Wednesday, March 21, 2012

Ke Taiping Pulak Kiterr...

Lepas kami melawat sekitar Bukit Merah Lake Town Resort kami meneruskan perjalanan ke Taman Tasik Taiping.

Dulu masa sekolah, setiap tahun pasti ada sekolah buat rombongan ke Taman Tasik Taiping. Tempat ni dulu memang famous la sebagai tempat lawatan. Tambahan pula ada Zoo Taiping. Orang cakap Zoo Taiping ni lagi best berbanding Zoo Negara.

Kami menginap di Hotel Flemington berdekatan dengan Tasik Taiping. Kadar bilik yang ditawarkan agak berpatutan (ingat ini adalah percutian budget, jadi segala-galanya mestilah berpatutan). Untuk bilik standard harga untuk satu malam adalah RM 147, disediakan juga sarapan pagi untuk dua orang. Bagi kami hotel ini memang memuaskan untuk harga yang ditawarkan. Internet percuma di sediakan.

Lepas check-in, rehat-rehat. Kami merancang untuk ke Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim). Seterusnya minum petang di Kuala Sepetang. Mak dan ayah nak cuba Mee Udang Mak Jah yang famous tu. Kitaorang dah pernah merasa dah sebelum ni.

Cuaca di Taiping ni sungguh nyaman. Taiping berada di dalam daerah Larut iaitu kawasan yang paling lembab di Malaysia.

Tempat-tempat menarik sekitar Taiping adalah Taman Tasik Taiping, Bukit Maxwell, Muzium Taiping dan Muzium Matang, Zoo Taiping/Night Safari dan bangunan warisan (Taiping adalah Bandar Warisan). Selain itu juga Taiping terkenal dengan Doli char keow teow dan Mee Udang Kuala Sepetang.










Hotel Flemington Taiping
Bilik kemas, bersih dan menarik. Yang penting harga berpatutan



Pokok-pokok sekitar Taman Tasik Taiping ni aku rasa dah puluhan tahun usianya



Bandar Taiping. Bangunan dia masih bangunan lama tapi masih terpelihara.
Gambar ehsan pak cik google



Suasana di sini cukup nyaman dan mendamaikan..Cewahhh


Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim). Di sini diceritakan bagaimana Ngah Ibrahim menjumpai bijih. Juga dipaparkan pentadbiran dan pengurusan dalam kota ni.
Masuk adalah percuma.



Lepas tu kita pekena mee udang di Kuala Sepetang (Restoran Mak Jah)
Sila tengok harga untuk panduan



mee udang kuala sepetang
Ini mee udang special yer. Udang memang banyak dan besar-besar. Tapi mee sikit ja.
Rasa dia bagi aku biasa-biasa saja. Lain orang lain citarasakan. Tapi kepuasan kuantiti udang adalah tip top. Mee goreng atau koew teow teow goreng udang pun best.


mak jah mee udang kuala sepetang
Tapi persekitaran di Restoren Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang ni memang baik. Bersih dan wangi.


Nak balik ke hotel sepanjang jalan hujan punyalah lebat. Banjir kilat lagi. Berdebar juga kitaorang meredah air. Ada juga kereta yang tersangkut. Malam tu tak dapat ke mana-mana, order room service saja untuk makan dan minum. Ouchhh..cukup tak sesuai untuk percutian budget. Sepatutnya kena bawa bekal mee segera nih. Hahahaha



Tak sempat nak merasa makan di Doli Kuey Teow Goreng yang famous tu. Lain kali kalau ada peluang datang ke Taiping boleh la merasa.

15 comments:

tiefazatie said...

wwah..bestnya sis..ifa xpernah lg smp nie...haha

eLL said...

ifa: boleh cuba pegi, kos dia berpatutan.

MISS Z BERCELOTEH said...

wah!!bestnya..teringin juga nak pergi..tapi jauhla...miss org sabah.. nak kena banyak ongkosnya ^^

PERLU KE ‘BLOGWALKING’

Thomas Lee said...

Holiday yg best,nak pergi rasa kuey teow goreng.

eLL said...

miss Z : tak per nanti bila ada peluang boleh datang sini..kalau datang sini inform la..
thomas : tak sempat rasa hari tu..kata org kuey teow goreng dia best

M@W@R Q@SeH said...

teringin nk mkn mee goreng udang mak jah...pernah gi dulu..mmg sedap

el said...

ell..kedai doli tu terletak kt mana eh..betul2 pekan tepen ke?

eLL said...

mawar qaseh: a'aa bg saya mee goreng dia sedap.
el: kedai doli tu kat pekan taiping..jalan regat tupai..kitaorg haritu tanya2 org tepi jalan direction

Karen Monica said...

wah bestnyer bercuti :)

Cendol said...

nak mee udang! lapo lapo!

cik e said...

wow bilik tu simple but selesa !

si robot comel said...

taiping mmg best,view pun bnyk cantik. :)

caliph shuriken said...

dh lama x gi taman tasik taiping, huh...

Unknown said...

wah seronoknya..

eLL said...

puteri kasih: :)
cendol: jom..jom p mkn mee udang
cik e: bilik tu mmg simple dan selesa. yg penting harga murah
si robot comel: betul tu..
caliph: hujung minggu ni apa lagi moh ke taiping
mohammad: :). seronok..