Friday, October 29, 2010

Pemilik Bersama - Seminggu Azim Di Taska







Arini cukup seminggu Azim ke taska. Alhamdulillah, makin hari menunjukkan perkembangan yg baik. Perkembangan yg baik maksud aku ialah, drama sebabak dah makin berkurangan. Dah pandai tido sendiri dan dah mula berkawan.
Sekarang ni kalau petang aku g ambik pun dia dah tak menangis macam dulu lg. Pagi2 nak hantar kalau aku yg hantar masuk ke dalam taska, drama sebabak confirm berlaku. Tp kalau ayah yg hantar, dia cuma merengek2 kecik jer. Pastu dah pengasuh taska pegang dia dah ok.
Tadi masa aku g ambik balik, Ummi Atun cerita, taska tu ada sedikit nak buat sedikit renovation. Pastu, kontraktor datang tengok. Kebetulan kontraktor ada iras Mr. Hubby, menangis juga Azim suruh dukung. Sampaikan kontraktor tanya Ummi Atun, ayah dia macam saya ker? Dia dukung Azim pastu cakap, jangan nangis ayah tak balik lg. Hehehe..Azim nih..Rindu ayah sangatla tu.
Lega sangat aku tengok bila Azim makin menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di taska. Setiap hari masa ambik Azim, jika berkesempatan aku akan berbual2 sebentar dengan pengasuh kat taska tu. Dari situ aku dapat berkenalan lebih rapat dan tahu mengenai aktiviti Azim di sana.

6 comments:

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

semoga azim menjadi
pemimpin unggul satu masa nanti.
insyallah :)

eLL said...

insyaAllah..amin..

Mama Zara said...

budak2 ni biasa la kn, ambil masa nk sesuaikan diri, mcm kita jugak :)

ieda =.= said...

hehehe... azim tomey la..
hehehe..pasnie kontractor tuu mesti azim attack..hehehe..
comey... =)

dya adriza said...

hehe saya dulu cam tu la kecik2 dulu. lama2 ok da.

Unknown said...

hmmm,azim budak cerdik.1mggu ja dh seswai..okla tu...taska tu pn pandai care budak2...alhamdulillah...