Weekend ni kitaorg cuti-cuti Malaysia. Tp meronda area KL & Selangor jer. Setiap tahun bulan Disember adalah bulan untuk kitaorg cuti-cuti Malaysia. Setiap tahun kitaorg akan pilih tempat percutian. Tp tahun ni mak kata kita pusing-pusing KL dah ler. Nanti bulan 3 (tu maknanyer selepas mak pencen) baru kita pi cuti-cuti jauh (jauh ke mana? itu tak pasti lagi). Hari sabtu pagi-pagi kul 9.30 pg lepas breakfast kitaorg dah keluar dari rmh. Tempat pertama ialah Muzium Kesenian Islam dekat dengan masjid negara. Spend dekat 2 jam juga kat sana. Mula-mula kitaorg dah posing-posing dalam kawasan air pancut. Pastu ada aliran air (mcm sungai) dia yg mcm kat Taj Mahal. Sekali lepas kitaorg keluar tempat tu di tutup. Ronda2 tgk Pameran Perjalanan Ke Mekah. Mak yg excited (InsyaAllah kalau tak der arang melintang hujung tahun depan sekali lg mak & ayah dapat menunaikan haji). Pastu mak borong sakan kat Kedai Cenderamata (katanya nak bersedekah, muzium ni dibangunkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan dibuka secara percuma).
Pastu gi kat Muzium Negara. Lunch kat sana sekali. Mula2 ingat nak gi mkn kat belakang istana negara. Org kata kat situ ada tempat makan sedap (dalam warung kita & jalan-jalan cari makan ada masuk). Tp bagi akula cafe di muzium negara tu not bad juga. Harga ok dan makanan sedap juga. Percaya tak itu kali pertama aku masuk muzium negara. Hahaha..Tp penjelajahan terbantut seketika sebab little azim nak tido berdukung. Naik lenguh tangan aku. Nasib baikla setiap paras tepi lif ada tempat duduk. Aku lepak situ dulu sementara org lain gi jalan-jalan. Hal yg sama pun terjadi kat Muzium Kesenian Islam.
Kat Muzium Negara pun kitaorg spend dekat2 2 jam juga. Dah puas ronda2 kitaorg decided pula nak gi Masjid Shah Alam dan sembahyang asar di sana. Terlewat skit kalau tak sempat boleh tengok Ain (adik ipar mawi) akad nikah. Hehehe (minat ker?). Ronda2 Shah Alam. Saja jer. Pastu sampai rumah dah maghrib. Aku lepas maghrib dah terlelap. Sama ler dgn little azim.
No comments:
Post a Comment