Saturday, April 21, 2012

Sarapan Di Mana?

Korang sarapan di mana pagi ni? Pada yang berada di sekitar dan berdekatan Alor Setar jom kita bersarapan di Kopitiam di bekas tapak stesyen bas lama Alor Setar bersebelahan Bangunan Ukir. Berdepan dengan Wisma PKNK.

Sang suria berselindung disebalik bangunan (hehehehe)

Mungkin ada di antara korang yang dah pernah sampai sini. Tapi bagi aku inilah kali pertama. Duk dengaq orang cerita ja. Kebetulan semalam saja jer ronda-ronda cari makan breakfast kat luar. Fikir punya fikir so kami decide untuk makan kat sini.


Tempat dia memang luas. Ruangan parking pun banyak. Tapi kalau hari bekerja tu mungkin parking kurang sikit. Sebelum ni kopitiam ni dibuka kat tapak Sekolah Convent lama yang dekat dengan Menara Alor Setar.

Kalau pasal pilihan makanan memang cukup banyak. Cakap jer apa yang korang nak makan boleh dikatakan kebanyakan menu kegemaran ramai ada sini. Ada dalam 30 gerai jugaklah. Selera melayu, cina, india, selera utara, barat dan timur. Yang aku terkejut tu ada jual pasembor, popia dan Mee Abu di pagi hari. Mee Abu ni kalau korang nak tau cukup femesla untuk orang sekitar bandar Alor Setar ni. Kena pulak haritu keluar surat khabar kata Yang Dipertuan Agong suka makan Mee Abu lagi lah bagi tumpuan nak cuba Mee Abu. Mee Abu ni yang best stail dia goreng satu-satu pinggan. Tapi lama sikitla kena tunggu.

Sampai-sampai jer tengok orang dah ramai

Ada Unan Roti John. Katanya resepi yang sama dengan roti john kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Pada pandangan dan selera aku, aku rasa yang di Alor Setar ni sedap lagi. Tapi kalau kat Taman Warisan Pertanian tu orang dia memang beratur panjang terutama masa bulan puasa. En. Asben selalu buat tak layan kalau aku pesan roti john Taman Warisan Pertanian. Kalau tak salah kat pasar malam Taman Sri Gombak pun ada cawangannya

Inilah rupa roti john Unan tu. Rasa dia mebeles. Sos letak tepi sebab Azim boleh makan sekali. Saiz kecil RM2.50 dan saiz besar RM3.50

Ini pun best jugak. Jemput-jemput pisang a.k.a cucoq kodok
12 biji RM 1. Boleh katakan setiap meja mesti beli cucoq kodok. Kami pun dua kali beli juga

Roti Canai. Menu yang di mana-mana pun ada. Cuma bezanya sedap atau tak jer. Kami tak beli roti canai. Gambar ni ambik kat meja orang sebelah. Hehehehe

Cucur udang RM2

Mee kari RM3.50

Roti jala pun ada

Air kami teh tarik, milo ais dan air kosong. Harga semua RM3.80

Ada 4-5 gerai yang buka pada waktu tengahari hingga malam. Gerai mee udang, nasi arab, western food dengan tom yam dan menu goreng-goreng





21 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

laparnyer lepas baca entry ni, huhu~~

Detective Fiqa said...

err. ==" saya lapaaaaa!!!

eLL said...

pink velvet & detective figa: jom kita makan

hantucekelat said...

tetiba plak perotu berbunyi..^^hmmmm

Arham Md Ali said...

Okei gak harga makanan kat tempat awak. Tapi ramai gile orang dalam pic tu.

izan mama mia said...

wahh..mmg mengundang rasa lapar laa..dah lama tak menjejak kaki ke Alor Setar sejak habis belajar dulu...dh banyak yg berubah kat sana yaa...

nor amni sarah muhammad zin said...

bestnya ;)

Puteri Kasih said...

lapo..nak gi makan la..hehe

Jeremy said...

Hello..

Visiting here again..
Uniforms

thomas said...

Wah!Mcm2 ada,patutlah penuh.

caliph shuriken said...

klau btul2 lapar berbaloi laa mamam roti john ni ^^

eLL said...

jom semua makan...tempat tu memang ramai org..tinggal 3-4 meja yang hujung tempat kami duduk tu jer belum ada orang masa kami sampai..

izan mama mia: alor setar berubah sikit2 jer...hehehe..yang banyak berubah kawasan pinggiran alor setar

gnesop poseng said...

wah.. tempat sarapan yg menarik..
macam2 ada

teha said...

ramai nyee orang :)

eenie minniey said...

bes nya..rambang mata tengok makanana..sume sedap!

P#eoniX said...

wah!!!murahnya makanan kat sane...tengok cam sedap je....heheh...salam kenal...

syiela said...

rindu mee abu lama tak balik pekena

saya tag ni

http://syielagilacontest.blogspot.com/2012/04/first-ms-zayyad-giveaway.html

CiK FizA said...

sy pnah makan kat c2 ! hee. memang sedap pon kat c2. tapi dlm gmbr nie kedai nmpk lbh kemas n bersih dr dlu. sy g taun lpas rasanya. hee

BlueiceButterfly said...

~wah..banyaknya pilihan..kna cba nie :)

mama pipie said...

kalau perut tak lapar pn boleh makan byk kalau gi sini. bahaya ni hahaha.. tapi murah n nampak sedap sgt la kedai ni.. kalau mama g aloq staq boleh la singgah

Kasih Salina said...

bfast saja ker blh mkn kat sini..teringin la nk pi situ..selalu nya sy duk mkn kat medan selera dekat gan giant tu je kalo pi alor star. x suka sgt kt situ sebab kotor..