doktor sana marah sebab dia kata ubat tu boleh menyebabkan sawan. Nauzubillah. Sampai pukul 6 pagi, Azim muntah 2 kali lagi (dah 6 kali). Sekarang masalahnya dia tak mau minum air atau susu. Dah trauma. Dah letih juga aku tengok. Telefon mak kat kampung. Mak suruh bawa pegi hospital saja, sebab takut dia dehidrate pulak. Sekali lagi Azim ke An-Nur. Doktor suruh masuk wad untuk tambah air. Sedihnya hati ibu. Bila masuk wad, muntah dah tak ada tinggal cirit-birit saja. Tetiba demam pulak. Bila demam ibu lagila susah hati. Doktor cakap antibodi Azim sedang melawan virus tu. Ini adalah normal. Ada sekali suhu naik sampai 40 darjah celcius. Azim sampai menggigil. Risau dan sedih sgt hati ibu. Ibu dan ayah kuatkan hati. 5 hari 4 malam juga kami berkampung dekat An-Nur tu.

Pelajaran baru yang ibu dan ayah terima ialah bila demam menggigil, untuk bayi selimutkan dulu sehingga gigil tu hilang. Selalunya masa menggigil badan bayi sejuk. Lepas selimut beberapa ketika badan akan jadi panas dan gigil akan hilang. Masa ni kita hendaklah spogging badan anak kita. Basahkan kepala, celah ketiak dan celah kangkang. Ini membantu menurunkan panas badan. Pakaikan baju kapas yang longgar-longgar. Ini aku dah pernah cerita dalam entry lepas - pasal demam.

Rotavirus tak ada ubatnya. Ia akan baik dengan sendiri apabila virus habis keluar melalui najis. Di sini kita perlu pemerhatian yang teliti sebab, bayi akan kekurangan air. Dehidrate cukup merbahaya. Rawatan yang Azim terima ialah pemantauan yang kerap, susu dan makan dikurangkan cuma bergantung dengan drip sahaja. Sedih sangat-sangat tengok Azim letih sahaja. Hati jadi lagi sayu bila Azim bangun Azim senyum kat ibu. Menitik air mata. Azim memang kuat dan tabah. Dia tak merengek dan sebolehnya dia nak aktif macam biasa cuma terhalang oleh drip air di tangan.

Seminggu aku tak tido. Setiap masa dan saat hanya untuk Azim. Masa tu makan pun tak rasa apa-apa. Masa tu hati dan jiwa aku teringatkan mak kat kampung. Aku tau mak risau tapi dalam masa yang sama mak sibuk dengan persiapan untuk menunaikan umrah. Aku cakap kat mak, tak pa jangan risau. Nanti apa-apa cheq habaq kat mak. Lepas habis cakap dengan mak aku mesti menangis sambil peluk Mr. Hubby. Inilah cabarannya bila kita jauh dari keluarga dan saudara mara. Nilai yang perlu kita bayar bila diperantauan.

Di sini aku nak share info pasal apa itu rotavirus:

Kita kena perhatikan dan awasi anak-anak apabila mereka muntah dan cirit birit. Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.

Apa itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Perkataaan “Rota” yang bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa elektron mikroskop. Dalam kebanyakan kes,kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun yang mendapat penyakit ini selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Malangnya jangkitan Rotavirus pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun boleh menyebabkan keadaan yang agak serius malahan boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun, jangkitan Rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan selalunya tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada susu ibu. Kebanyakan kanak-kanak boleh dijangkiti Rotavirus sebelum berumur 5 tahun. Dengan jangkitan yang berulang, seorang individu akan meningkatkan tahap immunitinya terhadap jangkitan virus ini.

Punca jangkitan Rotavirus

Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai Gastroenteritis Akut.

Gastroenteritis biasanya dikaitkan dengan masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes ianya dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.

Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.

Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Apakah simptom jangkitan Rotavirus?

Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.

Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.

Rawatan

Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.

Kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan (sudu, garpu, cawan dan pinggan mangkuk), alatan permainan, lantai serta tahap kebersihan makan yang disediakan perlulah sentiasa berkeadaan bersih. Semua langkah tersebut mampu mengelakkan jangkitan Rotavirus tersebar terutamanya kepada bayi anda.

Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan. Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.

Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.

Langkah berjaga-jaga yang umum

Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.

Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus yang boleh diberikan kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda.

sumber dari website DarulEhsan Medical Centre Dr. Varughese Koshy Pakar Pediatrik).

Monday, March 14, 2011

Pemilik Bersama: Anak-anak Mudah Meniru

Betula la kata ahli sarjana anak-anak mudah meniru perlakuan ibu bapa dan orang dewasa.

Ini terjadi pada aku. Sekarang Azim suka panggil ayah dia B. Tiru sapa tiru aku la. Habis tu takkan aku nak panggil Mr. Hubby ayah? Dah terbiasala panggil B - mudah, ringkas dan mesra (hahahaha jgn muntah dengar statement aku yer). Kalau aku panggil Mr. Hubby, ayah. Nanti akan jadi kekeliruan pulak sebab aku duk rumah orang tua aku ni. Nanti aku panggil ayah bukan Mr. Hubby yang datang, ayah aku pulak yang datang.

Tak pa. Nanti bila Azim dah faham sikit aku akan terangkan pada dia.

Azim ni tak banyak perkataan dia boleh sebut dengan fasih tapi mulut dia riuh sangat. Kami layan je apa dia bisingkan. Kami dengan pemahaman kami, Azim dengan pemahaman dia. Azim cepatla boleh cakap, nak sembang-sembang dengan Azim ni.

Sunday, March 13, 2011

Pemilik Bersama: Hari Pertama

Hari pertama..Huhuhu..Bermulalah fasa baru. Ececehh..macamla tak biasa. Memang seronok duk dengan mak dan ayah sendiri. Tapi..Ada tapi tu. Mak aku tu kategori yanga rajin. Jadi aku terpaksalah mengikut tune mak aku. Dah sekarang aku ada little hero, jadi terpaksa aku merajinkan diri aku sebelum tunggang tebalik rumah ni. Nasib baik ada tempoh percubaan selama 3 minggu (sekarang mak dan ayah tak dak sebab pi umrah). So aku boleh lah membetulkan tune aku ni..
Padanya jadual aku, dalam erti kata lain banyaknyer aku nak kena buat.
Apa yang perlu aku buat setiap hari:
- Sembahyang subuh sebaik masuk waktu (hehehe..semoga berjaya)
- Pindahkan Azim dari bilik atas ke bilik bawah semoga aku senang buat keja
- Kemas bilik
- Buat sarapan
- Basuh baju
- Sidai baju
- Masak untuk lunch
- Kemas rumah (ini terpaksa buat berulang-ulang kali sebab lepas kemas Azim akan
sepahkan)
- Kutip baju kat ampaian dan lipat (yang ini aku agak malas sekarang terpaksa, semoga
ini menjadi hobi aku :))
- Blog pun aku kena juga jaga (ni selalunya aku luangkan time nap Azim)
- Prepare minum petang
- Bawa Azim main-main kat luar
- Prepare dinner
- Basuh pinggan lagi
- Kemas rumah lagi sebelum tido

Agak-agak sempat ker aku curi-curi masa untuk tido siang ni? Hahahaha..terukkan.

Aduhhh....memang aku letih. Tapi aku akan cuba menyahut cabaran ini. Sudah 2 hari aku di Jitra. Semuanya nampak baik dan berjalan lancar. Hati pun tenang. Mungkin semua depan mata. Suami pun keja belakang rumah jer.

Korang tau, sepanjang aku kawin ni, inilah kali pertama Mr.Hubby balik lunch kat rumah dan kami lunch bersama-sama. Best wooo..

Semoga aku terus berjaya. Caiyok..caiyok. Jangan sibuk dengan kerja rumah jer. Masa untuk Azim pun aku kena balancekan. Yang penting aku ajak Azim buat keja sama-sama aku. Sambil sidai baju aku nanyi lau ABC dgn dia. Azim ni yang dia ingat B, C, G.

Wednesday, March 9, 2011

Pemilik Bersama: Hijrah

Sekarang aku jarang sangat update blog dan blogwalking. Mr Hubby pun sama. Kami agak sibuk. Kadang-kadang ada idea yang datang kat kepala ni. Tapi kekangan masa membuatkan idea tu cuma di kepala sahaja.
Jadual kami agak kelam kabut bermula dengan Azim demam dan kena rotavirus. Ini nanti bila dah lapang sikit aku akan ceritakan. Lepas tu dapat pulak surat pertukaran Mr. Hubby. Khabar ini memang khabar menggembirakan dan yang kami tunggu-tunggu. Lama juga masa aku ambil untuk buat keputusan berpindah ke kampung halaman sendiri. Bukan aku tak suka pulang ke kampung tapi ada satu masa tu aku sayang untuk melepaskan kerja yang aku ada. Atau mungkin masa tu aku rasa kami belum bersedia dari segi kewangan. Setelah 3 tahun akhirnya aku bersetuju dengan keputusan Mr. Hubby untuk pindah. Aku dah fikir panjang dan berbincang dengan Mr. Hubby.





Hijrah
gambar ehsan google n aku edit skit2

Kenapa aku terima cadangan Mr. Hubby untuk pindah:
1- Alhamdulillah dalam setahun dua ini, Allah mengurniakan rezeki yang lebih sedikit untuk kami. Rezeki Muhammad Aly Azim barangkali. Semoga semakin hari kami dimurahkan rezeki daripada Allah.
2- Keluarga - Parent aku pun dah makin tua dan aku juga nak bagi peluang untuk Mr. Hubby lebih masa berbakti pada abahnya. Ini juga merupakan salah satu impian Mr. Hubby dari dulu lagi sejak berkhidmat dengan TM. Ini juga alasan kenapa Mr. Hubby sanggup tinggalkan gaji yang lumayan dari TM dan pilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.
3- Persekitaran untuk membesarkan Azim. Bukan aku kata sini tak bagus. Dah ramai pun yang membesar di sini dan berjaya. Cuma kami fikir mungkin di kampung dan dekat dengan keluarga lebih baik untuk Azim. Ini pendapat kami terhadap kehidupan kami.

Mungkin bukan mudah untuk tinggal sebumbung dengan keluarga selepas kita berkahwin. Tapi inilah cabaran kami. Semoga pilihan ini akan membuatkan hubungan kasih sayang antara kami suami isteri lebih erat. Di samping kami dapat berbakti kepada orang tua tersayang. Mungkin ada yang mempersoalkan. Bukan tak ada adik beradik lain yang boleh tolong jaya mak dan ayah. Tapi bagi aku kita jangan harapkan orang lain. Setiap anak wajib ada tekad untuk menjaga dan berbakti kepada orang tua masing-masing. Alasan aku adik-adik aku seorang baru lepas belajar dan baru dapat keja dan sorang lagi baru masuk IPT. Dua-dua baru nak mula hidup. Jadi kalau suami dah bersetuju, apa salahnya untuk aku berbakti pada orang tua aku, dia pun dalam masa yang sama berbakti pada orang tuanya. Aku bukan apa, cuma aku harap di hari-hari tua ni mak dan ayah tak sunyi. Ada cucu nak bermain. Bila sakit demam ada yang membawa ke klinik/hospital. Bila sakit ada yang menjaganya. Aku tak minta apa-apa atas pengorbanan aku ini.

hope_harapan
gambar ehsan google n aku edit skit2

Harapan aku:
1- Dapat menjaga dan membahagiakan mak dan ayah selagi masih ada. Aku faham perasaan Mr. Hubby dan aku juga berharap dapat menjadi menantu yang baik dan membantu Mr. Hubby berbakti pada abah.
2- B hargai segala pengorbanan sayang yer. Love u so much.
3- Untuk adik-adik buatla yang terbaik dalam hidup dan kerjaya. Pasti ini akan membangggakan mak dan ayah. Jangan risau kak akan cuba yang terbaik untuk menjaga mak dan ayah. Bukan tak bagi peluang untuk adik dan abang berbakti pada mak dan ayah cuma korang masih muda dan banyak lagi yang perlu di buat. Bila dah berjaya nanti jangan lupakan kak yer. Yang penting kita tanamkan dalam hati kita semua sayangkan mak dan ayah dan kita akan berusaha untuk menjaga dan berbakti untuk mereka. Ini doa dari kakak. Sampai masa adik dan abang dah stabil kita akan sama-sama menjaga mak dan ayah.
4- Untuk anak tercinta (Muhammad Aly Azim dan jika ada rezeki anak-anak ibu yang lain), hijrah ini juga untuk kebaikan anak-anak ibu juga. Semoga membesar dengan baik dari segi mental, fizikal dan spiritual. Menjadi anak2 yang berjaya dan hebat. InsyaAllah.
5- Yang utama semoga hijrah ini lebih mendekatkan aku dan Mr. Hubby dengan rumah Allah. Semoga kami dapat mempertingkatkan amalan harian kami dan mengerjakan segala perintah dan suruhan Allah.
6- Untuk diri sendiri, semoga aku lebih dekat denganNya serta tenang dan bahagia menjalani kehidupan seharian bersama keluarga tercinta.

Kawan-kawan doakan aku yer..Harapan aku juga nanti supaya aku lebih aktif berblog.

Friday, February 25, 2011

Pemilik Bersama: 10 perkara yang kita harus tahu tentang suhu badan anak

Semenjak menjadi ibu ni aku rajin membaca artikel atau jurnal kesihatan. Yeke? Ehh..dulu pun aku rajin juga dulu aku baca sebab tuntutan sebagai seorang pelajar dan tuntutan sebagai seorang pekerja. Sebenarnya seronok kalau kita baca artikel atau jurnal ni.

So ada perkara yg aku nak share dengan kawan2 semua, aku cuma letak rumusan dari pemahaman pembacaan aku:

10 perkara yang perlu kita tahu pasal suhu badan anak kita (nak lebih detail sila ke kompasiana.com)







1- Suhu normal ada dlm pelbagai variasi
Kita boleh check suhu badan anak sehingga kita tahu berapa julat suhu badan anak
kita setiap hari dalam keadaan normal.
Panduan: 36 - 37 di anggap normal, suhu badan 37.6 di anggap demam (aritu masa
azim masuk wad, ini juga yg pead dan misi bagitau kat aku).

2- Pilihla termometer (penyukat suhu yang baik) - ini sentiasa aku bawa emana sahaja
(over tak?). Sila guna ikut kesesuaian dengan umur anak.
Jenis - pita ditampal kedahi, termometer digital yang ada alarm berbunyi atau
infrared yang digunakan di telinga. Ada juga termometer merkuri berbebuli merkuri (korang ingat tak dulu masa kita kecik2 dulu bila ke klinik termometor ni doktor guna untuk check suhu.

3- Ukur suhu secara teratur

4- Bila perlu membaca anak ke klinik?
Selepas demam melebihi 24 jam, perlu bawa anak jumpa doktor
Kalau suhu badan mencecah 40 darjah celcius perlu segera bawa jumpa doktor
Kesukaran bernafas
Kejang
Muntah-muntah
Bintik-bintik merah pada kulit yang ditekan tidak hilang
Cirit-birit dan mata cengkung

5- Tempat pengukuran suhu
Di dahi
Bawah ketiak (bacaan yang lebih tepat - accurate)
Dibawah lidah
Ditelinga

6- Bagaimana untuk menurunkan suhu badan anak
Pakai baju yang longar dan nipis. Seeloknya kain kapas
Berikan ubat paracetamol mengikut dos yang bersesuain dengan umur dan berat anak
Lap badan anak dengan tuala lembab. (Masa di hospital pead ajar aku cara untuk
turunkan suhu anak dengan meletakkan tuala lembab di bawah ketiak dan celah
kangkang anak. Basahkan tangan dan usap kepala anak bg rambut basah dan letakkan
tuala lembab di dahi)

7- Pegang perutnya untuk mengetahui suhu badan
Bayi belum dapat mengawal suhu badan nya dengan baik. Jadi ibu bapa perlu
mengawasi suhu bayi anda.
Untuk bayi cara terbaik untuk mengetahui suhu badannya dengan merasa di perut dan
belakang tengkuk.

8- Periksa suhu bilik
Jangan terlalu sejuk atau panas.

9- Jangan memakai selimut yang berlebihan.

10- Bayi pun tahu rasa sejuk
Suhu dibawah 34 darjah celcius ada hiportermia.