Saturday, October 16, 2010

Pemilik Bersama: Weekend @ KLCC

>Semlm tanya Mr.Hubby apa plan hujung minggu kita. Jom jalan2..Tp kt mana? Errmm..Mana yer. Persoalan tak terjawab sampai la aku tertido. Tak dak idea? Bukan sebab aku terlalu penat. Minggu yg memenatkan buat aku - tugasan yg padat di pejabat.Pagi bangun2 jer terus cakap dgn Mr. Hubby, jom kita g KLCC nak ronda2 sana, makan2. Mr. Hubby kerutkan kening. Ermm..kalau mcm tu plan aku gagal. Sekali dia cakap ok..tp kita g awal skit. Yeayyy..Azim let's go.
Korang jangan gelak kat aku yer, nak bgtau rahsia ni..pukul 10 kami dah sampai kt KLCC. So dengan senang lenang la kami lepak kat signature - level 2. Pusing punya pusing, dalam banyak2 pilihan menu (local & antarabangsa) kami pilih roti canai & kopi O plus breakfast Mc Donald. Happy tengok my little hero Azim enjoy.

klcc,sarapan roticanai

Lepas breakfast kami ronda2 dalam KLCC tu. Azim excited. Kejap berjalan sendiri kejap dukung. Saja jer tak bawa stroller. Bernyanyi2 kecil my little hero tu. Seronok sungguh. Sana sini dia tegur org yang lalu. Dan ramai juga yang tegur azim. Bahaya betui budak ni, suka tarik perhatian orang.
Jalan sana jalan sini kami masuk I-setan. Belek sana belek sini, last2 my little hero jugak yg dapat hadiah. Kitaorg belikan dia laptop for baby (hebatnyer baby zaman sekarang ada laptop) dengan mini laser safety clip-on fan (yang lama azim dah putuskan dia punya blades).
Then dah penat meronda, perut ada lapar. So decide untuk lunch kat Manhattan Fish Market. Kitaorang pilih manhattan seafood platter for two (ada filet ikan, calamari, oyster, chip and garlic rice)dan perfect catch (drinks and mushroom soup). Kata for two sekali datang macam for four jer. Betul tekaan kami separuh lg memang tak habis makan, tapau la apa lagi. Tapi yang menariknya manhattan seafood platter ni udang dia, restaurant crew akan bakar depan customer. Menarik betui..Memandangkan sekarang tema pirates, all dia punya waiter and waiteress berpakaian macam pirates. Azim leka dengan mainan baru dia.

Manhattan Fish Market, lunch

kereta mainan


Hampir 4 jam juga kami dalam KLCC tu. Mula2 nak pegi aquaria dan petrosains tp ramai sangat orang. So rancangan di tunda untuk satu masa yang akan di maklumkan kelak. Naik keta saja Azim dah tertido keletihan.
Ok..selamat berhujung minggu semua.

4 comments:

~~oOpEt~~ said...

singgah

nur said...

menarik gambar kolaj..
ALL IN ONE

maisyah said...

tembamnya...

eLL said...

oopet: dtg lg tau..
nur: byk gambar nak letak so buat style kolaj senang bleh buh semua.
maisyah: hehehehe...