Wednesday, May 26, 2010

Pemilik Bersama - Ooo BaLik KaMpuNg

Esok balik kg. Syiokkk nyer. Dah seminggu tido pun dalam senyum jer. Hehehe...Tak boleh gambarkan kesyahduan balik kg tu. Kalau nak balik kg atau baru lepas balik kg mood bagus jer... Betul tak B? Mr. Hubby pun sama. Gamaknyer itulah salah satu persamaan yang kitaorg ada. Azim pun nanti ibu akan ajar tentang betapa seronoknya balik kg tau. Kami berdua ni budak kg yang merantau di bandar metropolitan ini untuk mencari rezeki.

Semalam ada satu peristiwa yang sedikit mengganggu mood aku. Ermm.. boleh aku punya Cik Boss kata aku tak bagi co-operation pasal satu kes. Pastu dia selalu cakap aku ni terlalu manjakan anak2 buah aku. Sebenarnya dia teroverlook aku punya email dah tu balik2 aku plak dia fire..Isk..isk..sib baik mood aku sekarang bagus. Aku angin juga satu badan semalam. Sebab aku kadang2 confius la dgn dia ni..Aku ni team leader/supervisor tp kadang2 aku kena buat keja yg manager kena buat (Cik Boss, boleh up skit tak gaji I?...hehehe). Budak2 lain kat opis senyum2 jer. Semua dah faham. Nak buat macam mana..apa pun situasinya itulah Cik Boss yang kami sayangi(???)..hehehe.


Arini on the way nak gi opis aku singgah kat kedai cake kat PJ old town. So belanja kawan2 dan bos makan kek arini. Diaorg tanya apasal beli kek, birthday ker? Tak ler..saja nak jamu kawan2. Nak cheer upkan diri I..Boleh gitu..Sebenarnya aku ni bukan jenis moody atau jenis simpan dalam hati pun, sebab tu gamaknyer bos ingat aku jenis tak kisah. Paling tak pun aku bising2 je tp keja jalan. Atau tak pun selalunya kalau aku tak puas hati atau ada kemuskilan aku akan terus jumpa Cik Boss sebab aku bukan jenis cakap2 belakang.

Ok dah malas nak fikir pasal citer tak best tu. Aku nak sattle keja. Keja sattle balik kg hati senang.

Ok kawan2 jom kita nyanyi sama2....

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

6 comments:

cemomoi said...

bos always right? rentikan

PUPUT said...

wahhh...sukanya dia nak balik kg...mst senyum suka smpai bwk dlm mimpi...jelesnyer...ngeeee....^_^

NaNaJoe said...

amboi suuka nya kak ell..best kan balik kmpg.. tp ape pon, hati2 ye kak~ :)

MOHD AMIR MORAD said...

balik...balik...jangan tak balikk....

http://amirkomeng.blogspot.com/

Mommyyus said...

waahh..seronoknye balik kampung.

lemontree said...

wah2 seronak nmpak