Monday, June 11, 2012

Korang Kenal Tak Ini Budak?


Amacam? Ada gaya tak? Hehehe...


Bergaya di atas kerusi pinjam dari tuan kedai buah-buahan di Padang Besar. Terus di takle oleh anak gadis tuan kedai.

Macho tak? Huhuhu.. tu bukan buat gaya macho. Tapi buat muka sedih sambil memandang kedai mainan kat depan. Ayat-ayat godaan dia tak berjaya nak leburkan hati ibu yang kedekk.



Superstar? Ni kerja Azim dan ayah time boring sebab ibu membuta. Malas nak layan dua beranak yang suka berlawak dan berkuntau. Jadi ikut suka korang la. Jangan sepah lebih2 sudah, kang ada yang ada yang kena tahan telinga sambil muka tersengih dengan public speaking dari ibu.


Hensem tak saya? Ni gaya terbaru yang dia suka buat. Pastu tanya enchem?
Aku mesti tanya balik sapa yang hensem?
Penuh yakin menjawab -Ajimmmm

Bila dah tengok korang rasa kenal tak budak ini. Budak ni sekarang sudah panjang akalnya. Dah banyak kerenah dan banyak permintaan. Pandai buat lawak pulak tu sekarang ni. Hobi terbaru dia adalah memakai cermin mata hitam. Kalau berjalan dia akan bawa cermin mata hitam dia. Tapi aku tak bagi pakai lama-lama sangat. Aku suruh dia pegang jer. Dah 3 cermin mata yang dia ada. Semua hasil dia mempau ayah dia di stesyen minyak. Tempat favourite Azim adalah kedai minyak. Mungkin sebab dia rasa kat kedai minyak tu ada banyak barang yang dia suka kot. Asal nak keluar jer ajak pegi kedai minyak. Dah nampak kedai minyak dia suruh singgah la pulak. So, bila nampak kedai minyak kitaorang akan cakap, ok Azim kata bye-bye kedai minyak, lain kali Azim datang yer. Hehehe, dengan muka terpaksa rela dia pun melambai-lambai kedai minyak, byeeeeeeee (dengan muak yang sedih).

Tak dapek ler ibu ngan ayah ko nak bawa gi kedai minyak selalu. Asyik kena pau jer. Udah lah barang-barang di kedai minyak lebih mahal dari kedai biasa.







10 comments:

Mummy Chubby said...

macho tuh ditambah plak ngan pipi yg gebas gebus tuh...kalo dpt, dh kena gigit2 ok

syiela said...

hehehhe dah panjang akalnya

ensem sangat!

.: iEyLa :. said...

alolo....encemnye..hihi

acik teyha said...

terbaik!

yusuflaili(Goku) said...

salam;
yelah rasa nak cubit2 pipi tu.

Cik Z@i Pen@nG said...

pndai bgaya sungguh....encemmmm :)

CikMunBlogger said...

haha . comel je budak tuu :D

LiLy @ MumMyQiStInA said...

alolo..pandainye dia bergaya..comel.. ^^

el said...

pandai beno dia bergaya ngan spek itam tu nok..dan sgt pandai dia mempau mak pak dia kt kedai myk..ekekekekek

Cik Kay Jue said...

bergaya seh.. kecik da pandai pakai cermin mata hitam..

ckj pun dulu masa tgh baya2 anak akak kedai yang kat kedai minyak tu memang tempat fav ar.. hehehe..