Monday, November 5, 2012

Anak Ibu Dah Besar

Sekejap saja masa berjalan dah besar dah anak ibu nih.
Bila mau dapat adik ni? Huhuhu. kalau ada adik tak ler Azim manja sangat. 
Tahun depan Azim dah kami daftarkan untuk masuk sekolah.
Hantar dia masuk play school. Ada yang kata Azim terlalu awal nak di hantar ke sekolah.
Ada yang kata ok dah sesuai. 
Bagi aku, InsyaAllah ok. Aku harap semuanya ok-ok nanti.
Sebab aku nak masukkan dia ke sekolah, nak dia belajar berkomunikasi dan berkongsi dengan orang lain  dan pengenalan alam pendidikan secara formal (kalau aku ajar kat rumah banyak main nyer). 
Buat masa sekarang itu sahaja yang aku harapkan. Aku juga harap supaya dia lebih berdikari. 
Kalau kat rumah dia terlalu manja. Siapa-siapa tengok pun mesti akan kata yg Azim ni pampered.
Tapi dia cukup berdikari kalau ayah pergi berkursus atau out-station. Masa tu dia akan mendengar cakap dan jaga (on his own style) ibu dengan baik. Touching. 
Tapi bila ayah balik siaplah. Dia akan merajuk sesungguh hati dan sikit-sikit nangis. Semua tak kena.
Sampai ayah kena cakap "Azim, ayah dah balik ni. Ayah minta maaf yer sebab pi kerja jauh lama."
Baru lah dia akan angguk dan terus peluk ayah. Ohhhh.....
Lepas seminggu tu Azim akan mengawasi ayah. Ayah nak p mana? Tengah lena pun dia boleh mengigau panggil ayah. Selalunya first day lepas ayah balik tengah-tengah tido dia boleh bangun dan cari ayah. 
Dah nampak ayah, then baru dia akan tido balik.

Merajuk sebab ayah pi kerja lama


CIC Darulaman tu dekat jer pun dengan rumah. Dengan tempat kerja ayah pun dekat. Kalau ikut jadual kelas mula 8.30 pagi sampai 12.30 thari. Aku ambil pakej mutiara. Pakej permulaan jer. Tak sampai hati pulak nak paksa dia stay lama-lama di sana. Mungkin tahun depan aku boleh tambah pakej KAFA pulak pada sebelah petang tengok macam mana nanti. Bergantung kepada penerimaan Azim macam mana.
Tak sabar pun ada. Teruja. Cemas pun ada. Tak boleh jangka apa reaksi Azim nanti. Cuma sekarang ni dia asyik minta nak p school lepas briefing and registration day haritu. 
Semoga Azim boleh adapt situasi persekolahan dan dia enjoy.

pandai simpan kasut sendiri masa mula-mula sampai di CIC masa sesi taklimat dan pendaftaran sebelum Aidil Adha haritu. 

semangat tu. Bye ayah, azim pi school dulu. Nanti jangan lupa ambik azim.
Wahh kau Azim, harap-harap terusla macam ni yer. Jangan sampai masa nanti menangis meraung pulak.
Ayah dan ibu dulu pergi sekolah tak menangis pun. Cool saja. 



5 comments:

Mummy Chubby said...

wah! dah besar adik azim ni ek...anak mummy dah nak masuk pra nxt year.kejap je masa berjalan...

AtieYusof said...

ala..la...la..azim dah sekolah ye..
good boy azim..:)
Kak jo, jgn lupa follow kite ye..baru belajar2 blogging...seronok plak..hehe
keepn touch..kim salam cyg kt azim:)

eLL said...

mummy: kejap jer kan masa berjalan. cik khaleesa dah nak masuk pra dah yer. saya pun ingat nanti bila azim 6 thn nak bg masuk pra juga. bagus kata org sbb bg cuba pendedahan awal suasana sekolah. kim salam tuk cik khaleesa yg super duper cute.

atie: miss u atie. hehehe dah besar dah atie. mcm baru jer kita sembang pasal bersalin kan..kihkihkih dah follow u dah. keep in touch. salam syg jugak utk pa'e

Marsha~ said...

berapa umur Azim ye??? sy pun risau gak ni... Ariq tu bulan ni baru masuk 3 tahun, tahun depan dah nak hantar dia gi school sbb dia dah kemaruk nak school sgt sbb tetiap hari tgk kakak gi school... mcm mana ntah dia kat sekolah nanti.... huhu

eLL said...

marsha: azim baru 3 thn. bln 7 haritu. ariq mesti ok. saya tgk dia mcm lebih berdikari dari azim mungkin sbb dia ada kakak. lepas ni ariq dah jd abg mesti dia lebih berdikari.