Sunday, April 1, 2012

April Fool = 1 April

Dulu masa sekolah-sekolah pernah juga sambut April Fool. Dulu tak tahu yang April Fool ni berkaitan dengan sambutan agama lain. Kalau diikutkan mempermainkan orang dan menipu tu adalah tidak baik dari segi moral dan juga agama. Masa tu jahil tentang sejarah sebenar kenapa bermulanya April Fool. Bila dah masuk IPT masa tu dah tahu pasal April Fool ni dah tak join dah mana-mana kawan-kawan yang duk sambut April Fool. Kalau nak tahu kenapa April Fool dilarang oleh agama Islam boleh baca kat website UPM.

Antara situasi yang pernah aku dan kawan-kawan 'pekena' kawan-kawan dan juga cikgu. Masa kat sekolah dulu cikgu-cikgu pun sporting habis terutama cikgu-cikgu yang senior.

Situasi 1 :
Shiela, PK HEM nak jumpa hang kat bilik dia. (Shila pun dengan selamba pergi ke bilik PK HEM. Selang 30 minit dia balik ke kelas)
Wei, aku tunggu punya lama kat dalam bilik tu mana ada. Pastu kerani tu kata PK HEM ada meeting kat luar.
APRIL FOOLLLLLLLL
Cissssssssssssssssssssssssss...Kalau betul PK HEM ada mampoih aku nak jawab kalau dia tanya pasai apa aku tunggu depan bilik dia.

Situasi 2:
Cikgu baju cikgu koyak (Masa tu cikgu tengah menulis kat papan hitam)
Mana-mana?
Tu..tu.. cikgu (beramai-ramai ok)
Mana-mana (Berpusing-pusing cikgu cari baju yang dikatakan terkoyak tu)
APRIL FOOOLLLLLL
Kamu nihhh...Saya punyalah ingat baju saya koyak betul-betul haihsshhhh...
(Sambil senyum-senyum pastu cikgu tu bercerita pulak yang dia pernah terkena dengan super senior kami sampai menangis)

Situasi 3:
Cikgu your shoes(sambil ramai-ramai tunjuk kasut kepada cikgu pendidikan jasmani kami)
Hhhmmmm....APRIL FOOL kan, macam tak tahu
Alaaaaaaaaa cikgu ni tak suprise langsung

Nampak tak walaupun kawan dan cikgu yang kami 'pekena' tu sporting dan tak kisah tapi dari segi moral dan agama kalau diikutkan adalah tidak baik. Dengan kawan-kawan pun kita dah berdosa sebab menipu dan mempermain-mainkan orang lain. Ini pula kepada cikgu yang yang mendidik dan mengajar kita. Insaf sungguh bila dah tahu pasal hal ni.







7 comments:

zafira othman. said...

menyampah betul kalau terkena.
#dulu sekolah convent, so terkena dengan mmber2 cina, sadis rasa

eLL said...

tensen juga kalau terkenakan. pastu bila nak marah mesti kawan2 kata ehhh..mana boleh marah april fool.

sis92 said...

hihi sis dulu pun tak tau apa2 so kenakan jugak lah..hihi skrang dah tak lah.

Faizah said...

hahahax ,, kesian cikgu tuu~~ cam best plak kene kan org~~

m!3yr4h_LolLy said...

dulu ramai sangat yang sambut april fool nie. tapi sekarang dah biasa dh. masing2 dah tau

Koding said...

Katakan tidak kpd April Fool..

eLL said...

sis92: dulu tak tahukan sis. skrg dah tau dah tak buat lagi..hehehe

Faizah: hehehehe..yang mengena seronokla. yang terkena mesti terasa. tp skrg dah tak buat lagi dah.

lolly: betul skrg dah tak ramai dah org melayu yg sambut. dulu-dulu ramai yang tak tau. skrg dah ada kesedaran.

Koding: skrg dah ada kesedaran. dah ramai dah yang boikot april fool.