Monday, October 18, 2010

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Tiba Di Mekah

Musim haji telah bermula. Ramai yang ternanti2 peluang mengerjakan ibadat haji ini. Ibadat haji wajib bagi org yang berkemampuan (perbelanjaan ke atas dirinya dan tanggungan). Kalau berpeluang ingin juga aku dan mr. hubby ke sana untuk ibadat haji. Doa kami agar dapat menunaikan haji dalam umur yang muda dan dalam keadaan sihat.


kaabah, Pilgrimage
ehsan Pakcik Google







MEKAH - Rombongan pertama lebih 1,100 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah suci Mekah awal pagi ini selepas menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer yang mengambil masa tujuh jam.

Mereka berlepas dari Bir Ali (tempat berniat) di pinggir bandar Madinah kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) dan tiba di hotel Janadriyah, kira-kira 800 meter dari Masjidil Haram.

Ketibaan mereka pukul 1.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Musim 1431 Hijrah, Mohd. Salleh Abdul Mubin, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Mohd Nordin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan petugas Tabung Haji di Mekah dan wakil mutawif Muassasah.

Jemaah diberi minum air zam-zam dan kemudian ditempatkan di tingkat enam hotel Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan pusat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah.

Selepas subuh kesemua jemaah dibawa menunaikan tawaf dan saie umrah oleh mutawif rasmi Muassasah.

Mohd. Salleh berkata, TH menyediakan guru agama dan program untuk membimbing bagi memantapkan lagi persediaan jemaah haji di Mekah menjelang hari wukuf 14 November ini.

Ini kali pertama TH membawa masuk serentak jemaah tiga penerbangan iaitu KT1, KT2 dan KT3 kerana sebelum ini tidak lebih dua KT dibawa masuk, katanya kepada pasukan media TH yang membuat liputan musim haji ini. - Bernama (sumber utusan malaysia)

8 comments:

nina syakina said...

bila laa nk merasa pi Haji plak...

ctpayong said...

rindunye...tambah tengok gambar ni lagi...rindu wei.

eLL said...

nina syakina : insyaAllah kalau ada rezeki akan smpi kita ke sana...

ctpayong: mesti laaa.. sbb ibu n ayah mertua & kwn yg pernah pegi sana mesti ckp rindu sgt nak pegilagikat sana , terbayang yer suasa kat sana

Iman's Umi said...

Moga2 kita dipanggil ke sana dlm usia yg muda...sy pn rs nk g je bl tgk gmbr Kaabah ni...InsyaAllah, amiiinnn...

~~su manje~~~ said...

ada niat...semoga tercapai niat su..amin

eLL said...

iman's umi: insyaAllah, sama2 kita doakan yer..
su manja: amin..

Melati Qistyna's Mummy said...

mak ngan ayah kite pown dh selamat berangkat pada 17/10 aritu... moga dorg sihat2 aje di sana

Shino said...

alhamdulillah slamat sampe...bestnye g haji...