Thursday, April 19, 2012

Menyingkap Sejarah Lebuhraya

Dulu boleh kata hari-hari menjadi pengguna lebuhraya. Sama ada guna touch and go atau pun tunai. Mana lorong yang nampak clear situlah aku masuk. Kalau pengalaman aku guna LDP masuk dari exit Sri Damansara (RM1.60) dan keluar exit Puchong/Putrajaya (RM1.60) baik guna cash. Lorong cash jarang ada orang guna. Kalau touch and go panjang beraturnya. Tu kalau nak jimat sikit. Kalau terbabas tido, terbangun lambat alamatnya guna penchala link (lebih dari RM 5). Zass kejap jer sampai tapi duitnya pun cepatlah keluar. Ini laluan kecemasan jer. Setiap bulan pasti kena masuk budget untuk tol. Sekarang dah tak lagi. Tapi kadang-kadang aku rindu juga dengan jem di atas highway ni. Sekarang ni aku tinggal jer dekat dengan highway tapi jarang dah guna highway. Guna pun kalau nak balik kampung En. Asben kat Penang.

Walaupun kita rasa kadang-kadang bayaran dikenakan agak mahal tapi mungkin kerana faktor masa agak berbaloi menggunakan lebuhraya atau highway ni. Macam mana agaknyer timbul idea nak bina lebuhraya kat Malaysia ni.

SEJARAH pembinaan jalan raya negara (kredit untuk Utusan Malaysia) bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan.

Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak.

Jalan kedua pula dipercayai dibina oleh pekerja lombong bijih timah dari Ampang ke Kuala Lumpur.

Pembinaan jalan raya di negara ini hanya berkembang pesat selepas kemasukan British.

Selain mempunyai teknologi dan kepakaran dalam membina jalan raya, perkembangan pesat itu turut didorong oleh pertumbuhan industri bijih timah.

Faktor lain jalan raya banyak dibina bertujuan memudahkan British mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahannya terutama Negeri-Negeri Selat.

Disebabkan itu, banyak kemudahan jalan raya dan pengangkutan awal dibina di negeri tersebut sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Setelah merdeka, sistem jaringan jalan raya terus berkembang bagi menghubungkan lebih banyak kawasan.

Jalan-jalan tersebut kemudiannya dirujuk sebagai Jalan Persekutuan yang mempunyai satu lorong.

Jalan dua lorong pertama pula dibina di Jalan Gasing dan Jalan Universiti di Petaling Jaya sebelum Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang dibina.

Jalan Gasing dan Jalan Universiti
Landmark sekarang ni PPUM dan KWSP


Federal Highway memang selalu sesak

Mungkin ramai berpendapat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan lebuh raya bertol pertama negara.

Lebuhraya Utara Selatan
Dulu kalau nampak signboard ni dah seronok dah


Pendapat itu tidak tepat kerana lebuh raya bertol pertama negara terletak di antara Slim River ke Tanjung Malim, Perak sebelum PLUS dibuka sepenuhnya pada tahun 1994.

Lebuhraya Slim River - Tanjung Malim

Sekarang ni dah makin banyak lebuhraya dibina. Kalau tak salah dah 38 lebuhraya terdapat di Malaysia ni. Nak tahu detai senarai lebuhraya sila klik sini




12 comments:

el said...

wahhh kagum cheq
hang dok research mende ni bape lama hahaha terbaik dr highway
bgs highway ni cam shortcut
tp nak bayo tu takan 50sen ok lah
ni leh smpi puluh2 jenuh...xtahan

syiela said...

rajin dok search pasai benda alah ni..

kalo dekat2 tu prefer jalan lama lagi.. tapi kalo emergency mmg amat bergunalah hway ni :)

eLL said...

el: kebetulan terbaca so tempeklah kat sini. 5 thn jd pengguna highway tegar. hehehe..nak wat mcm mana ell dah terpaksa. hehehehe..

syiela: tak derla rajin sgt kebetulan terbaca dan share ngan kwn. skrg dah jarang guna highway

RuslizaSukerna said...

rajin nya diaaa buar research.. hehehe.. gud job. keep it up..

eLL said...

syahidah: :). tq

♥ sitifarhana ♥ said...

wah..terbaik la entry ni...rsearcher ea?hehe
lali higway time pegi jaoh2 mmg konfem sesat..hehe

♥ sitifarhana ♥ said...

*sy kalau tak lalu..

sorry tying error :p

eLL said...

acheeqa: hehehe..nampak sgt ker researcher? dulu akak pun kalau tak lalu highway alamat jauh bebenor nak pegi keja..

caliph shuriken said...

zman xde highway dulu susah laa nk gerak jauh2, huh...

eLL said...

caliph: itulah pasal. cuba skrg ni kita guna jalan lama mesti terasa masa yang diambil lebih panjang dari guna highway

Koding said...

Lebuh raya melancarkan perjalanan pengguna jalan raya...

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Lebuhraya,pemangkin pembangunan.