Saturday, December 5, 2009

Pemilik Bersama - Happy Weekend

Happy weekend. Tp ari sabtu ni turn aku keja. Tinggalla mr. hubby dgn my little hero kat rumah. Mr. hubby jd babysitter arini (setiap ari sabtu aku bekerja). Kalau weekend time aku berkerja little hero memang tak hantar gi rumah pengasuh. Itu kata persetujuan antara aku dan mr. hubby. Kesian Azim asyik duk rumah pengasuh jer.
Azim kalau duk rumah ngan ayah sure kenyang dan tak basah la (mr. hubby rajin salin diapers).

Sebelum gi keja sure aku kelam kabut mcm lipas kudung. Nak kemas rumah sikit. Pastu nak sediakan makanan utk mr. hubby (breakfast & lunch).

Pagi ni dah masak nasi + sambal ayam + sayur lemak labu (sedapnyer...ni favorite kitaorg) tinggalkan untuk mr. hubby. Wah dah lauk favourite sampai pagi2 lagi mr. hubby dah nak makan nasi.

Malasnya nak bekerja arini. Emm... Tp aku ceriakan diri gak. Kalau ceria, mood jd bagus..keje bleh cepat. Cepat abis keja...cukup time boleh terus balik...

Apa aktiviti kitaorg hujung minggu ni? Emm..Ronda2? Tak pasti lg. Tp yg pasti nak kemas rumah sebab my parent nak dtg. Bestnyer...Tp bab kemas rumah ni la..Kami kena pastikan rumah betul2 kemas & bersih (tapi selalunya tetap juga tak mencapai piawaian mak aku).

Ok semua. Now dah nak start keja...Nanti apa2 menarik kitaorg update lagi.Happy Weekend semua. Semoga semua ceria dan bahagia bersama keluarga & kawan2 tersayang..




No comments: