Monday, November 1, 2010

Laungan Azan Bantu Memadamkan Kebakaran





Baru jer aku nak tido, tiba2 terdengar masjid (Masjid Tmn Medan) dekat rumah ni buat pengumuman "kepada penduduk yang berdekatan masjid sila keluar dari rumah sekarang, ada kebakaran". Terkejut gak dengar. So, cepat2 aku dan Mr. Hubby tengok ikut tingkap. Yelah ada rumah yang sedang terbakar. Aku tengok api marak dengan asap yang tebal. Kebakaran berlaku kira2 300 meter dari rumah aku. Aku nampak api dengan jelas. Maklumla rumah aku ni kan penthouse (hehehehe..yeker???). Yang terbakar ni rumah teres di tepi masjid.
Dari mula kebakaran sampai api berjaya di padamkan, azan dilaungkan tidak henti2. Semua orang Islam sedia maklum tentang kebesaran dan kehebatan azan. Tak sampai 30 minit, api yang marak menjadi semakin kecil dan ini memudahkan pihak bomba memadamkan kebarakan. Satu yang amat aku respect di kawasan ini ialah jika berlaku angin yang kuat atau hujan yang lebat, jemaah masjid dengan cepat akan terus melaungkan azan berulang2 kali sehinggala angin atau hujan menjadi reda. Maha Besar Allah.
Aku tak dapat lihat dari dekat kejadian ini. Tp dari jauh Mr. Hubby sempatla snap beberapa keping gambar tuk korang semua tgk. Tp gambar tak clear sangat. Kamera jenis murah jer :P


azan rumah terbakar


masjid taman medan

rumah terbakar di taman medan


kebakaran di taman medan

8 comments:

Misz-ella said...

Maha suci Allah yg menjadikan segala-galanya.

Iman's Umi said...

Sy pernah dengar klu ada kebakaran kita disuruh bertakbir, bukannya menjerit api...api...klu x, nti api makin marak...syaitankn drpd unsur api, jd lwnnya takbir memuji kebesaran Allah.

nur said...

oh.. kagum dengan cerita azan ni
ALL IN ONE

ghost said...

cuba check sapa punya angkara sebabkan kebakaran tuh..letih tau tak gi padam.huhu

ZannaMazlan said...

hye2x.. puan rumah zanna pun ad masa kejadian ni berlaku,mlm td mmg terkejut sgt...laungan azan ni salah satunya sbb pili bomba kat kwsan tu x de air terpaksa cari yg jauh so dh darurat kena laungkan azan..alhamdulillah x smpi 30min jer api semakin kecik...mmg cuak keadaan ms tu takut lintas pintas jer....

SaRah said...

subhanallah..

PutraRocker said...

takbir!

tomato oren said...

betul..nenek sy pnh ckp dulu kalau ada kebakaran disarankan azan sbb api tak merebak..kalau dok jerit2 lg besar api.