Tuesday, April 10, 2012

Pada Ketika Ini








Maaf kawan-kawan sebab dalam minggu ni aku tak sempat nak berjalan-jalan melawat kawan-kawan. InsyaAllah sehari dua lagi kalau sempat aku akan buat lawatan balas kembali. Terima kasih sebab datang ke sini.

Situasi aku pada ketika ini....



dan juga

gara-gara berjangkit dari Azim..


Bila tengah sibuk-sibuk tu rasa macam nak tido sekejap walaupun baru sebentar tadi rasa masa 24 jam tak cukup..

Alangkah seronoknya kalau mampu mencetuskan situasi kerja begini..

Korang tengok tenang dan rileks jer omputeh tu buat kerja. Sambil jaga dua anak lagi tu? Aku tengah memikir adakah aku mampu? Kalau korang, korang rasa mampu tak?


Walaupun tengah sibuk, tetiba aku menyuarakan keinginan untuk sambung belajar kepada En. Asben. Dia kata ok. Semoga aku mampu mencapai impian ku untuk mendapat master. Aku rasa nak buat full research. Moga-moga aku mampu. Calon supervisor dah ada tp tak tahulah kalau aku layak utk jadi anak didik dia. Harap-harap layak la yer.. :). Boleh la yer Dr. N dan Dr. Z. Kui Kui Kui...




Hari ni birthday Mr. Asben a.k.a founder blog nih.... Birthday yang ke berapa? Biarlah rahsia kata tuan tanah.

Selamat hari ulangtahun. Semoga sentiasa di rahmati Allah. Dikurniakan kesihatan yang terbaik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kita sekeluarga sentiasa dirahmati dan mendapat perlindungan dari Allah serta kekal berbahagia selama-lamanya.


Untuk Mr. Asben hanya inilah hadiah suprise untuk birthday kali ini yer...Konon-konon tanda kasih sayang lah ni..Hehehehe..
Bihun dan mee soto untuk di makan di pejabat bersama kawan-kawan. Nasib baik unit Mr. Asben ada 20 orang jer. Kalau lebih mau nyer aku order. Gigih betul nak siapkan semua nih sebelum pukul 7.30 pagi. Tadi Mr. Asben sms kata bos dia wat suprise beli kek. Tenkui bos.

5 comments:

sis92 said...

alo3 take yr time
get well soon :D

nak kekkkkkk ^^

mama pipie said...

tak pe ar.. nanti mama tolong sapu sawang ye.. happy bday utk hubby ell

Aida Omar said...

tak pe dahulukan yang penting dulu sis :) Tak sihat erk? moga cepat sembuh.. Wah! besday Asben dapat mee soto.. Happy besday buat asben sis.. moga murah rezeki, sihat, panjang umur dan bahagia ke akhir hayat bersama sis dan keluarga :) untung bos bagi kek ha..hehe

eLL said...

sis92: tq yer..nak kek? nanti bila turun kedah calling2 akak yer..

mamapipie: tq mama pipie

aida omar: tq. jeles gak ni sebab dia dapat bos yang baik.

ryan mika said...

Senang bisa berkunjung di blog ini...salam kenal yah, sukses selalu salam dari All About Desain Grafis