Wednesday, March 9, 2011

Pemilik Bersama: Hijrah

Sekarang aku jarang sangat update blog dan blogwalking. Mr Hubby pun sama. Kami agak sibuk. Kadang-kadang ada idea yang datang kat kepala ni. Tapi kekangan masa membuatkan idea tu cuma di kepala sahaja.
Jadual kami agak kelam kabut bermula dengan Azim demam dan kena rotavirus. Ini nanti bila dah lapang sikit aku akan ceritakan. Lepas tu dapat pulak surat pertukaran Mr. Hubby. Khabar ini memang khabar menggembirakan dan yang kami tunggu-tunggu. Lama juga masa aku ambil untuk buat keputusan berpindah ke kampung halaman sendiri. Bukan aku tak suka pulang ke kampung tapi ada satu masa tu aku sayang untuk melepaskan kerja yang aku ada. Atau mungkin masa tu aku rasa kami belum bersedia dari segi kewangan. Setelah 3 tahun akhirnya aku bersetuju dengan keputusan Mr. Hubby untuk pindah. Aku dah fikir panjang dan berbincang dengan Mr. Hubby.





Hijrah
gambar ehsan google n aku edit skit2

Kenapa aku terima cadangan Mr. Hubby untuk pindah:
1- Alhamdulillah dalam setahun dua ini, Allah mengurniakan rezeki yang lebih sedikit untuk kami. Rezeki Muhammad Aly Azim barangkali. Semoga semakin hari kami dimurahkan rezeki daripada Allah.
2- Keluarga - Parent aku pun dah makin tua dan aku juga nak bagi peluang untuk Mr. Hubby lebih masa berbakti pada abahnya. Ini juga merupakan salah satu impian Mr. Hubby dari dulu lagi sejak berkhidmat dengan TM. Ini juga alasan kenapa Mr. Hubby sanggup tinggalkan gaji yang lumayan dari TM dan pilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.
3- Persekitaran untuk membesarkan Azim. Bukan aku kata sini tak bagus. Dah ramai pun yang membesar di sini dan berjaya. Cuma kami fikir mungkin di kampung dan dekat dengan keluarga lebih baik untuk Azim. Ini pendapat kami terhadap kehidupan kami.

Mungkin bukan mudah untuk tinggal sebumbung dengan keluarga selepas kita berkahwin. Tapi inilah cabaran kami. Semoga pilihan ini akan membuatkan hubungan kasih sayang antara kami suami isteri lebih erat. Di samping kami dapat berbakti kepada orang tua tersayang. Mungkin ada yang mempersoalkan. Bukan tak ada adik beradik lain yang boleh tolong jaya mak dan ayah. Tapi bagi aku kita jangan harapkan orang lain. Setiap anak wajib ada tekad untuk menjaga dan berbakti kepada orang tua masing-masing. Alasan aku adik-adik aku seorang baru lepas belajar dan baru dapat keja dan sorang lagi baru masuk IPT. Dua-dua baru nak mula hidup. Jadi kalau suami dah bersetuju, apa salahnya untuk aku berbakti pada orang tua aku, dia pun dalam masa yang sama berbakti pada orang tuanya. Aku bukan apa, cuma aku harap di hari-hari tua ni mak dan ayah tak sunyi. Ada cucu nak bermain. Bila sakit demam ada yang membawa ke klinik/hospital. Bila sakit ada yang menjaganya. Aku tak minta apa-apa atas pengorbanan aku ini.

hope_harapan
gambar ehsan google n aku edit skit2

Harapan aku:
1- Dapat menjaga dan membahagiakan mak dan ayah selagi masih ada. Aku faham perasaan Mr. Hubby dan aku juga berharap dapat menjadi menantu yang baik dan membantu Mr. Hubby berbakti pada abah.
2- B hargai segala pengorbanan sayang yer. Love u so much.
3- Untuk adik-adik buatla yang terbaik dalam hidup dan kerjaya. Pasti ini akan membangggakan mak dan ayah. Jangan risau kak akan cuba yang terbaik untuk menjaga mak dan ayah. Bukan tak bagi peluang untuk adik dan abang berbakti pada mak dan ayah cuma korang masih muda dan banyak lagi yang perlu di buat. Bila dah berjaya nanti jangan lupakan kak yer. Yang penting kita tanamkan dalam hati kita semua sayangkan mak dan ayah dan kita akan berusaha untuk menjaga dan berbakti untuk mereka. Ini doa dari kakak. Sampai masa adik dan abang dah stabil kita akan sama-sama menjaga mak dan ayah.
4- Untuk anak tercinta (Muhammad Aly Azim dan jika ada rezeki anak-anak ibu yang lain), hijrah ini juga untuk kebaikan anak-anak ibu juga. Semoga membesar dengan baik dari segi mental, fizikal dan spiritual. Menjadi anak2 yang berjaya dan hebat. InsyaAllah.
5- Yang utama semoga hijrah ini lebih mendekatkan aku dan Mr. Hubby dengan rumah Allah. Semoga kami dapat mempertingkatkan amalan harian kami dan mengerjakan segala perintah dan suruhan Allah.
6- Untuk diri sendiri, semoga aku lebih dekat denganNya serta tenang dan bahagia menjalani kehidupan seharian bersama keluarga tercinta.

Kawan-kawan doakan aku yer..Harapan aku juga nanti supaya aku lebih aktif berblog.

3 comments:

Keyyah said...

wah bestnya ley balik berbakti dgn parents..yelah sementara dorg masih ada lah kita nk bahagiakan dorg...

smoga apa yg di impikan tercapai n dilimpahi kasih syg berpanjangan...

Fauze Taib said...

semoga selamat semuanya......

eLL said...

keyyah & Fauze : Tq..semoga kalian juga mendapat apa yg dicita2kan dilimpahi kasih yg berpanjangan