Friday, December 11, 2009

Pemilik Bersama - Lepak Malam Minggu

Wahh...dah lama rasanya tak lepak2 malam minggu (hehehe...ni aktiviti yg selalu aku bersama mr. hubby & adikku lakukan). Last sekali lepak hujung minggu 2 minggu sebelum aku bersalin bersama dengan mr. hubby best friend.

adik beradik
Semalam mak dan adik bongsu mai rmh kami kat PJ. Ptg tadi mak decide ajak makan luar. Emm..mula2 fikir nak g cafe yang baru buka kat rumah..ok juga tp adik2 nak gi tempat regular. Apa lagi Bangi Kopitiam Wangsa Maju la. Kitaorg selalu lepak sana, kadang2 sampai org nak tutup kedai baru balik. Bagi aku Bangi Kopitiam ok. Makanan sedap, tempat selesa dan pekerja dia pun ok. Pekerja pun faktor penting juga. Kalau pekerja perangai "kerek" tu aku tak minat. Tak merasala duit aku lagi.

Wah mak & our little hero ikut lepak. Tapi arini kejap je. Kul 10.30 mlm dah balik. Okla sebab mai dgn mak kan. Lagi pun ada baby. Masa kami dtg org tak ramai lagi. Tp masa nak balik kedai makin penuh

. si kecil comel

Menu biasa yg kami order, bihun goreng tomyam ..ni aku punya favourite la..sorry gambar tak ambik, dah abis baru teringat. Masa nak mula makan aku menyusu si kecik. Pastu order nasi ayam hainan (mr. hubby & adikmie). Mak & dikjan order bihun tomyam. Air mestila kopi ais (dah nama g lepak kopitiam kenala minum kopi, plus order gak roti bakar). Untuk si kecik biasala menu wajib dia Enfalac A+.


roti bakar@bangi kopitiamkopi ais@ bangi kopitiamnasi ayam hainan@ bangi kopitiam

On the way balik, kitaorg lalu Dataran Merdeka. Dulu pernah lepak ngan mr. hubby & adik tgk org merempit sampai kul 3 pg. So dah ada si kecik kesayangan ni semua aktiviti tu perlu dihentikan. Kepimpinan melalui teladan ok.

No comments: