Thursday, October 21, 2010

Pemilik Bersama: Aku Dalam Kekalutan

Minggu yg kalut. Kalut sebab babysitter Azim buat hal. Dah 2 minggu aku lewat ke tempat keja disebabkan babysitter tak dak kat rumah. Lambat balik sebab g kedai beli ikan. Alasan ikan lambat. Pastu di bagi pilihan kt aku plak. Suh bg kasut & stroller kt dia. Ermm..Aku kenal babysitter aku tu. Dia nak bawa Azim g meronda dan lepak la tu. Dia bg kata dua kat aku. Dalam erti kata lain kalau tak der kasut & stroller tu aku kena antar Azim lewat. Aku hantar pun dlm pukul 7.50 @ 7.55pg. Kul 8 aku boleh maaf lg. Tp jenuh juga aku merempit ke tempat keja. Waktu ni utk pengetahuan korang dah dibincangkan bersama.
Babysitter ni mmg suka bg arahan utk aku. Dia pernah tinggalkan Azim kt kawan dia sebab nak g kedai. Apa perasan korang. Anak korang kena tinggal dgn org tak kenal? Dari mula2 nak hantar aku cakap Azim saya tak nak ajar berjalan sana sini. Standard la mula2 nak hantar semua boleh. Lgpun kt tmpt aku ni dah pernah terjadi kes kehilangan kanak2. Nauzubillah.
Skrg aku dgn Mr. Hubby, dah buat keputusan. Aku akan cuba apply cuti tanpa gaji atau aku terpaksa berhenti. Yelah nak hantar pada org lain/nursery pun kena ambik masa Azim sesuaikan.
Entahla, kdg2 fikir buat baik dgn org pun susah. Org ambik kesempatan. Setiap pg aku sediakan sebotol susu yg siap dibancuh, air panas, air putih masa, makanan utk Azim disamping diapers, toilleteries dan susu. Setiap ptg jemput Azim, kami jugala yg kena kutip semua brg2 tu.
Skrg aku dalam fasa utk transform. Mcm aku tak percaya. Pilihan aku utk jd fulltime housewife. Ramai juga yg mcm tak confident dengan pilihan aku ni. Tapi rasa serik nak hantar kt org lain. Selepas mcm2 babysitter ni dah buat (takyah la citer kat sini. nanti jd telenovela plak).
Aku terfikir, sambil aku menjaga Azim sendiri. Mampukah aku jadi blogger yang berjaya? Korang semua doakan aku dengan pilihan ini yer..

14 comments:

ainraus said...

semoga u berjaya okay?
jaga anak sendiri pun bahagia kan. :)

Shino said...

gud luck yea...

kakngah said...

oho!!! welkam 2 d club.
aku baru je benti keje bln lps. so far.. ok je SAHM cum blogger...
:P

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Alhamdulilah... pengorbanan seorang ibu yang mungkin tidak mampu dibalas oleh anak2... pilihan yang amat tepat.. anak membesar dgn lebih sempurna dalam pengawasan ibunya sendiri... akak bersyukur kerana semasa kecil, anak2 ditemani nenek mereka di rumah walaupun ada pembantu...

Iman's Umi said...

Kesiannya dgr, smpi kena buat kptsn mcmni...xpelah, buat plhn yg bijak dn betul...insyaAllah. Sy pn ada kebimbangan gak bila pengasuh tinggal anak dgn org lain, tp seb baik org lain tu adalah anak atau kakak dia.

YamMy said...

jage ank sendiri lagi bagus sebenarnyer. gud luck..

ms.GrEEn said...

boleh! prg kater..org yg x cukup masa tuh selalu buat terbaik untuk ape jua yg die buat sepanjang masa..sebab yg byk masa terluang tuh..masa x de kualiti yg byk..haha..btoi ke? aku rasa la..hehe..papepon..all d besh..never give up:)

eLL said...

princess & shino : TQ.
kakngah : nanti boleh la tanya kakngah yer. boleh jd mentor saya?
fuziani : betul tu. parent saya kat kedah. pernah juga apply minta tukar tp tak di luluskan. sentiasa berdoa anak dapat membesar dalam keadaan sihat dan sempurna dari segi mental & fizikal
iman's ummi: kalau org yg kita kenal tu oklah. boleh diterima.semua ibu risau meninggalkan anak.
ms. green: tq for your support.

ira said...

mak sy jaga ank org..kdg2 klw trpksa kuar, dia tinggalkn kat umah jiran..parents bdk2 tu ok jerk..mak mmg kata pun klw tak mo mcm tu bhnti keja, jaga sndri..puas hati..huhuhu...

eLL said...

ira_yoshida: hehehe..pasal tinggal tu kalau dimaklumkan terlebih dahulu akak tak kisah. sbb mmg ada BS yg cakap kalau ada hal dia akan tumpangkan kt jiran dia. akak pun bukan bg undang2 jaga anak akak sampai dia tak bleh buat keja lain. sblm mula mengasuh kita dah tanya apa yg boleh dan tak boleh bg kedua2 pihak. bukan semua BS sama. sbnrnya hubungan antara parent & BS ni kena ada give and takes. jgn kerana dia jaga anak kita, so dia boleh ambik kesempatan ke atas kita. dah lama & byk yg BS akak buat tp akak tak suka nak citer semua keburukan dia. lama juga masa diambil utk buat kptsn ni. mak ira duk kt mana? nak jaga anak akak tak?;) permohonan akak tuk berhenti keja di tolak. bos tak bg resign.

eLL said...

diana: memang membahagiakan dapat membesarkan anak sendiri di depan mata.

Unknown said...

hmmm,susah dpt BS cmni.melampau...ms sy kja dulu,mak sy yg jgkn ank sulong.alhamdulillah.tp bila dia dh xlarat,tpksala berenti keja sbb hubby xcaya bg kt org len even mak dia sndri...xpala,try cr dulu...@pun myb leh cr maid yg dtg umah time kita g kja je kerrr...

Nasir said...

gud luck!!!!!
CPU-Z Pencari Identiti

Mama Zara said...

sis ell, ala2 sama naseb mcm auni, nnti wani post jugak la story dilema pngasuh ni...hihii...