Tuesday, March 15, 2011

Rotavirus

Entry ni sebenarnya dah lama nak buat tapi asyik tertangguh ja. Kesibukan dengan agenda mengemas rumah dan berpindah. Kebetulan malam ni ada kelapangan. My Little Hero Azim tido awal. Baju Mr. Hubby dah iron dan kerja rumah dah siap jadi adala peluang untuk tulis entry ni.





Pertengah bulan februari, lepas birthday aku Azim muntah-muntah, cirit-birit dan demam. Risau gak kami. Mula-mula start dengan muntah-muntah. Asal minum jer sendawa terus muntah. Sampai Azim sendiri naik takut. Mula-mula aku risau pasal takut-takut dia jadi batuk berkahak balik. Sebulan sebelum tu dia kena selsema, batuk dan demam ( yang ini nanti aku buat satu entry untuk share info dengan kawan-kawan semua ye). Start pukul 11 malam Azim muntah sampai pukul 3 pagi (4 kali muntah). Aku dan Mr. Hubby dah risau, so kami buat keputusan bawa jer pegi klinik. Dah jumpa doktor, doktor cakap perut dia banyak angin jadi cara nak hentikan muntah tu dengan bagi Azim poopoo. Doktor jab ubat ikut bontot. Tak sampai 5 minit terus poopoo dengan banyaknyer. Doktor cakap akan poopoo lagi. Ok doktor bagi ubat angin dan ubat tahan muntah.

Cakap pasal ubat tahan muntah yang ini aku tak berani nak bagi sebab ada kawan aku cakap aritu anak dia muntah-muntah, bila pi klinik doktor bagi ubat tahan muntah. Tapi bila ambik ubat masih muntah-muntah. Bila bawa ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), doktor sana marah sebab dia kata ubat tu boleh menyebabkan sawan. Nauzubillah. Sampai pukul 6 pagi, Azim muntah 2 kali lagi (dah 6 kali). Sekarang masalahnya dia tak mau minum air atau susu. Dah trauma. Dah letih juga aku tengok. Telefon mak kat kampung. Mak suruh bawa pegi hospital saja, sebab takut dia dehidrate pulak. Sekali lagi Azim ke An-Nur. Doktor suruh masuk wad untuk tambah air. Sedihnya hati ibu. Bila masuk wad, muntah dah tak ada tinggal cirit-birit saja. Tetiba demam pulak. Bila demam ibu lagila susah hati. Doktor cakap antibodi Azim sedang melawan virus tu. Ini adalah normal. Ada sekali suhu naik sampai 40 darjah celcius. Azim sampai menggigil. Risau dan sedih sgt hati ibu. Ibu dan ayah kuatkan hati. 5 hari 4 malam juga kami berkampung dekat An-Nur tu.

Pelajaran baru yang ibu dan ayah terima ialah bila demam menggigil, untuk bayi selimutkan dulu sehingga gigil tu hilang. Selalunya masa menggigil badan bayi sejuk. Lepas selimut beberapa ketika badan akan jadi panas dan gigil akan hilang. Masa ni kita hendaklah spogging badan anak kita. Basahkan kepala, celah ketiak dan celah kangkang. Ini membantu menurunkan panas badan. Pakaikan baju kapas yang longgar-longgar. Ini aku dah pernah cerita dalam entry lepas - pasal demam.

Rotavirus tak ada ubatnya. Ia akan baik dengan sendiri apabila virus habis keluar melalui najis. Di sini kita perlu pemerhatian yang teliti sebab, bayi akan kekurangan air. Dehidrate cukup merbahaya. Rawatan yang Azim terima ialah pemantauan yang kerap, susu dan makan dikurangkan cuma bergantung dengan drip sahaja. Sedih sangat-sangat tengok Azim letih sahaja. Hati jadi lagi sayu bila Azim bangun Azim senyum kat ibu. Menitik air mata. Azim memang kuat dan tabah. Dia tak merengek dan sebolehnya dia nak aktif macam biasa cuma terhalang oleh drip air di tangan.

Seminggu aku tak tido. Setiap masa dan saat hanya untuk Azim. Masa tu makan pun tak rasa apa-apa. Masa tu hati dan jiwa aku teringatkan mak kat kampung. Aku tau mak risau tapi dalam masa yang sama mak sibuk dengan persiapan untuk menunaikan umrah. Aku cakap kat mak, tak pa jangan risau. Nanti apa-apa cheq habaq kat mak. Lepas habis cakap dengan mak aku mesti menangis sambil peluk Mr. Hubby. Inilah cabarannya bila kita jauh dari keluarga dan saudara mara. Nilai yang perlu kita bayar bila diperantauan.

Di sini aku nak share info pasal apa itu rotavirus:

Kita kena perhatikan dan awasi anak-anak apabila mereka muntah dan cirit birit. Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.

Apa itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Perkataaan “Rota” yang bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa elektron mikroskop. Dalam kebanyakan kes,kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun yang mendapat penyakit ini selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Malangnya jangkitan Rotavirus pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun boleh menyebabkan keadaan yang agak serius malahan boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun, jangkitan Rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan selalunya tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada susu ibu. Kebanyakan kanak-kanak boleh dijangkiti Rotavirus sebelum berumur 5 tahun. Dengan jangkitan yang berulang, seorang individu akan meningkatkan tahap immunitinya terhadap jangkitan virus ini.

Punca jangkitan Rotavirus

Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai Gastroenteritis Akut.

Gastroenteritis biasanya dikaitkan dengan masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes ianya dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.

Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.

Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Apakah simptom jangkitan Rotavirus?

Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.

Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.

Rawatan

Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.

Kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan (sudu, garpu, cawan dan pinggan mangkuk), alatan permainan, lantai serta tahap kebersihan makan yang disediakan perlulah sentiasa berkeadaan bersih. Semua langkah tersebut mampu mengelakkan jangkitan Rotavirus tersebar terutamanya kepada bayi anda.

Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan. Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.

Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.

Langkah berjaga-jaga yang umum

Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.

Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus yang boleh diberikan kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda.

sumber dari website DarulEhsan Medical Centre Dr. Varughese Koshy Pakar Pediatrik).

14 comments:

fitria said...

thanx share info.. dulu anak sedare pon kene cam tu gak.. kesian tgk..

Unknown said...

berhati-hati selalu ler. kebersihan amat penting selalu basuh tangan.

eLL said...

fitria: mmg kesian...letih sangat tgk dia
peronda: a'aa kebersihan amat penting. skrg sentiasa bawa sanitizer kemana saja. faham la budak2 semua nak pegang

Mawar Merah said...

Mcm2 peyakit n virus skrg ni kan? Dlu2 xde plak..

zalizalu said...

nama macam makanan ringan.. rota. huhu

ibuintan said...

belajar daripada pengalaman, membesarkan anak adalah suatu cabaran terindah dan kenangan sepanjang hayat

biasalah dalam saat membesar begitu anak2 kecil selalu mendapat demam.. perlu di awasi tahap demamnya

eLL said...

mawarmerah: itula pasal...
zalizalu: rota ..hehehe..makanan ringan
ibuintan: yelah..saya akan ingat pesan ini

Unknown said...

info yang sangat berguna......tq

Unknown said...

Same goes wif my baby. Xleh mkn..msti muntah...minum pun sama. Ari ahad lak tu.. klinik tutup

hubby lak outstation. Klau gi privte hosp..mesti suh admit ni..

Rehana said...

Huhu. sebijik sama simptom macam anak2 sy kena. Alhamdulillah sihat dah. :)

Unknown said...

anak saya rasanya kena bnda yg sama..dah 2 minggu cirit xstop..bengkak bahagian punggung..apa patut saya buat utk stop kan cirit tu?saya kena beli susu lacto free ke?

sya_mirage said...

Sy dah 4 ari diwad anak ke2 terkena jangkitan rota ni.hari ke4 lak anak pertama pulak terkena jangkitan rota ni.seminggu mungkin dok dalam wad..sengsarannya allah saja yg tau..

jamaliah said...

info yang sangat padat, terima kasih sis. baru tahu pasal rotavirus ini

Unknown said...

Ank sy akn kna bila telan air sungai... Lps 24 jm simptom muntah2,, n bru cirit birit