Friday, November 25, 2011

Apa Itu Trantrum?






Sebelum ni aku cuma biasa dengar perkataan ini. Trantrum.. Yang lebih merujuk kepada tingkahlaku di mana seorang kanak-kanak berusia antara 2 hingga 3 tahun melepaskan perasaan. Dalam erti kata yang mudah, kita akan cakap masa budak-budak suka buat perangai.

Sekrang aku rasa Azim pun sedang melalui fasa ini. Ohhhh....kadang-kadang buat aku rasa macam ergggggg....Nak marah lebih-lebih baru umur 2 tahun. Selalunya Azim akan buat perangai bila waktu kami suami isteri baru balik kerja. Time ni macam-macam dia akan request dan bila permintaan di tolak mulalah terjadi adegan drama.

Selalunya bila Azim melepaskan perasaan dia, tindakan kami adalah:

1- Pujuk
2- Kalau tak jalan dengan pujukan, kasi warning sikit
3- Kalau warning pun tak jalan, biarkan dia sekejap. Selalu time biarkan dia ni, tangisan tu dah jadi tangisan syahdu dah. Sambil mata dia akan jeling-jeling, nak minta suruh pujuk la tu.
4- Ok cuba pujuk sekali lagi, selalu akan OK masa nihh. Mesti termakan pujuk punyalah.
5- Kalau still duk menangis. Di tambah dengan adegan guling-guling ala hindustan. Masa ini Queen akan take over the situation (Queen tu sapa lagi mestila ibunya..hehehe). Masa ini, kena kuat sikit sebab aku akan angkat dia letak depan cermin dan cakap "Tengok tu, siapa yang teyak tu? Heeeee..tak malu". Time ni Azim akan cover-cover nangis sebab mungkin dia pun rasa buruk rupanya kalau nangiskan.
6- Last sekali kalau tak berjaya juga aku akan tinggalkan dia, jauh sikit dari dia. Pastu aku cakap "Ok..Tak mau dengar cakap ibu yer. Dah jangan kawan dengan ibu. Jangan duduk dekat ibu. Duduk sana. Jangan mai kat ibu. Hehehehe..selalunya taktik ini pasti berjaya. Pastu dia mesti dengan sedu sedan dia cepat2 lari dtg kat aku. Pastu suruh aku peluk dia. Hehehe...bila dia datang tu mula-mula aku buat jual mahal sikit sambil berlakon nangis huhuhu..kasi touching..dia mesti cepat2 lap pipi aku dan suruh aku peluk dia.

Bila dah dia ok, dah tenang. Aku cuba berkomunikasi. Aku cuba bagi nasihat. Walaupun pada peringkat umur 2 tahun ni dia belum faham sepenuhnya tetap juga aku nasihat. Aku bagitau dia yang apa dia buat tadi tu salah. So next time jangan buat lagi. Ibu dan ayah marah bukan sebab tak sayang tapi apa yang dia buat tu salah. Apa yang boleh ibu bagi, mana yang tak boleh ibu akan larang.

Hati ibu pasti berat nak marah anak-anak. Tapi kadang-kadang terpaksa, supaya anak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Aku cuba juga survey tentang apa yang dimaksudkan dengan tingkahlaku tantrum.

Ada berpendapat:

Sebenarnya, saya kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk tantrum di dalam bahasa Melayu. Mengamuk? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuannya ketika anak anda sedang tantrum. Tapi, tantrum membawa maksud lebih dari mengamuk. Mengamuk mungkin menunjukkan perlakuan seseorang yang hilang kawalan, tetapi seseorang anak yang tantrum sebenarnya cuba mengatasi perasaan kecewanya dan ia merupakan satu petunjuk yang anak anda mula belajar memahami perasaan dan dirinya sendiri. Percaya atau tidak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak anda. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak anda cuma mengamuk dan degil.

Walaupun tantrum dianggap normal, anak-anak perlu tahu yang perbuatan tantrum itu bukan sesuatu yang boleh diterima. Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak memahami dirinya dan belajar membezakan yang betul dari yang salah. (Kredit untuk duniaanakku.blogspot.com)

Cuma hasil daripada pembacaan aku, sebagai ibu bapa kita perlu pandai menangani situasi ini. Yang penting jangan mudah menyerah mengikut kemahuan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak akan menganggap tingkahlaku ini merupakan salah satu senjata yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu.

Jangan sekali-kali memukul anak waktu ini, kerana anak-anak akan lebih cenderung untuk melawan. Jika ini dibiarkan akan menyebabkan anak kita menjadi seorang yang suka melawan.

Biarkan sebentar anak-anak yang sedang mengamuk tu sambil ibu bapa memerhatikan. Pastikan keadaan sekeliling berada dalam keadaan selamat. Elakkan barang-barang yang merbahaya.

Alam ibu bapa itu merupakan pengalaman yang indah. Enjoy dan jangan anggap tugas membesarkan anak-anak itu satu beban.



Tengok...kat shopping complex pun dia boleh buat aksi..




Time makan pun dia boleh mengamuk bila ada yang tak kena



Ni time kenduri pak chaq

Tapi......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ibu dan ayah pasti cair bila Azim senyum

5 comments:

ishiko said...

ibu dan ayah yg ohsemm ^^

Emma said...

salam perkenalan

Miz Fieza said...

zareef pun mcm tu jugak skrg nie.......

Teenager Housemaid said...

alamak comelnye dier...;)

eLL said...

ishiko: hehehe...
emma: salam perkenalan kembali..cuba melawat blog emma tapi link tak boleh buka
miz fieza: zareef dah makin bijak..dah makin panjang akal, mestila bertambah ragamnya..nnt mesti zareef jadi abg long yang cool
teenager housemaid: ibu ayah dia comel tak? hehehe