salam sejahtera dan jutaan terima kasih pada semua yg sudi melawat blog aku nihhh... walaupun blog ni kurang aktif sejak dua menjak ni... disebabkan kekangan masa.Walaubagaimana pon aku akan akan cuba utk tidak membiarkan blog aku bersawang terlalu lama (sbb tiap2 hari akn bukak blog ni..Sekadar tgk jer x sempat nak updates blog + idea takde)..
Kebetulan plak ari ni aku free skit jadi aku search tentang Mustapha At Tartuk Bekas PM Turki sbb aku ada terbaca dlm paper. Mungkin ramai yg tahu siapa beliau... di sini ada sedikit mengenai beliau.
Dan seorang lagi pemimpin jugak yg kisahnya menjadi berita hangat seluruh dunia ialah Muammar Gadaffi. Apa yang aku cuba nak sampai ialah perbezaan antara mereka berdua dan apa yg pernah dilakukan oleh mereka.
Mustapha Kamal Attaturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan >
tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah
tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh
askar itu.
Muammar Gadaffi
1. Elektrik & Air Percuma untuk unit kediaman
2. 1 liter petrol bersama 0,08 EURO
3. TIADA CUKAI, PERCUMA
4. Pelajar yang belajar di luar negara menerima gaji 1627 Euro
5. Setiap pelajar yang tamat pengajian akan mendapat gaji sehingga dia mendapat kerja
6. Setiap keluarga Libya mendapat 300 Euro setiap bulan selagi mereka berdaftar
7. Pasangan yang baru berkahwin akan menerima tanah berkeluasan 150 meter persegi bagi tujuan pembinaan rumah kediaman
5 comments:
Standard la tu..kan nabi penah cakap..akhir zaman nanti umat islam sangat ramai tetapi hanya seperti buih di tepi pantai...(termasukla aku sekali)...sebab tu senang diperkotak-katikkan puak yahudi dan nasrani!
aman_arab : yer betul tu...
agenda besar yahudi & barat ni serang libya sbb Gadafi tak mau deal minyak dgn duit. Dia kata Duit ni cetak kertas jer, duit amerika tak laku. Dia mau trade mninyak dia dgn emas. Sbb tu depa serang dulu, pastu racun kepala2 orang arab ni gaduh sesama puak.
Ingat, perang saraf yahudi ni bukan kat depa ja, kat kita pun da mai dah :) ...lepas2 ni tgk la nasib syria, iran, pakistan..pastu baru turn malaysia :D
minta dijauhkan dari terjadi di malaysia ... nauzubillah..
nauzubillah...
Post a Comment