Friday, May 7, 2010

Jika Anda Seorang Polis Di Malam Yang Tidak Diingini Itu.....

Cuba bayangkan anda seorang pegawai polis dan anda bertugas di sebelah malam bersama rakan-rakan polis yang lain.

Di malam itu semasa anda mengadakan rondaan biasa di kawasan-kawasan perumahan, anda dan rakan anda telah menyaksikan sebuah kereta yang sangat mencurigakan dan kereta itu tidak berhenti setelah melanggar kereta dan juga motosikal.


Pemandu tersebut memecut laju tanpa menghiraukan kesalahan yang telah beliau lakukan sebelum itu. Apakah reaksi anda sebagai seorang pegawai polis apabila anda melihat kejadian tersebut atau mendapat laporan tentang kejadian tersebut?

Seperti biasa, anda akan menjalankan tugas anda untuk mengejar kereta tersebut kerana pemandunya telah melakukan kesalahan berturut-turut tetapi tidak mahu berhenti.

Walau anda telah menghidupkan siren polis, pemandu tersebut masih tidak mahu berhenti malah masih berdegil untuk melepasi diri daripada dikejar anda dan rakan polis anda.

Tatkala itu, apakah yang anda sebagai seorang polis akan syak dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan?

1. Anda berdepan dengan seorang/beberapa suspek yang telah melanggar beberapa kereta dan motosikal tetapi tidak berhenti.


2. Suspek tersebut masih tidak mahu berhenti walau pun anda dan rakan polis telah memberi amaran dengan menghidupkan siren polis.

Pastinya anda mengsyaki sesuatu yang berbahaya dan suspek mungkin berniat jahat atau telah melakukan kesalahan yang amat besar seperti kes seorang pesalah yang memandu sangat mencurigakan dan apabila ditahan oleh pihak polis di dapati beliau sedang dalam perjalanan untuk membuang kekasih beliau yang beliau baru bunuh!

Dan dalam suasana yang gelap dan malam, apakah anda dan rakan polis anda akan terfikir atau mengagak bahawa seorang budak kecil berusia 15 tahun yang sebenarnya memandu kereta itu dengan baik ?

Sudah tentu tidak kerana tidak ada satu keluarga pun yang akan membenarkan budak seusia itu memandu kereta! Keluarga itu patut disalahkan kerana cuai dan tidak kisah tentang anak-anak mereka.

Dan budak tersebut semestinya telah memandu beberapa kali sebelum kejadian tersebut. Jika tidak, tidak mungkin budak itu dapat memandu dengan baik sekali.

Setelah anda dan rakan polis anda berlogik dan memahami situasi, anda mengambil keputusan untuk melepaskan tembakan ke arah kereta itu. Anda melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut supaya kereta itu berhenti atau pun si pemandu menjadi amat takut dan berhenti sendiri.

Tetapi kereta suspek terus bergerak walau pun telah ditembak beberapa kali. Di dalam beberapa saat dan minit itu, apakah yang anda dan rakan polis anda fikirkan?

Kejadian kejar-mengejar adalah pada waktu malam dan anda atau sesiapa sahaja pasti tidak akan tahu umur, bangsa atau agama pemandu tersebut.

Jika suspek di dalam kereta tidak menghiraukan kesalahan awal beliau, tidak menghiraukan amaran siren polis dan terakhir sekali tidak menghiraukan tembakan dari anda dan rakan polis anda, apakah yang anda atau pun semua orang tatkala itu akan terfikir dan syak?

1. Budak sekolah 15 tahun ? atau

2. Penyenayah merbahaya yang dikehendaki oleh pihak polis?

Sumber: Dr Novandri Hasan Basri

4 comments:

jaja9 said...

good thinking...all this while i keep blaming the police..huhuhu..

by the way...please come visits my blog...http://jajabeanwords.blogspot.com

qellissa said...

for me, i akan fikir mcm mana polis tu fikir.i won't blame the police, coz police tu menjalankan tanggungjawab dia.. camne polis nak tau yg drive tu juz a boy if he didn't stop the car at first place, tul x?..

lovelylady - シングルママ said...

sumtimes, we just need to put ourselves in other people's shoes..so kalau nk kata polis salah pn x leh gak, its just dat being @ wrong time & @ the wrong place can create a tragedy..budak tu mgkin terlalu glabah sbb dh buat salah & pd masa yg sama..a dedicated police nk jalan kan tugas tgkap penjenayah..so..wallahualam..

Anonymous said...

sangat setuju..

if tiba2 la kan budak 2 memang merbahaya, if jadi pape kt org awam, pihak polis jugak dpersalah sbb tak ambik tndakan.

mnusia2~