Sunday, March 20, 2016

Kek Carrot Moist Mudah

Sekarang cuaca di Kedah sangat panas. Di kawasan Jitra ni kadang-kadang suhu mencapai sehingga 39 darjah celcius. Nak keluar waktu siang memang sangat malas. Panas berbahang dan perit rasa kulit.

Memandangkan cuti sekolah, hero kecik tu mulalah kejap-kejap lapar dan minta makan. Bosan gamaknya asyik berkurung dalam rumah. Panas sangat kat luar tu nak. Tak sesuai untuk outdoor activities. Dalam bosan dan lapar tu tetiba terhasil lah kek carrot mudah ni. Saja cuba-cuba ubah suai kek mentega biasa tu menjadi kek carrot. Tapi Alhamdulillah, cubaan berjaya. Terus rasa nak share dengan kawan-kawan. 

Bahan-bahan pun mudah sahaja dan sentiasa ada stok dirumah. 


Jom tengok hasil kejadiannya dahulu


Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan A
2 biji telur 
3/4 cawan minyak jagung/mentega/butter yang dicairkan
3/4 cawan gula castor

Bahan-bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan-bahan C
1 1/4 cawan carrot yang telah diparut
1/2 cawan kismis/buah-buahan kering yang dicincang (optional)
1/2 cawan badam/walnut/kekacang (optional)

Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan A dan adunkan menggunakan mixer sehingga kembang,
2. Masukkan bahan-bahan B dan gaulkan sehingga bersatu. 
3. Campurkan adunan tadi dengan bahan-bahan C.
4. Oleskan bekas pembakar dengan minyak/mentega/butter. Pada masa yang sama panaskan oven.
5. Tuang adunan ke dalam bekas untuk membakar.
6. Bakar adunan pada suhu 190 darjah celcius selama 40 minit. Yang ni korang kena tengok-tengok juga sebab kadang-kadang lain oven lain masa dan suhu yang digunakan. 

Selamat mencuba! 

Mudah saja. Rasanya enak. Kalau korang rajin boleh tambah cream cheese.