Wednesday, May 26, 2010

Pemilik Bersama - Ooo BaLik KaMpuNg

Esok balik kg. Syiokkk nyer. Dah seminggu tido pun dalam senyum jer. Hehehe...Tak boleh gambarkan kesyahduan balik kg tu. Kalau nak balik kg atau baru lepas balik kg mood bagus jer... Betul tak B? Mr. Hubby pun sama. Gamaknyer itulah salah satu persamaan yang kitaorg ada. Azim pun nanti ibu akan ajar tentang betapa seronoknya balik kg tau. Kami berdua ni budak kg yang merantau di bandar metropolitan ini untuk mencari rezeki.

Semalam ada satu peristiwa yang sedikit mengganggu mood aku. Ermm.. boleh aku punya Cik Boss kata aku tak bagi co-operation pasal satu kes. Pastu dia selalu cakap aku ni terlalu manjakan anak2 buah aku. Sebenarnya dia teroverlook aku punya email dah tu balik2 aku plak dia fire..Isk..isk..sib baik mood aku sekarang bagus. Aku angin juga satu badan semalam. Sebab aku kadang2 confius la dgn dia ni..Aku ni team leader/supervisor tp kadang2 aku kena buat keja yg manager kena buat (Cik Boss, boleh up skit tak gaji I?...hehehe). Budak2 lain kat opis senyum2 jer. Semua dah faham. Nak buat macam mana..apa pun situasinya itulah Cik Boss yang kami sayangi(???)..hehehe.


Arini on the way nak gi opis aku singgah kat kedai cake kat PJ old town. So belanja kawan2 dan bos makan kek arini. Diaorg tanya apasal beli kek, birthday ker? Tak ler..saja nak jamu kawan2. Nak cheer upkan diri I..Boleh gitu..Sebenarnya aku ni bukan jenis moody atau jenis simpan dalam hati pun, sebab tu gamaknyer bos ingat aku jenis tak kisah. Paling tak pun aku bising2 je tp keja jalan. Atau tak pun selalunya kalau aku tak puas hati atau ada kemuskilan aku akan terus jumpa Cik Boss sebab aku bukan jenis cakap2 belakang.

Ok dah malas nak fikir pasal citer tak best tu. Aku nak sattle keja. Keja sattle balik kg hati senang.

Ok kawan2 jom kita nyanyi sama2....

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Saturday, May 22, 2010

Pemilik Bersama - Siapa Sangka

Hari ni 22/5/2010. Siapa sangka dah 11 tahun aku kenal Mr. Hubby. Dari seorang kawan biasa (1999 - kawan tingtong/sekepala). Hehehe..Pastu jadi kawan rapat, then jadi pasangan kekasih (cewahhh), jadi tunang dan akhirnya jadi suami ku yg terchenta.

Now he is father of my son. Tarikh ni la dia propose aku tu jd dia punya GF (hehehe mcm kelakar plak nak guna perkataan girlfriend tu). Aku ingat lg ayat dia ...
Dia: Mcm mana nyer kalau kawan jd couple?
Aku: Ermm..macam tak best la nanti kena control.
Dia: Yeker. So kita tak bleh la
Aku: (Dalam hati - biar betul dia nih, berani juga dia nih***)
Dia: Mcm mana?
Aku: Cubala. Tengok la kalau boleh, bolehlah kalau tak boleh tak boleh paksa.

Now i realize that he is the best for me. Now he is my husband, my best friend and he's still my lovely BF. He's always around me in every situation and always offer his shoulder for me to cry on.

Semoga hubungan kami akan berkekalan selama-lamanya dan mendapat berkat dariNya.

*** Karektor dan minat kami berbeza (e.g: dia pendiam aku sebaliknya), mungkin itu yang membuatkan kami tak jemu bersama. Terlalu banyak yang nak dikongsi bersama.



Friday, May 21, 2010

Pemilik Bersama - WAREHOUSE SALE - CAMERA

sales
Arini nak keluar gi lunch punya ler sesak. Nasib baikla parking dalam kawasan company. Kalau tak nak sebatu juga baru dapat parking. Kalau salah parking kena saman plak dgn MBPJ. Bising2 juga tapi aku pun antara salah sorang pengunjung ke jualan gudang ni. Hehehe..

Kat area pejabat aku nih selalu ada warehouse sale. Maklumla pejabat kat factory area. Ni yang terkini warehouse sale camera, barangan elektrik dan rubbermaid (container isi barang). So kawan2, sapa yang rasa nak datang tu boleh la datang. Warehouse sale ni dari 20/5/2010 hingga 23/5/2010. Bertempat di JALAN TANDANG, PJ. Nak tau landmark dia dekat dengan kilang Johnson & Johnson dan Yeo's (Yeo's pun selalu buat warehouse sale tau, tak per kalau ada warehouse lg aku updatekan kwn2). Jalan Tandang ni berdekatan dengan Jalan Templer dan PJ Old Town.

Aku tengah tunggu ni warehouse sale crocodiles. Time ni memang semua rambang mata, terutama baju kanak2. Murah giler. Kat pejabat aku ni ada seorang yang kaki sales. Tiap2 ari dia akan pegi sana. Ikut hati memang la, tapi kita ada akal kenala fikir. Tujuan utama beli barang masa jualan murah untuk jimat. Jangan pulak masa jualan murah inilah kita membazir plak.



Wednesday, May 19, 2010

Sian Budak Ni.....



hehehehe.. cuti 3 ari...... ..aku jadi babysitter satu ari.. sian budak niii..
kena cirit birit dari ari Ahad lagi aku malas nak antar pengasuh... jadi aku cuti laa 1 ari jer. tapi dah ok dahh... selalu org tua2 ckp budak ni nak ringan badan ( betul ker) dulu sebelum dia meniarap jadi cam ni gak ... ntah laaa...itu semua x penting .. yg paling penting kat aku Anak aku sihatttt .....






Monday, May 17, 2010

Pemilik Bersama: Tuan Tanah Bercuti

Kawan2 semua tuan tanah mohon maaf sebab arini tak dapat melawat kawan2 disebabkan tuan tanah bercuti arini. Kenapa tuan tanah bercuti esok tuan tanah akan jelaskan. Hehehe.
InsyaAllah kalau tiada aral melintang esok tuan tanah akan kembali melawat kawan2 semua.
Terima kasih kepada yang datang melawat dan menyokong kami. Jangan lupa datang melawat lagi yer. :)



Wednesday, May 12, 2010

Adakah Anda Percaya ?????

backlink

Boleh percaya ke mende nih??? Aku dpt kat blog uncle.... kalau betul lahhh...!!!
lagi pon x rugi cuba...

Meh baca cara-caranya

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini.
Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini
untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Tintalughahwi

2. Igauan

3. Ad-dai’

4. kakngah

5. zlh@n

6. LYAfrina

7. download mp3 percuma

8. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂

9.Cara hidup baru abad 21

10.Bila Aku Menulis Blog

11.~ApekpunyaBlog~

12: My Big Family & Friends

13. ABCMILO

14. uncle

15. eLL



PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:


Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125

Posisi no.7, Jumlah backlink=390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625







Tuesday, May 11, 2010

Pemilik Bersama - Hujan: Buat aku teringat ......

Ermm..dalam seminggu dua ni kat area petaling jaya asal petang dalam pukul 3 jer mesti hujan lebat. Hujan membantu mengurangkan cuaca yang panas. Yelah tambahan area PJ ni kan banyak kilang. Lagi2 la panas nyer. Tp kita yang bekerja dalam aircond ni tak terasa bahang kepanasan tu. Tp bila time lunch tak tahan..panasnyerrrr...

Bila hujan petang2 ni...mulala terbayang sedapnyer pisang goreng panas dengan teh o atau kopi o panas. Kalau jemput-jemput pun sedap juga. Alaaa..biskut cicah teh o pun sodapppp...(Hehehe sebenarnyer ini ajer pilihan yang ada buat aku sekarang). Sedapkan.

biskut +teh o
Ehsan Pakcik Google

Pastu dah sejuk2 ni, bila perut kenyang mula la teringatkan bantal dan tilam. Syahdu ni kalau dapat tarik selimut dan tido nih..Isk..isk..isk teruk betui la aku ni kan dalam sibuk2 sempat fikir pasal teh o panas dan nak tarik selimut lg. Hehehe..Rehat minda jap, cari ketenangan dalam kesibukan kerja.

Ok..jumpa lg yer kawan2 nak sambung keja balik. Nanti duk termenung lama2 bos ketuk kepala plak (bos takder..bos MC..hehehe). Ok cepat2 kita abiskan keja pastu boleh balik. Boleh rehat2 bersama keluarga. Kalau rasa nak makan tu lepas keja kita g cari makan.



Sunday, May 9, 2010

Pemilik Bersama: Happy Birthday Paksu

Happy Birthday to my youngest brother (Mr. Johaimie a.k.a Paksu to azim).
Tahniah semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan & akal fikiran serta mendapat berkat dariNya.
Tahun ni hadiah yg istimewa mestila tawaran masuk ke IPTA kan. Hehehe.. Dah le rumah dengan tempat dia akan belajar tu sekangkang kera jer. Seronoknyer. Jeles pun ada (jelas sebab adik boleh duk rumah masa belajar). Tp kak dapat UUM pun oklah at least boleh juga balik rumah anytime bila free. Abang (Mr. Johaizal) la yg kesian dari umur 17 dah merantau ke KL sampai sekarang.
Kalau korang nak tau kitaorg 3 beradik. Kitaorg bahasakan diri Kakak, abang & adik. Even aku pun bila comunicate dgn Mr. Johaizal akan bahasakan diri dia abang dan dia pun akan bahasakan diri dia abang dengan aku. Hehehe..
To Mr. Johaimie (Adik) belajar rajin-rajin tau sampai ijazah tu dalam gengaman. Kitaorg semua sentiasa doakan adik berjaya dalam hidup & cita-cita adik. Another electric man in our house after Mr. Hubby.
Rindunya dengan adik. Miss u very much. Tak per cuti ari wesak kita jumpa. Pastu semua family akan berkampung kt rumah kitaorg pulak on 13/6/2010 untuk konvo abang. Waweee..boleh pujuk mak ngan ayah duk sini lama skit sebab adik daftar end of june.



Pemilik Bersama: Selamat Hari Ibu

mothers-day


To all ibu, mak, mama, mummy, mum, umi, mek, ama and also to mum to be wish you all happy mothers day.

Syukur kepada Allah dikurniakan nikmat menjadi seorang ibu.

Selamat hari ibu buat semua. Semoga kita semua dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.

Kepada anak-anak hargailah dan sayangilah ibu kita.

p/s: Mak, selamat hari ibu. Terima kasih untuk segalanya. Now I understand mom's feeling.
Azim, I will try to be a best ibu to you.

Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447)

Who ran to help me when I fell,
And would some pretty story tell,
Or kiss the place to make it well?
My mother.
~Ann Taylor

The sweetest sounds to mortals given
Are heard in Mother, Home, and Heaven.
~William Goldsmith Brown

Now that... my kids are grown, I understand how much work and love it takes to raise and to keep a family together. The example of your strength, devotion, and patience is now rippling through the generations. Thank you!
~Forest Houtenschil



Saturday, May 8, 2010

hati ku gembira




gembira

setelah seharian tertanya2 ..pening2 lalat... kecewa..patah hati ...... akhirnya
status aku kembali ke Asal hahahahaha







Friday, May 7, 2010

Jika Anda Seorang Polis Di Malam Yang Tidak Diingini Itu.....

Cuba bayangkan anda seorang pegawai polis dan anda bertugas di sebelah malam bersama rakan-rakan polis yang lain.

Di malam itu semasa anda mengadakan rondaan biasa di kawasan-kawasan perumahan, anda dan rakan anda telah menyaksikan sebuah kereta yang sangat mencurigakan dan kereta itu tidak berhenti setelah melanggar kereta dan juga motosikal.


Pemandu tersebut memecut laju tanpa menghiraukan kesalahan yang telah beliau lakukan sebelum itu. Apakah reaksi anda sebagai seorang pegawai polis apabila anda melihat kejadian tersebut atau mendapat laporan tentang kejadian tersebut?

Seperti biasa, anda akan menjalankan tugas anda untuk mengejar kereta tersebut kerana pemandunya telah melakukan kesalahan berturut-turut tetapi tidak mahu berhenti.

Walau anda telah menghidupkan siren polis, pemandu tersebut masih tidak mahu berhenti malah masih berdegil untuk melepasi diri daripada dikejar anda dan rakan polis anda.

Tatkala itu, apakah yang anda sebagai seorang polis akan syak dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan?

1. Anda berdepan dengan seorang/beberapa suspek yang telah melanggar beberapa kereta dan motosikal tetapi tidak berhenti.


2. Suspek tersebut masih tidak mahu berhenti walau pun anda dan rakan polis telah memberi amaran dengan menghidupkan siren polis.

Pastinya anda mengsyaki sesuatu yang berbahaya dan suspek mungkin berniat jahat atau telah melakukan kesalahan yang amat besar seperti kes seorang pesalah yang memandu sangat mencurigakan dan apabila ditahan oleh pihak polis di dapati beliau sedang dalam perjalanan untuk membuang kekasih beliau yang beliau baru bunuh!

Dan dalam suasana yang gelap dan malam, apakah anda dan rakan polis anda akan terfikir atau mengagak bahawa seorang budak kecil berusia 15 tahun yang sebenarnya memandu kereta itu dengan baik ?

Sudah tentu tidak kerana tidak ada satu keluarga pun yang akan membenarkan budak seusia itu memandu kereta! Keluarga itu patut disalahkan kerana cuai dan tidak kisah tentang anak-anak mereka.

Dan budak tersebut semestinya telah memandu beberapa kali sebelum kejadian tersebut. Jika tidak, tidak mungkin budak itu dapat memandu dengan baik sekali.

Setelah anda dan rakan polis anda berlogik dan memahami situasi, anda mengambil keputusan untuk melepaskan tembakan ke arah kereta itu. Anda melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut supaya kereta itu berhenti atau pun si pemandu menjadi amat takut dan berhenti sendiri.

Tetapi kereta suspek terus bergerak walau pun telah ditembak beberapa kali. Di dalam beberapa saat dan minit itu, apakah yang anda dan rakan polis anda fikirkan?

Kejadian kejar-mengejar adalah pada waktu malam dan anda atau sesiapa sahaja pasti tidak akan tahu umur, bangsa atau agama pemandu tersebut.

Jika suspek di dalam kereta tidak menghiraukan kesalahan awal beliau, tidak menghiraukan amaran siren polis dan terakhir sekali tidak menghiraukan tembakan dari anda dan rakan polis anda, apakah yang anda atau pun semua orang tatkala itu akan terfikir dan syak?

1. Budak sekolah 15 tahun ? atau

2. Penyenayah merbahaya yang dikehendaki oleh pihak polis?

Sumber: Dr Novandri Hasan Basri

Thursday, May 6, 2010

Mengapa oh mengapa.....

hahaha apa dah jadi ...... aku hanya insan biasa, aku pon tak tahu sbb aper leh jd camni ...baru jer jap td aku perasan , nak kata aku join mende lain, xder pon ... ade sape leh tlg aku xplain mende ni kat aku .....huhuhu

biasa




Wednesday, May 5, 2010

Pemilik Bersama : Bertahnik (belah mulut) dan cukur kepala

Tetiba teringat nak masukkan entry pasal bercukur dan belah mulut azim. Dah lama dah tapi terlupa nak masukkan. Hehehe..apalah ibu ngan ayah ni kan Azim boleh lupa. Azim dah nak 10 bulan baru nak citer pasal bercukur dan belah mulut.

Amalan belah mulut tu (amalan bertahnik) adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut. Ini sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Bertahnik atau belah mulut ni tok dah buat masa Azim baru lepas bersalin. Lepas ayah azankan Azim, tok bagi Azim minum air zam-zam dan sapukan bibir Azim dengan buah kurma. Kali kedua Azim bertahnik masa umur Azim seminggu, masa tu buat sedikit kenduri untuk akikah Azim sekali dengan cukur kepala.

Islam juga menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Ia adalah baik dari segi kesihatan anak itu tadi. Dengan bercukur rambut juga, ia dapat membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Bertahnik





Ni ada sedikit gambar yang nak share dengan kawan-kawan. Yang pegang Azim masa cukur kepala tu my mak lang (adik mak). Gambar2 tu tak berapa clear sebab pakai kamera handphone jer. Maklumla masa tu dalam pantang nak over2 sure kena sound punya. Itu pun kebanyakkan yang datang macam terkejut ni ker mak baby? sihat jer? Yelah dah selamat bersalin, baby dah dalam pelukan sure sihat punya, tambahan pulak balik kg. Huhuhu..

Monday, May 3, 2010

Apa yang kau cari ?????

Hari aku agak bz skit ( hehehe bz sgt ker aku ni) n aku x berkesempatan nak pikir sgt pasal n3 dan tambahan pulak kekeringan idea.....

Tgh aku belek aku nyer nuff .. tergerak hati aku nak tgk ape yg org cari kat blog aku... Mengikut "Kata kekunci" yg di keluarkan oleh Nuff.. ini lah hasil nya .. hu hu hu