Wednesday, December 23, 2009

Pagi Yg gelapp

Bosannnn sebab ramai org cuti .... aku tak boleh cuti sebab cuti aku dah abis.... hampessss
Kat opis aku baper kerat jer yg ader semua amik kesempatan sempena cuti Krismas......
bosannnn, naik tepu pala otak aku...
kebetulan plak ari ni ada pameran Inovasi pastu ramai plak kena pegi kat situ... makin sunyi laaaa kat sini...

Aku pun apa lagi laaa... mengular laa.... ha ha ha .... kat pameran tu ada Kempen Derma Darah...
aku apa lagi join laa sekali ... alaa bukan sakit pon derma darah.. ni kali kelima aku menderma darah... aku awal skit sbb org tak ramaiii


Kempen Derma Darah

***aku bukan ada harta yg banyak, mungkin dengan cara ni aku dapat berbakti kepada org yang memerlukan....tanpa mengeluarkan modal hu hu hu hu hu



10 Fakta Menarik Tentang Darah

1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh badan kita.

2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia.

3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.

5. Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.

6. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.

9. Pada 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia.
Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernam Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripad Harvey.

10. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumapal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik"- Surah al-Mukminun: 14

Sumber: Mastika April









No comments: