Monday, March 14, 2011

Pemilik Bersama: Anak-anak Mudah Meniru

Betula la kata ahli sarjana anak-anak mudah meniru perlakuan ibu bapa dan orang dewasa.

Ini terjadi pada aku. Sekarang Azim suka panggil ayah dia B. Tiru sapa tiru aku la. Habis tu takkan aku nak panggil Mr. Hubby ayah? Dah terbiasala panggil B - mudah, ringkas dan mesra (hahahaha jgn muntah dengar statement aku yer). Kalau aku panggil Mr. Hubby, ayah. Nanti akan jadi kekeliruan pulak sebab aku duk rumah orang tua aku ni. Nanti aku panggil ayah bukan Mr. Hubby yang datang, ayah aku pulak yang datang.

Tak pa. Nanti bila Azim dah faham sikit aku akan terangkan pada dia.

Azim ni tak banyak perkataan dia boleh sebut dengan fasih tapi mulut dia riuh sangat. Kami layan je apa dia bisingkan. Kami dengan pemahaman kami, Azim dengan pemahaman dia. Azim cepatla boleh cakap, nak sembang-sembang dengan Azim ni.

2 comments:

cemomoi said...

ntahnnya kekadang "abang makannnn" dia ikut skali dengan maknya manggil suami/bapaknya makan...

eLL said...

budak2 mmg mcm tu kan. hehehe..nnt bila dia dah besar semua tu dah jd kenangan. tp kan emak saya sampai besar panggil arwah datuk dia pak (bapak). hehehe mcm mana tu..