Wednesday, May 5, 2010

Pemilik Bersama : Bertahnik (belah mulut) dan cukur kepala

Tetiba teringat nak masukkan entry pasal bercukur dan belah mulut azim. Dah lama dah tapi terlupa nak masukkan. Hehehe..apalah ibu ngan ayah ni kan Azim boleh lupa. Azim dah nak 10 bulan baru nak citer pasal bercukur dan belah mulut.

Amalan belah mulut tu (amalan bertahnik) adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut. Ini sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Bertahnik atau belah mulut ni tok dah buat masa Azim baru lepas bersalin. Lepas ayah azankan Azim, tok bagi Azim minum air zam-zam dan sapukan bibir Azim dengan buah kurma. Kali kedua Azim bertahnik masa umur Azim seminggu, masa tu buat sedikit kenduri untuk akikah Azim sekali dengan cukur kepala.

Islam juga menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Ia adalah baik dari segi kesihatan anak itu tadi. Dengan bercukur rambut juga, ia dapat membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Bertahnik





Ni ada sedikit gambar yang nak share dengan kawan-kawan. Yang pegang Azim masa cukur kepala tu my mak lang (adik mak). Gambar2 tu tak berapa clear sebab pakai kamera handphone jer. Maklumla masa tu dalam pantang nak over2 sure kena sound punya. Itu pun kebanyakkan yang datang macam terkejut ni ker mak baby? sihat jer? Yelah dah selamat bersalin, baby dah dalam pelukan sure sihat punya, tambahan pulak balik kg. Huhuhu..

3 comments:

ApekCaspian™ said...

siles wa xpenah dengar itu belah mulut...

NaNaJoe said...

nana suka dukong baby time cukur jambul..saje nak menyibuk.. :P

eLL said...

eLL-Permilik bersama

ApekCaspian™: mkn lepas ni x rasa pelik kot sbb dah penah tgk kat sini

NaNaJoe: hehe ok la biasa2kan diri..