Memang lama sungguh blog ni sepi.
Bersawang jangan cakap la.
Aku ada melawat blog kawan-kawan sekali, tapi aku jarang meninggalkan jejak...nak jadi stalker kot...hahahaha...
Nak update blog macam tak ada mood. Atau aku sebenarnya macam dalam mood terkejut atau mood serabut bila jadi student balik.
Persoalan aku jadi student balik? Student? Study...
Berapa banyak soalan pun, sekali dah melangkah dengan keputusan untuk belajar balik mesti kena teruskan dan azam dalam hati ingin buat yang terbaik.
Bukan mudah rupanya menjadi seorang pelajar yang dalam masa yang sama memegang tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pekerja...
Bila mulut ingin mengeluh mesti cepat-cepat hati ingatkan
"inilah dugaan yang aku harus hadapi, dan ini yang aku pilih"
Setakat sekarang kata-kata tu masih lagi mampu membuat aku cool..Tetiba terfikir cool blog atau each a cup pulak...kalau pekena ni best nihh..
Keserabutan buat aku macam blur seketika..
Blur sebab ...
- dapat surat tawaran terus kena daftar pengajian
- blur sebab kelam kabut kena buat medical check-up serta merta (penat ooo.. berlari
berkejaran dengan anak menangis.. nak ibu..nak ibu..mana ibu..risau dia sebab tgk
aku masuk tempat buat ujian urine dan x-ray. terus bp aku high..padan muka aku)
- paling blur sebab tetiba kena keluar duit untuk bayaran yuran dan yuran kemasukan
(ooo..telan air liur jugak..kahkahkah..)
- lepas daftar kursus terus kena masuk kelas (Oh my english pulak tu, dah ler first
day yang ada hanya aku dan international student..OMY..hahaha biru mata hitam ku
seketika)
- terkejut masuk kelas lecturer suruh buat short essay, alamak apa aku nak tulis ni
(padahal tajuk ala-ala PMR jer..dah bertahun aku keja aku mmg guna english untuk
buat surat, report dan cakap dengan customer, tapi haritu mmmg aku blur, macam nak
balik saja masa tu)
- kelas research methodology pulak lepas 1 kelas lecturer dah minta hantar bab 1
(serius aku serabut, apa aku nak buat ni, teori apa aku nak pakai dalam research
aku nih..definisi konsep dan operational pun aku bukan ada lagi..haru-haru..puas
bersengkang mata nak siapkan assignment)
Sekarang ni blur tu makin berkurangan..cuma kena cepat-cepat pulihkan semangat..dahlah lepas ja pendaftaran aku, ayah azim kena berkursus pulak dekat INTAN, bukan 2 atau 3 hari, 2 minggu korang tau..puaslah aku marahkan INTAN tu..tapi tak der kesan apa-apa pun marah pada INTAN tu..pujuk hati yang lara angkut beg bagai menumpanglah kami dua beranak di rumah mak bapa aku sepanjang ketiadaan ayah Azim (ohhh..I miss my home very much). Ayah tak dak Azim pulak demam. Ohh..ibukan supermom..don't worry ibu can handle everything ;P.
Minggu lepas ayah Azim dah selamat menamatkan kursusnya, ayah balik ibu terus demam, batuk, selsema dan sakit mata (puas hati punya pakej)..ini namanya balas dendam..ok ayah Azim selamat menguruskan rumahtangga dan anak..ai demam nak rehat...zalim tak?
Korang doakan aku supaya success yer. Pada yang dah selamat habis belajar aku memang kagumlah dengan korang. Baru aku tahu bukan mudah nak belajar bila kita dah berkeluarga.
Kesian korang boring layan karangan aku...Jom layan gambar la pulak...Gambar pun ciput jer...
Inilah insan-insan yang temankan aku masa pendaftaran dan medical check up
Nombor pendaftaran medical check-up aku. Cantik tak nombor dia. Nombor cantik tapi nurse yang serve aku untuk ambil tekanan darah pun 'cantik' budi pekertinya. Terhina kot rasanya. Dengan student lelaki manis pulak mukanya.Sabar jerlah wahai hati. Dah ler kena bayar RM 80. Kalau pegi klinik atau hospital kerajaan, free jer. Nurse kerajaan sekarang ni pun dah ramai yang ok.
Kelas academic writing yang sesudah daftar terus kena masuk kelas. Tak der orang lagi. aku pegi awal sebab nak cari kelas. Berpusing-pusing, naik turun tangga baru jumpa ni.
Kelas research methodology, pun aku antara 3 student yang datang awal, sebabnya ialah kelas pertama mestilah awal nak cari kelas dulu. Location dewan kuliah ni memang best sebab parking belakang dewan jer
Mencari bahan la tu kononnya. Berlagak bagai. Cuba korang tengok kat atas buku tu. Nan adoo.. Putih bersih. Suci lagi murni.