Monday, April 23, 2012

Suka tengok kartun?

Korang suka tengok kartun tak? Aku memang dari kecik jenis tak layan kartun sangat. Tapi aku suka layan disney movie. Hehehe... Sampai sekarang ni pun aku layan disney movie. Tapi sekarang ni rasanya tv kat rumah ni banyak duk pasang kartun saja. Lagi dan lagi dan lagi.

Kalau pasal kartun memang tak boleh nak kata apalah. Sebab bigboss dalam rumah ni memang kaki layan kartun dan komik. Aku hanya tau Naruto yang lain-lain aku tak tau nama apa dah. Kalau Naruto ni. Komik bercetak ada, yang di download ada, yang dalam bentuk animasi pun ada. Aku pernah tanya benda yang sama tapi kenapa nak ada dalam macam-macam medium?Jawapannya feeling dia lain-lain. Ok ai faham.


naruto
Korang tengok Naruto tak?



Kalau dengan Si Ayah, aku boleh berdiplomasi lagi. Boleh pujuk-pujuk lagi. Kalau dengan Azim. Alamatnya, aku lah yang banyak mengalah. Banyak kot kartun yang dia layan. Kalau dia layan dengan kami semua kena layan sekali. Kena menyanyi bersama-sama. Kami dah hafal kot lagu tema boboi boy, upin ipin, disney clubhouse dan wonder pets. Jom kita nyanyi sama-sama.

Kring! Kring!
Telefon, telefon berbunyi
Telefon, kami datang
Telefon..telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya di sana

Apa yang penting kerja sama
Apa yang penting kerja sama

Wonderpets, wonderpets, kami datang
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy

wonder pets
Cute kan suara wonder pets



boboi boy
Dan super hero kita boboi boy



Choo choo choo choo train. Mickey mouse clubhouse
Kalau mickey mouse aku suka tengok sebb dia berwarna-warni


Upin & Ipin aku suka sebab banyak moral story dalam setiap setiap cerita

Tapi kami tetap kawal jumlah masa untuk dia tengok tv dan layan semua kartun-kartun kesukaan dia tu.










16 comments:

Apai said...

hehe..wonderpet reminds me to my old friend..kekeke...anak sorang dh, keje lecturer..semangat wonderpet dia xluntur beb..haha

NuZuL HaiRi said...

naruto plg best. hehe

Mummy Chubby said...

Kerana trlalu obses ngan kartun, adik mummy letak nama company dia Wonderpets Enterprise.hehehee... ntah pape

syiela said...

suma karton kat aas kegemaran anak2.. bila time time je kita pun terpaksa layan sama.. so nak tak nak kita pun dah tersuka sama..

paling suka kalau dorang tengok upin & ipin, wonderpets, Dora dan Diego.. banyak yang dorang boleh belajar dari situ :)

eikasyaza said...

tak k.ell.. kedai tu yg pasang..cas termasuk dlm payment.. :)

Sis AI said...

Dah kureng layan sgt la cerita kartun ni.. Agk byk krja nk dbikin, haha! Klu ada cousin yg brtandang dan tgk kartun je sy akn join skaki, haha!

ReramaBiru said...

~peminat kartun yg setia gk..hehe :p

Cik Akma said...

Salam , akma singgah malam kat sini tag awak utk segmen ni.

http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/04/segment-serious-follow-back.html

Jangan lupa tinggalkan komen ok :)

caliph shuriken said...

ank sdara sy suka sgt layan wonderpets tu, huh...

Unknown said...

upin ipin boboi boy~ suka ^^

follow cni~ jemput join segmen sy ea..

Cheqna said...

Memang selalu layan kartun dari disney ke kartun tempatan...Upin Ipin mmg best..dulu2 ada juga tengok keluang man..hehehe..

Senang hati tengok kartun ni drpd tengok drama2

:-)

Kasih Salina said...

la ni dah ada ank, semua kartun2 tu terpaksa tengok..huhu..

Afiqah said...

wonderr peett!!! hahaha btw naruto jarang layanlahh. kita layan detective conan :P hehehe

eidah mazidah said...

Suka sangat2..lbih2 lagi spongebob..pukul 5 stiap ari tercegak depan tv.even ulang berpuluh kali pun nak tengok jgk..hehehehe

uncle said...

jangan gelak .... uncle minat wonderpet, naruto, el tigre dan Kapamickey hahahaha

eLL said...

ahmad saufee: bagus semangat tu. semangat wonder pet. apa yg penting kerja sama. saiz dan kekuatan bukan ukuran. :)

nuzul: hehehehe...ramaikan yg minat naruto. perempuan pun ada.

mummy: tu memang betul2 minat tu

syiela: kartun ada juga yg beri pembelajaran. bagus juga kita sama-sama layan dgn anak-anak sekurang2nya hubungan kita boleh jadi lebih rapat

eikasyaza: cantik dia pasang. nampak kemas

sis Al: kalau ada geng layan mmg lagi best

akma: akak dah ronda2 dah kat blog akma dan tinggal komen

caliph: rasanya kebanyakkan kanak-kanak suka wonder pets.

alynn: akak pun suka juga dgn upin ipin. tq follow. akak follow balik

cheqna: a'aa kluang man. dulu pun mania juga kan. mmg pun kadang2 tgk kartun lebih seronok.

kasih salina: samalah kita

detective fiza: conan pun best. mmg seronok tgk conan tapi azim tak pandai lagi layan conan.

eenie: spongebob. a'aa tu pun best. ehhh banyak juga kartun yg akak layan rupanya hehehe. azim panggil burger tu patty (crabby patty)..

uncle: sama lah dgn ayah si azim tu. kalau kartun dia yang dulu terpaku depan tv tu.