Hidup bukan mudah tetapi hidup itu indah jika kita tahu menghargai erti kehidupan
Tuesday, October 26, 2010
Pemilik Bersama: 1st Day Azim At Taska
1st day Azim at Taska, so far ok. Pagi2 tu aku hantar dia g taska. Kebetulan semalam my best friend - Suzy ikut sekali. Goodboy betul duduk dalam car seat tu. Bernyanyi2 kecik. Gamaknyer dia ingat aku nak bawa dia g jenjalan la tu. Tesian anak ibu.
Mula2 masuk ok jer. Sebab banyak kawan2. Dan ada baby (bebe - azim punya sebutan). Mula2 dia syiok. Sekali bila tengok aku dah bangun. Bermulala drama sebabak. Terus pengasuh bawa masuk.
Dalam kul 11.45 pg aku ada call tanya ok ker? So far menurut Umi Atun, azim ok. Pg ter teyak. Pastu dah tak teyak lg. Lega hati dengar. Tak sabar nak balik ptg ambik Azim.
Petang pun aku balik dengan Suzy. Wahh..Azim dah comey..Dah tunggu aku dengan dia punya kawan2 baru. Inilah pertama kali dalam sejarah aku hantar anak ke pengasuh. Bila nak ambik Azim, semua barang dah sedia. Azim pun dah comey dan wangi. Yelah lain org lain la caranyer kan. So aku cuba elakkan perbandingan. Try to be fair. Nampak jer aku kat depan pintu, startla balik drama sebabak. Bila aku dah ambik okla.
Aku sempatla beramah mesra dengan pengasuh dalam 30 minit. Bagi aku, aku cuba wujudkan hubungan baik antara aku dan pengasuh. Sebelum ni pun aku dah cuba buat tp apa kan daya. Sebelum ni setiap bulan aku bayar duit upah, aku bagi sekali sedikit buah tangan untuk anak2 dia.
Dalam perbualan dengan kat situ so aku boleh tahula sedikit sebanyak cara diaorg kat sana dan pengalaman yg diaorg ada. Penyelia kat situ dah 7 thn bekerja kat situ. Dapatla tau sedikit sebanyak pasal taska tu dan pemiliknyer. Berdaftar dengan JKM dan ada penyedia makanan yang khas. Taska ni ada 3 biji rumah. 2 rumah dijadikan taska dan 1 lagi dijadikan tadika. Aktiviti diaorg setiap hari (bagi umur 2-3 thn), pagi bersihkan diri bg yg belum mandi, makan, pastu ada aktiviti kat luar (playground), pastu tgk tv, bersihkan diri, makan, minum susu & tido, petang bangun aktiviti dalam bilik bacaan, bersihkan diri, makan dan tunggu parent datang jemput.
Semlm Umi atun cakap Azim tak banyak makan, minum susu jer yang banyak. Azim sebenarnya dia makan tak banyak sangat. So aku cakap la, kalau dia kurang makan, minum susu tak per. Bawa balik pun Azim enjoy jer. Nampak happy. Alhamdulillah.
Walaupun menurut Umi Atun, Azim tido kejap jer. Tp balik rumah aktif juga sampai pukul 10 baru nak tido. Aku sentiasa berdoa semoga Azim enjoy di sini di samping pengasuh dan kawan2 yg baik.
Untuk hari kedua, cabaran pasti lebih hebat, hehehe..Mesti Azim dah sedar yang aku akan tinggalkan dia kat sini. Macam sebelum ni pun hantar rmh pengasuh, aku terpaksa berkejar keluar. Dia nampak aku keluar jer pasti menangis drama sebabak.
Maaf aku tak sempat nak ambik gambar berkaitan Azim dan taska. Masih dalam fasa penyesuaian. Nanti dah lebih ok, aku akan uploadkan gambar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Hmmm...ok la tu, Azim blh adapt...hrp2 xde lg drama sebabak ye sbb dh cerdik dok nursery...pengasuh Iman pn tiap2 ari skang report Iman xnk makan...sy kata biarkn dia, dia nk kurus la tu, gemuk2 bg Umi semua.
hehe..anak ellen pn sama sis , dulu time umur satu setengah tahun dah hantar ke Taska, terpaksa. Tapi syukur sebab sampai dia nak grads tadika tahun ni dia masih kat sana, dan sangat suka di sana.
Sis usah risau, kalo taska berdaftar, tak da masalah tu..mrk akan train budak tu sebab itu salah satu tujuan adakan taska tu...
wah...mesti azim comel kat sana...hehe
iman's umi: drama sebabak makin hari dah makin kurang. hehehehe..a'aa dah aktif nak turun berat badan la tu. Azim pun sama gemuk bg kt ibu dia..hehehe
ellen: tula ellen. kat taska memang ada jadual. hehehe..nak tido pun ada jadual. ari pertama & ke-2 mungkin susah utk dia adapt. Hari ke-3 saya tgk dah makin ok. kalau ikut penerangan tu mmg bdk di situ di train. tq ellen.
HOYERRRR azim akan dapat ramai kawan.. insyallah dia akan rsi tu nanti..
Post a Comment