Showing posts with label Album. Show all posts
Showing posts with label Album. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012







Dulu aku tertanya-tanya juga apa itu earth hour. Dalam tahun 2008 baru aku tahu rupanya Earth Hour tu bermaksud negara-negara yang menyertai dan menyokong kempen ini akan menutup segala lampu atau lebih dekat lagi semua bekalan elektrik akan di padamkan pada jam 8.30malam hingga 9.30 malam pada salah satu hari di dalam bulan Mac.

Untuk tahun ni Earth Hour pada 31hb Mac 2012, bermula pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.


earth hour


earth hour
KLCC juga menyertai Earth Hour pada setiap tahun

earth hour
Suasana Bandaraya KL semasa Earth Hour 2011




Dalam kita menyertai kempen Earth Hour ni biarla berpada-pada. Aku tengok disesetengah tempat pelbagai sambutan berlebihan di adakan pada malam earth hour.

Ada juga aku terbaca pendapat menyatakan Earth Hour ni satu konspirasi. Itu aku tak pasti sebab baru terbaca satu dua artikel berkaitan hal ni. Mungkin ahli akademik atau majlis fatwa boleh memberi pandangan mengenai kempen ini. Semasa sambutan kempen earth hour banyak lilin akan digunakan. Ada berpendapat lilin yang diperbuat dari hydrocarbon yang lebih menyumbang kepada greenhouse gas dan karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik. Untuk pendapat ni aku No Comment sebab tak arif sangat. Mungkin kita boleh menganggap earth hour ni sebagai satu kempen untuk menjimatkan elektrik dan mengurangkan faktor pemanasan global (ada juga pendapat yang menyatakan global warming ni satu konspirasi). Ada juga yang berpendapat bukan disebabkan oleh manusia secara jelas tetapi disebabkan oleh faktor semulajadi setiap berapa ratus dekad sekali. Sekali lagi aku No Comment. Kena lebih banyak membaca ni.

Apa-apa pun dan bila-bila masa jua kita kena sentiasa menjaga dan memelihara alam sekitar kita untuk kepentingan bersama. Kita ada akal jadi gunakan dengan sebaik mungkin. Amalkan apa yang baik dan jauhkan apa yang buruk dan di larang oleh agama kita.


Monday, December 21, 2009

Jalan-jalan

hari Ahad minggu lepas aku bawak hero aku ronda2 @ jalan2... tujuan aku bawak hero aku ni untuk tgk kat dunia luar... asyik teperap jer kat umah, sebab kat luar ni ada lagi yg lebih hebat barbanding yg ada kat dlm umah aku ha ha ha ha
Sambil2 tu amik gambar... buka apa untuk kenangan bila dia dah besar nanti dan untuk aku jugak bila aku dah tua nanti.... he he he he

muhammad aly azim

kadang2 aku terpikir gak, sbb kejadian manusia ni .. Sebab ia ciptaan Allah yg terlalu hebat...


rehat