Thursday, October 18, 2012

Ohh...Saya Lemah Bahasa Inggeris








Entah kenapa dan di mana salahnya.

Dari Tadika dah sampai ambik master ni tak pandai-pandai jugak Englishnya.
Ohh..sungguh tensen dan rendah diri bila berada dalam kelas Academic Writing.
Dalam kelas aku ada yang ambik Applied Linguistic dan Translation. Haruslah penguasaan Bahasa Inggerisnya tip top.
Hahahaha..tapi belasah juga cakap masa dalam kelas. Chilll lahh... 
Dalam kelas mestilah aktif sikitkan. Markah tu.
Kenapa aku rasa komunikasi itu lagi mudah dari menulis.
10 tahun lepas, lepas grad English hanya di gunakan untuk berkomunikasi dengan customer
dan juga bila buat report atau buat surat. 
Komunikasi boleh pandai pun mungkin sebab selalu kena ayat sinis dengan customer
"English please" ..."Can u speak English"..Ok..ok..
Kalau buat surat tu macam pejam mata jelah kan. Surat formal standard jer ayat-ayat diakan
Hahaha..budak SPM pun pandaikan.
Tup-tup sekarang ni aku kena belajar balik English untuk tujuan penulisan tesis.
Sungguh aku rasa macam... Blur nya. 
Ohh Aku tak faham.
Tak pandainya aku. 
Yang paling best semalam lecturer ajar aku paraphrasing.
Aku dah confuse antara paraphrasing dengan summarizing.
Aku cakap kat akak sebelah aku.
"Kak Nor, apasal nak kena buat ayat susah-susah sangat ni. Canggih-canggih ayat ni. Guna ayat-ayat biasa tak boleh ker?" Terfikir juga aku, sama ada aku ni malas berfikir atau aku tak pandai ni. 
Sedih. Stress. Depress. Hahahaha...
"Ala dik, mestilah Dr. N ajar ayat-ayat yang canggih. Sekarang kan kita tengah study untuk master"
"Ohh..tak sama yer kak?"Hahaha..padan muka aku.
Serius rasa otak sekarang macam tepu sangat. Boleh aku baca satu paragraph tu sampai habis, pastu aku fikir apa maksud ayat ni. 
Sekarang baru aku tahu apa perasaan orang yang buat master full research dan juga PhD. 
Banyaknyer yang aku kena baca.





Pasal penguasaan Bahasa Inggeris ni, rasanya kesalahan adalah terletak di atas bahu aku sendiri. 
Dari tadika sampai SPM, mungkin aku tak belajar bersungguh-sungguh.
Mungkin kerana faktor persekitaran. Walaupun ayah aku mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang cemerlang tetapi mungkin bahasa pengantaraan di rumah adalah Bahasa Melayu jadi kami jarang mempratikkan. Tengok tetap nak salahkan orang lain jugak. Kesalahan sendiri tak mau mengaku. 
Mungkin juga aku malas membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris. 
Nak kata di sekolah. Kebanyakkan cikgu dan kawan-kawan banyak yang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Punyalah aku duk melayan perasaan masa dalam kelas tu.
Argghh...menguap berkali-kali. Mengantuk ker bosan ni. 
Terfikir juga apa aku nak buat supaya Azim nanti tak jadi macam aku. Hehehehe...
Pendekatan apa aku nak buat yer untuk Azim.
Supaya dia rasa enjoy tak ler terpaksa. Bila belajar dalam keadaan enjoy mesti lebih mudah untuk menguasai   sesuatu tu kan. Bukan belajar untuk exam saja kan.

Ada idea tak macam mana nak memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris aku?



15 comments:

Rose said...

kena byk bercakap dan membaca in English..insyaallah boleh improve English kita nnt..

sejak sy keje gomen, hari2 guna B.Melayu, B.Inggeris dah jadi gagap dan takut..!!

khaifaiz said...

kalu org mengaku yg english dia bagus padahal dia orang melayu... memang salah la tanggapan dia..

aku HaniAsyira said...

samalah... ckp mungkin ok tp tulis.. fail

Mummy Chubby said...

sama la kita...skali ckp berterabur tak hengat.kalo tulis tu ok2 la gak sbb de kamus depan mata.tap better mengaku xfasih dr berlagak pndai.nanti rugi...chaiyok! chaiyok!

Fizah Ibrahim said...

Hehe, baca paper english hari hari, sooner or later kita akan dpt improve la, sbb dpt vocab baru n improve grammar. banyak baca article or blog english, for sure blog yang grammatically ok, n vocab pon ok, automatically, akan terbiasa. jangan putus asa. chaiyok2 for your thesis writing =)

kakrose said...

salam..:)

NoorBieLover said...

sy pun xpndai bhsa inggeris,sikit2 je sy tau.coz sy blajar takat spm je..teringin gk nk fasih B.I.rugi tau kalu blajar tggi2 xreti B.I.bleh selalu dengar lagu B.I yg lama2.coz lgu B.I yg baru bnyk perkataan dan ayat yg x elok.sbab lagu lama ayat jwang & skema skit..heheh..xphm cari kmus,jgn cari google.kdg2 xleh caya.

eLL said...

terima kasih semua sebab bagi nasihat dan komen. insyaAllah saya akan cuba lebih kuat untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris saya.
Dalam masa yang sama saya juga akan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu saya.
Caiyok2 untuk diri sendiri

Karen Monica said...

banyakkan membaca dan bercakap dalam BI...practice makes perfect dear :)

Unknown said...

sy ni lagi la...yg tau YES n NO jea

s h a said...

Kalau sy, sy try communicate in english dgn adik beradik.banyakkan bace artikel english.tp english sy pon x okay sgt.huhuh.dalam proses memperbaiki kelemahan.

caliph shuriken said...

sy pun biasa2 jaa english ni.. dh lama x praktik, kt umah pun cmtu jgak, erkk...

Haza said...

Salam,

Cuba layari --> https://www.facebook.com/inkliiziyahfil.baitulqurro/photos_all

Unknown said...

English faham memang faham, tapi kalau writing memang fail. Macam mana nak buat writing? Dari sekolah sampai dh masuk u, still tk padai writing ��

balavancahall said...

Mens Black Titanium Wedding bands - T-Mobile Arena
With micro touch hair trimmer the release of the MENS black rocket league titanium white octane stainless wedding bands, this titanium earrings metal band has gone global in its stainless steel vs titanium apple watch line of titanium jewelry for piercings premium stainless wedding bands.