Thursday, December 18, 2014

Drama Zahira - Slot Samarinda


Sekarang tengah layan drama Zahira di slot samarinda TV3. Dari awal lagi tertarik sebab pelakon Adi Putra dan Zya Zara. Jadi setiap hari rabu & khamis jam 10 malam jadi penunggu setia la kat depan TV tu. Lagu pulak sedap. Alahai, sejak bila jadi penggemar drama bersiri pun tak tau. Tapi nasib baik la slot pukul 10 tu kira masa dah lapang sikit. Korang minat tak? Hah tak minat? Alaaa, cer try tengok. Jatuh hati nanti tau. Lagu tema drama ni Mewangi (Akim & The Magistrate).


Sinopsis:

Drama ni berkaitan perjalanan hidup Zahira yang ditipu oleh kekasihnya, Sufian mempergunakan Zahira untuk kepentingannya semasa di universiti dan bagi mendapatkan pekerjaan. Akhirnya Zahira ditinggalkan oleh Sufian. Pada masa yang sama ibu Zahira berhadapan dengan masalah kewangan. Zahira bangkit dari kekecewaannya dengan semangat baru ingin membantu ibu angkatnya. Ini menyebabkan Zahira sanggup menjadi pengasuh dirumah majikannya yang garang dan melupakan segala kelulusan yang dimiliki.



Wednesday, December 17, 2014

Kembali Lagi - Life is colourful

Salam semua. Dah lama rasanya tak menulis di sini. Rindu tu ada tapi ada saja kekangan masa (cehhh...mcm sibuk sangat kan...hihihi). Harap-harap mood menulis kembali subur.
Hidup ini warna-warni. Ada warna yang ceria dan ada warna yang muram. Untuk melihat tentang cantiknya warna kehidupan ini, lihatlah semasa dalam kesusahan.