Wednesday, January 10, 2018

2018


Lamanya tak berblog. Banyak memori pahit manis yang terjadi cuma tak sempat simpan diblog. 2016 sempat posting 2 entry. 2017 kosong. Harap-harap 2018 lebih banyak entry yang dibuat. Sejak sibuk dengan study dan kerja, jadi kelam kabut dan macam tak cukup masa. Skill menulis blog pun macam dah kureng. Agaknya hidup penuh dengan technical writing saja. Duk pulun nak siapkan tesis, nak viva dan nak grad. Alhamdulillah, Februari 2015 aku menjalani sesi viva. Walaupun dalam keadaan tragik dan kelam kabut sebab suami warded dan juga kena emergency operation. Selang sehari sahaja. Perasaan tak tau nak cakap. Apa-apa pun alhamdulillah dua-dua berjalan lancar dan dipermudahkan.

Bilik yang digeruni oleh para pelajar ijazah sarjana (penyelidikan) dan pelajar PhD

Supporter selamanya


Alhamdulillah November 2015 selamat bergraduasi 

 Berkesempatan mengembara (backpacking & roadtrip) mengelilingi Semenanjung Malaysia.


Pengalaman yang sangat indah dan berharga

Sebelum ini bertiga. 2016 berempat.




Perubahan saiz. Pengurangan XXXXXX 



InsyaAllah. Semoga berkesempatan bercerita dengan lebih panjang dientry-entry akan datang. Terima kasih pada tahun-tahun sebelumnya di atas semua kenangan dan pengalaman. Selamat datang 2018. Semoga yang baik-baik dan indah.

Sunday, March 20, 2016

Kek Carrot Moist Mudah

Sekarang cuaca di Kedah sangat panas. Di kawasan Jitra ni kadang-kadang suhu mencapai sehingga 39 darjah celcius. Nak keluar waktu siang memang sangat malas. Panas berbahang dan perit rasa kulit.

Memandangkan cuti sekolah, hero kecik tu mulalah kejap-kejap lapar dan minta makan. Bosan gamaknya asyik berkurung dalam rumah. Panas sangat kat luar tu nak. Tak sesuai untuk outdoor activities. Dalam bosan dan lapar tu tetiba terhasil lah kek carrot mudah ni. Saja cuba-cuba ubah suai kek mentega biasa tu menjadi kek carrot. Tapi Alhamdulillah, cubaan berjaya. Terus rasa nak share dengan kawan-kawan. 

Bahan-bahan pun mudah sahaja dan sentiasa ada stok dirumah. 


Jom tengok hasil kejadiannya dahulu


Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan A
2 biji telur 
3/4 cawan minyak jagung/mentega/butter yang dicairkan
3/4 cawan gula castor

Bahan-bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan-bahan C
1 1/4 cawan carrot yang telah diparut
1/2 cawan kismis/buah-buahan kering yang dicincang (optional)
1/2 cawan badam/walnut/kekacang (optional)

Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan A dan adunkan menggunakan mixer sehingga kembang,
2. Masukkan bahan-bahan B dan gaulkan sehingga bersatu. 
3. Campurkan adunan tadi dengan bahan-bahan C.
4. Oleskan bekas pembakar dengan minyak/mentega/butter. Pada masa yang sama panaskan oven.
5. Tuang adunan ke dalam bekas untuk membakar.
6. Bakar adunan pada suhu 190 darjah celcius selama 40 minit. Yang ni korang kena tengok-tengok juga sebab kadang-kadang lain oven lain masa dan suhu yang digunakan. 

Selamat mencuba! 

Mudah saja. Rasanya enak. Kalau korang rajin boleh tambah cream cheese. 

Monday, February 29, 2016

29 February - Tahun Lompat (1st entry 2016)



Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan Februari. Taqwim hari ini berasaskan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sebagai satu tahun suria. 

Kalendar yang digunakan kebanyakan negara pada hari ini adalah calendar Gregorian iaitu mengambil sempena nama Pope Gregory (1502-1585).Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat pembetulan terhadap kesilapan dalam Taqwim Julian.

Kenapa Wujudnya Tahun Lompat?

Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.

29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.

Kaedah Mengetahui Tahun Lompat

Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun 2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300 bukanlah tahun lompat.

Contoh 1:
Tahun:
2012  ÷ 4 = 503
2016  ÷ 4 = 504
2020  ÷ 4 = 505

Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalah tahun lompat.

Contoh 2:
Tahun:
1999 ÷ 4 = 499.75
2001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5

Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan 2010 adalah bukan tahun lompat.

Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.

Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun 2000 adalah tahun lompat.

kredit: http://lamanfalak.blogspot.my/2012/03/siri-31-tahun-tahun-lompat_14.html