Tuesday, April 3, 2012

Ladang Anggur Tasik Beris (Beris Lake Vineyard)






Ini kali pertama sampai ke ladang anggur Tasik Beris, Sik (Beris Lake Vineyard). Dengar orang bercakap-cakap pasal ladang anggur ni dah lama cuma tak berkesempatan. Tetiba adik bongsu aku ajak jom pi jalan-jalan ladang anggur. Jomlah apa lagi. Zass..pagi-pagi sabtu siap awal-awal. Memang dah tahu lokasinya agak jauh, jadi takmau lambat-lambat sebab tak mau panas. Tapi setahu aku memang Sik dan Baling daerah dia sentiasa sejuk dan nyaman. Kalau dulu tido di rumah atuk sedara tu malam-malam menggigil. Air dia jangan cakap nyaman.

Kalau korang dari lebuhraya utara selatan ambik susur ke Gurun, lepas tu ambik jalan ke Sik. Lepas bayar to kat Gurun tu akan ada signboard Sik dan Tasik Beris. Lepas tu terus saja. Jarak dia agak jauh. Kalau dari Pekan Sik 12 KM. Kalau dari Alor Setar perjalanan ambil masa 1 jam jugalah. Signboard banyak menunjukkan arah ke Tasik Beris. Korang cari Tasik Beris mesti jumpa ladang anggur ni. Ladang ni bersebelahan tasik saja.


Peta ni bermula dari susur keluar Tol Gurun (Lebuhraya Utara Selatan)
Tol Gurun ni kalau korang dari arah Selatan ia selepas susur keluar ke Sungai Petani Utara menghala ke arah Alor Setar.

Bayaran masuk untuk dewasa RM 4.00. Untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun RM2.00. Kalau nak bermalam di sekitar tasik ni pun boleh. Aku tengok banyak chalet-chalet di bangunkan di sini. Ini bagi sesiapa yang inginkan ketenangan dan privacy. Ataupun korang juga boleh bermalam di Pedu Lake Resort.



Ladang ni tepi jalan ja. Dari tepi jalan dah nampak signboard ni



Depan pintu masuk ada disediakan penerangan mengenai ladang anggur dan jenis-jenis anggur yang di tanam

Kolam ikan sebagai salah satu hiasan untuk landskap

Pemandangan dari cafe menghadap Tasik Beris. Sungguh nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa

Signboard

Lagi pemandangan menghadap Tasik Beris



Kedai cenderamata

Jom masuk

Buah-buah anggur yang bergantungan

Pekerja-pekerja ladang sedang memeriksa buah anggur yang rosak

Adoiii..geramnya tengok buah anggur ni. Dah le rendah je. Sambil-sambil jalan sambil makan best bihh..

Opppss.....dilarang petik ok. Kalau nak rasa sila beli di kedai cenderamata di luar


Antara produk makanan yang diproses - Jus anggur (anggur hijau/hitam)
Boleh tahan rasanya. Harga RM 2

Kek anggur. Rasanya lebih kurang kek karot. Harga RM 5 sepotong. Oklah sebab saiz dia lebih kurang saiz kek secret receipe

16 comments:

Anonymous said...

wah lawa lah tmpat dia tp jauh sgt sis nk pergi hukhuk

PYB said...

menarik nih!.. siapa owner ladang nih ek?

Tinta Lana said...

Salam..kat baling? boleh lah pegi ni.Siap ada chalet lagi, best2! ^^

Thomas Lee said...

cantik permandangan kat tasik tu.

caliph shuriken said...

menarik jgak tempat ni.. sy blom pnah olidei kt sini, huh...

Koding said...

Manis tak rasa anggur tu??

eLL said...

sis92: nanti bila2 kalau ada urusan berdekatan sini boleh singgah..

HAW: owner dia excel agrotech. 04-4620466 atau faks 04-4620611. kalau ada tempahan atau tujuan penyelidikan boleh contact excel agrotech

tyntha lana: salam. tasik ni berdekatan dengan baling tapi di bawah kawasan sik. datangla ngan family ok dgn kawan2 pun ok. pastu boleh terus pegi bukit kayu hitam atau pdg besar.

thomas: mmg cantik. u kalau datang sini mesti boleh ambil gambar yang cantik.

caliph: bila2 cuba la ronda-ronda sini dah tak jauh dah dari sungai petani tu :)

koding: anggur tu memang manis lebih manis dari yg selalu kita beli di kedai. ada yg kata sbb guna baja gula. tak sempat pula tanya diaorg haritu.

mamapp said...

canteknye tempat dia ni. cam kt oversea. tapi kalau nk gi jauh la pulak gurun nun

-meeSUPERGIRL- said...

WAH SEDAPNYE BUAH ANGGUR YANG FERSH2 TUH !

gnesop said...

harap boleh pergi juga nanti...

Ku Syida said...

nak pg..nak pg!! :)

eLL said...

mama pipie: tempat dia agak jauh, kalau kebetulan ke tasik pedu mungkin boleh singgah

supergirl: memang sedap

sop: insyaAllah

fiksyida: nanti time semester break boleh plan ke sini

Cheqna said...

Bestnya...tp lagi best if dapat petik and "ngap" terus..hehehe.

Thanks for sharing eLL..interesting.

:-)

Unknown said...

wah bestnya pergi ladang anggur..

TS said...

hurmm..geram kot nak petik..hihi

ReramaBiru said...

~hehe..best kan?dah lama tak melawat situ..:)