Sunday, April 15, 2012

Pizza Hut - Kids Eat Free Everyday

Minggu lepas bawa Azim pi makan pizza hut. Ibu dia yang nak makan pizza guna alasan anak. Dalam banyak-banyak jenis pizza aku lebih suka dominos dan canadian pizza. Tapi sekarang ni dah beberapa kali aku makan pizza hut aku rasa ada improvement dari segi rasa dan roti dia. Syabas yer untuk pizza hut sebab anda cuba mempertingkatkan kualiti dan mutu pizza anda.

Bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Nak cerita pasal pizza hut sekarang ni buat promosi kids eat free everyday. Wahhh...seronok tak dengar? Seronokkan. Sekarang ni pizza hut pun dah buat macam Chilli's dan Tony Romas jugak dah.






Pizza saiz personal bersama satu mug air soya. Kalau untuk kids dua orang makan pun cukup ni.

Term and condition berkenaan promosi ni:

- Every RM20 spent entitles you to 1 Kids Eat Free meal.
- Limited to 1 meal per kid.
- It’s valid for kids below 8 years old or below 120cm in height.
- For dine-in only.


Menu nyer ada pasta carbonara, bolognese , pizza ada 2 types (chicken and tuna), meatballs dan air yang diberikan adalah air soya.


Masa kami makan kat Pizza Hut kat Alor Setar (bekas tapak panggung wayang cathay) haritu service dia adalah slow sangat. Selepas 10 minit duduk masih tak dapat menu. Walaupun masa tu hanya ada 3 meja yang ada customer dan aku tengok semua sedang menikmati hidangan. Lepas tu pulak masa serve menu tak check balik apa yang kita order. Ada yang pesanan yang tertinggal.Aku tak kisah sangat tapi hopefully diaorang buatlah kerja setanding dengan cukai yang dikenakan kepada pelanggan.

Azim dah boring. Tapi nasib baik mood masih terkawal.


Lama sangat tunggu..Habis pinggan ngan sudu di bungkus Azim.





7 comments:

Mia Liana said...

uikkk sedapnya pizza tu...

Anonymous said...

haah, mg tgh promote skarang,,kelmarin g makan pizza hut jugak..:D

Diari Si Froggie said...

Suka makan pizza tapi selalu tak dan nak beli..hehe. last makan 2 tahun lepas kot..huk3. Ok jugak saiz personal tu pun dah kenyang perut.. azim bosan sampai bungkus semua sudu dan pinggan? haha.. cute pulak tu muka bosannya :)

caliph shuriken said...

free setiap hari utk kanak2!! biar btul diorg ni, huh...

eLL said...

mia liana: panas2 mmg sedap

sis92: jimatkan..kawan akak bgtau ada selected branch ada promotion 50% lagi..

aida: pizza ni nak makan dia perlukan masa yang lama sebb nak tunggu lagi..saya pun selalu fikir banyak kali jugak sebab nak menunggu tu..

caliph: betul..

syiela said...

anak2 pun dah siap ngajak ke sana.. tapi memandangkan Dable H ni kecik lagi selalunya tapau je la

bestkan kalo dapat makan kat sna siap free lagi tuk kids

eLL said...

syiela: ada anak kecik mmg susah sikit nak makan kedai. tambah2 mcm syiela ada anak kembar.