Monday, October 15, 2012

Kan Molek Gitu...


Selalulah ucapkan terima kasih dan boleh tolong saya apabila melibatkan hubungan dan komunikasi dengan orang lain.
Walaupun kita adalah orang yang kaya, berpangkat besar dan berdarjat tinggi. Kita akan lebih dihormati dan dihargai.
Nilai diri kita pun akan dipandang tinggi dan mulia.
Sebagai contoh, bila berurusan di kaunter aku cuba mulakan dengan ayat "MAAF yer, saya nak tanya sikit, kalau nak beli setem perlu ke kaunter berapa yer?" Pasti muka staff yang jaga kaunter tu mesti akan lebih manis sikit.
Tak salah rasanya kalau kita merendah diri sikit.
Kalau pun dia menjawab dengan nada kasar "KAUNTER 3"
"Kaunter 3 yer, terima kasih", tak salah rasanya kalau kita berikan ucapan terima kasih walaupun cara staff tadi macam layan tak layan saja.
Sikap dan tingkatlaku kita melambangkan diri dan jati diri kita.
Kalau kita adalah ibu dan bapa bukankah ini satu contoh yang terbaik untuk anak-anak.
Kadang-kadang ada juga rasa panas hati bila kita berurusan dengan orang yang kurang adapnya, tapi aku cuba juga ucapkan terima kasih walaupun pitching dia tinggi sikit ;).

6 comments:

thomas said...

sememangnya cara yg baik utk berurusan dgn siapa2 pun.

caliph shuriken said...

yup, sy suka org cakap leklok wktu berurusan ^^

s h a said...

Betul...setuju.Sebab sy suke kalau orang ckp sopan ngan sy.Lembut je hati.Jadi kena mulekan sendiri dulu. :)

Mummy Chubby said...

Last wk masa Mummy gi buat hiv test, pun tak suka ngan yg jaga kaunter reg..berlagak tuh.kita tanye elok2, dia senyum pun idok.hu hu hu

Cik Jari said...

terima kasih kak dtg belog saya :)

eLL said...

thomas: betulkan. tp kdg2 sukar kita nak jumpa komunikasi 2 hala mcm tu kan.

caliph: akak pun sama caliph. dah kita penat2 menunggu kan.

sha: jom kita sama-sama mulakan. peringatan utk akak jugak.

mummy chubby: bulan lepas saya buat medical check up pun jadi mcm tu jugak. nurse dah la muka masam siap tak pandang muka kita nih. padahal kita bayar service dia. dgn bdk2 lelaki cukup mesra. gender bias.

cik jari: :). terima kasih juga dtg blog akak.