Wednesday, December 30, 2009

Pemilik Bersama - Kenangan 2009

Kiranya 2009 bermula dgn aku sibuk menjaga diri & baby in my tummy. Tp aku tak kena alahan yg teruk (cuma sekali ja, aku ni giler satay, beriya-iya aku ke Kajang nak mkn satay. Sekali lepas ja aku mkn pastu burrr. Dari Kajang sampai ke rumah. Seminggu juga la aku hanya bleh mkn biskut kering & teh o panas). Alhamdulillah aku tak menyusahkan Mr. Hubby. Aku leh g keja mcm biasa. Pegi check-up pastu dtg balik keja. Perasan hebat la tu. Ramai juga yg tak perasan aku mengandung. Mungkin aku ni kategori badan besar so org tak perasan aku mengandung. Yg paling best ramai yg terkejut aku cuti bersalin. Setiap hari ptg2 aku berkejar2 dgn shipment2 aku yg banyak.

Tp 14/4/2009, empat ari selepas Mr. Hubby punyer birthday, dia kena addmited kat PPUM. Mr. Hubby kena appendiks. Memang mencemaskan. Dia senak2 perut then check dr. suspect appediks terus refer tu PPUM (tu yg terdekat ngan rumah aku). Dari pukul 4 pg sampai la pukul 8 mlm menanti penuh debar. Kami di KL ni mana ada byk saudara. Kwn2 ada tp tak nak susahkan diaorg. Dari pukul 4 pg tula sampai 6 ptg aku tak makan dan minum. Aku cuma mampu berdoa agar suami selamat dan sihat. Dalam masa yg sama aku sentiasa cakap dgn baby (kuat yer sayang, ibu bukan sengaja, ayah tak sihat). Masa tu baby yg bergerak2 dlm perut la buat aku kuat semangat. Nasib baikla aku ada adik di KL. Dia la tolong belikan makanan dan temankan aku sepanjang Mr. Hubby di wad. Aku jd kuat semangat. Kwn2 pun byk support. Mak & ayah kt kg pun dah tak senang duduk. Alhamdulillah pembedahan berjln dengan lancar. Happynya aku bila Mr. Hubby keluar dari bilik bedah dgn muka tersenyum. Ada sorang Dr kat situ bgtau aku ...itu your man dah siap..dah ok. Selama 3 ari dari kul 6.30 pg hingga 9.30 mlm aku ada kat wad. Mak & ayah kelam kabut nak mai tgk aku & mr. hubby. Aku cakap takyah nanti kitaorg balik. Sebln lepas tu kami balik kg. Lega la hati org tua dpt tgk wajah kesygan depa nihh..








Tak dijangka sepuluh ari lepas tu aku plak masuk wad (hehehe...aku kena tekanan darah tinggi 140/90) pertama kali dalam hidup ni naik ambulan. Aku pregnant sebab tu la aku kena admit kat wad. Elok-elok masuk wad tekanan darah aku turun. Sebenarnya aku penat dan risau sepanjang jaga Mr. Hubby. Dah masuk wad ingat senang nak lepas. Ingat Dr mudah2 nak bg aku balik, selagi tak buat mcm2 ujian. Ujian yg buat aku tensen. Masa tu kandungan dah masuk 7 bulan. Alamak! Kami langsung tak beli apa2 brg untuk baby. Bila Dr cakap kandungan U dah 7 bln so be prepare anytime u dah boleh deliver. Seminggu juga la aku kat wad. Balik tu baru kelam kabut beli kelengkapan baby (ala...kami beli 5 pasang baju (newborn) jer utk baby).
8/7/2009 sekali lg aku masuk wad, ni memang mendebarkan. Dah sampai masa utk aku bersalin. Tp 3 ari juga aku tunggu. Pintu tak terbuka walau dah kena induce 3 kali. Ni semua bahana daripada aku ambik ubat tekanan darah tinggi la. Bila aku masuk wad Dr takut tekanan darah ku kembali tinggi, aku diberikan ubat. Finally aku kena bedah. Maknanya baby keluar ikut "tingkap".

Mula la satu pengalaman baru bg aku. Pukul 9 pg (12/7/2009) aku di tolak masuk bilik bedah. Sekali Dr cakap condition u ok, tunggu! kitaorg ada 2 kes kecemasan baby dah lemas. Emmm...dlm aku tunggu tu masa tula air ketubah pecah. Tp Dr tak akan tunggu lg sbb takut baby breech (naik ke atas). Punya la aku penat aku duk atas troli tu. Sakit bontot2 aku. Sempat la aku fikir nak je cakap Dr bleh operate saya skrg. Tp dlm hati takut plak, takut sakit..hehehe. Akhirnya pukul 12 baru aku di bawa masuk bilik bedah. Takut tu..tapi aku buat rilek. Masa nak alihkan aku ke katil bedah aku punya la peluk Dr tu sbb takut jatuh. Baby ada dlm perut tuuuu.. masa tu. Aku kena bius separuh badan. Maknanya aku sedar semua yg berlaku. Aku tekad je. Aku tawakkal. Aku rasa setiap yg Dr buat cuma rasa tak sakit jer. Aku boleh rasa mcm mana perut ku dibuka, baby di tarik kuar dan dalam perutku di tekan2 dgn kain kapas. Mulanya aku cuak juga. Tp selepas aku rasa masa sesuatu di tarik dari perut dan lepas bunyi POP! aku dengar bunyi baby menangis, masa tu aku rasa betul lega dan happy sangat aku dah tak kisah pasal diri aku. Yang aku tahu baby dah selamat. Menitis air mataku. Aku terus cakap tima kasih Dr. Dr dan nurse yg handle tu memang cekap. Aku respect la. Diaorg rileks ja.

Kiranya sebelum, semasa & selepas bedah aku sedar 100%. Bleh dak bila aku tengok nurse yg nak tolak aku kecik2 jer aku siap cakap nurse, suami saya kat luar. Suh dia tlg tolak kesian kt nurse. Nurse pun tak tau nak cakap per..Agaknyer dia pun blurr ngan aku. Dah masuk wad aku perasan diva jap. Melambai-lambai kt kwn yg duk menunggu saat untuk bersalin. Bila org tanya aku cakap ok. Mak & mr. hubby dah pucat2 tunggu aku punya lama kat dalam tu. Ingat apa la jd dgn aku. Ada komplikasi ker. Bg aku bersalin secara operation ni memang tak rasa sakit (harap2 kalau baby kedua jika ditakdirkan operate jg, tak sakitla. tp tu 2 thn lg baru fikir). Cuma mlm tu selepas 8 jam operation. Boleh tahan juga sakitnyer. Berpeluh aku tahan. Tp bila melihat baby kat sebelah hilang rasa sakit. Timbul rasa semangat. Aku boleh suh nurse bangunkan aku. Minta diaorg cabutkan drip di tangan dan tanya bila nak buang tiub kencing nih..Subuh je aku dah bleh g toilet sendiri. Lepas 3 ari baru bleh balik (dah prosedur).

Seronoknya balik rumah. Pastu seronoknya balik kg (2 bln tu). Tp rindula plak dgn Mr. Hubby. Mulala adegan masa bercinta kembali (sms & bergayut). Dulu masa bercinta sembunyi drpd my parent tp skrg secara terang-terangan. Semasa berpantang aku dikuarantin. Mkn memang betul2 pantang. Mula2 mcm susah tp bila luka cepat baik. Badan jadi sihat dlm diam aku cakap baik juga mak aku buat mcm ni. Ada satu rahsia. Aku tak leh mandi selama 45 hari. OOoo.. tak selesanya. Panas. Dah ler makanan semua yg panas berapi. Air pun mesti air panas. Punya la lega bila bleh mandi. Cukup 1 bln luka aku baik. Dari awal sampai baik luka tu Alhamdulillah tak der keluar nanah atau luka terbuka.

Aku berpantang dalam bulan puasa. Adoii...sabar jer tgk mcm2 makanan atas meja. Yg paling terliur mcm2 jenis air. Tak per raya ni kami bertiga. Tp tak leh nak g beraya sakan sebab masa raya tu aku baru 60 ++ hari jer.

Bila dah balik PJ ni mula la hidup aku sebagai seorg ibu & isteri bekerjaya. Mencabar memang mencabar. Keja yg banyak. Balik keja kadang2 lambat tp hal rumah tangga tetap kena uruskan. Nasib baik Mr. Hubby kejanya boleh kata setiap hari balik waktu tepat jd baby kitarog tak derla lama sangat duk di rumah pengasuh. Thanks again to Mr. Hubby sebab memahami diri ini dan memahami kerjayaku. Terima kasih juga utk mak & ayah yg sabar menjaga aku & baby sepanjang 60 hari. Sabar menjaga anak yg manja nih..hehehehe..Dah ada anak tp status anak manja kat aku mana bleh buang. Tu aku punya imuniti.

No comments: