Tuesday, April 17, 2012

Trend Hantaran Perkahwinan Masa Kini

Bila sebut pasal urusan kenduri kawin ni. Yang mendengar seronok. Yang perempuan pun mesti seronok. Bila dah rancang nak bertunang tu jangan tipulah mesti dalam kepala duk fikir apa tema nak buat untuk majlis pertunangan dan apa tema untuk majlis perkahwinan. Fikir pasal hantaran.

Enam tahun dulu aku kawin, rasanya walaupun kos dah makin meningkat masa tu tapi trend-trend untuk tema majlis ni tak berapa ditekankan sangat. Cuma yang difikirkan warna tema. Takut pun ada bila fikir pasal belanja perkahwinan sekarang. Mesti yang lebih tertekan pihak lelaki lah kan.

Semalam tertengok Wanita Hari Ini bincang pasal isu trend hantaran masa kini. Sekarang ni kebanyakkan trend gubahan adalah jenis yang grand-grand dan mewah-mewah. Bila tengok-tengok bentuk hantaran masa kini terfikir juga aku berapa RM agak-agaknya yang perlu kita ada. Kita yang tengok pun teruja. Hehehehe.

Dalam rancangan Wanita Hari Ini tu, perancang perkahwinan terkenal Pak Abu kata sekarang ni gubahan hantaran dah makin kurang seninya. Trend sekarang ialah masuk dan sumbat manakala hantaran pada masa dulu adalah jenis susun dan atur. Hantaran pada masa dulu lebih seni, manakala hantaran pada masa kini lebih kepada simple dan elegent. Dulu kalau buat hantaran saja makan masa berbulan-bulan. Bunga di hasilkan sendiri. Sekarang kita banyak pakai bunga plastik ataupun bunga segar.

Contoh hantaran 10 tahun lepas


Contoh Hantaran Trend Terkini - Lisa & Yusri


Apa-apapun pilihan kita, jangan sampai membebankan. Semua orang mesti nak buat yang terbaik untuk majlis perkahwinan masing-masing.

Apasal aku tetiba sembang pasal urusan perkahwinan ni. Sebabnya Pakngah Azim ni dah menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumahtangga awal tahun depan. Semua masih bersuspen dan berdebar-debar sebabnya Pakngah Azim cuma menyatakan dia nak kawin tahun depan dan siapa calonnya. Lepas tu dia suruh tunggu nanti dia bagitau tarikh yang sesuai untuk meminang. Pak Ngah Azim ni jenis yang simple dan agak berjimat cermat. Jadi agak-agak macam mana perancangan perkahwinan dia nanti yer?






7 comments:

Mummy Chubby said...

pasni kalo mummy de jodoh, buat yg wajib jelaa... :D

NoorNazuha said...

akak kawin 6 tahun lepas.hantaran sgt simple..yg mana mmpu jeh..skang lebih advance and mewah...maybe rmai yg dh mmpu kan...

drzirakudo said...

aah.. skang memang sume pki smple je. even mkn pn katering je tak men dah rewang2.haha

mamapp said...

makin lama makin tak serabut. i like

eLL said...

mummy: insyaAllah. Semoga dipermudahkan. Kalau dah sampai jodoh jgn lupa jemput kwn2 blogger yer..

noornazuha: mungkin skrg ramai yg ada pekerjaan dan gaji yang lebih baik berbanding dulu

drzira: kawin pun dah ramai yang buat kat dewan dan tak payah susah-susah nak kemas rumah lagi dah

mama pipie: simple tu kadang-kadang menawan dan menambat hati

Zai Zamree said...

cantik2 hantaran skrg tp bajet dia pon cntik la...

eLL said...

cik zai: mmg pun, brg hantaran skrg semua gempak2