Semalam balik keja call mak sembang2, mak citer dah beberapa hari hujan turun tak berhenti2 kat kedah ni terutamanya di daerah Kubang Pasu. Rumah parent aku kt Jitra. Korang tau tak Jitra tu kat mana? Hehehe..IPDA (Institut Perguruan DarulAman) tau? Ermm..Haaa...Senang citer kalau korang nak tau rumah mak ngan ayah aku kt Pejabat Dr. Romzey (ala yg Jusmate tu). Kat situla rumah aku tu.
Pagi td masuk opis, belek2 Harian Metro tengok muka depan citer pasal Changlun banjir. Konvokesyen UUM terganggu sebab ramai pelajar2 dan keluarga tak dapat nak masuk ke UUM. Kes macam ni pernah terjadi pada tahun 2005 dulu (nanti aku balik rumah godek2 tengok ada dak lg gambaq Jitra kena banjir besar 2005. Kalau ada aku uploadkan yer).
Dah baca surat khabar tu, terus aku call mak kt kg. Mak cakap Jitra sampai Changlun banjir. Tp alhamdulillah, rumah kami tak kena banjir. Tp memang tak boleh p mana2 sebab semua jalan air naik. Kawan2 PakSu Azim (Mr. Johaimie) pakat2 mai tumpang letak motor kat rumah sebab kawasan perumahan yang budak2 Polimas sewa dinaiki air (kata org utara, rumah ayaq naik).
Hujan ni pembawa rahmat. Ada disebut, doa semasa hujan turun ni antara doa yang dimakbulkan Allah. Memangla time2 macam ni ada yg akan mengeluh hujan lg..bah pulak. Tambahan pula kat Kedah ni antara pekerjaan utama org kat sini ialah sebagai pesawah, penoreh getah dan nelayan. Bila hujan memangla depa ni semua susah nak mencari pendapatan. Dah dekat musim menuai, hujan lebat padi habis rosak, pokok getah basah, nak p kelaut bahaya. Harap depa semua ni bersabaq. Semoga depa tabah menghadapi dugaan ini. Kalau panas pun kita mengeluh. Panas sangat. Kalau hampa nak tau kat Jitra ni kalau musim panas. Hiuhh..Hangat sungguh kata org utagha. Nak buat macam mana dekat dengan Thailand.
Kalau time macam ni, sure sepupu aku yg keja MADA tu pun sibuk. Sibuk duk jaga empangan dan tali air. Selamat bekerja yer Naim. Kalau kat Kedah & Perlis, MADA banyak membantu para pesawah kt sini. Selain membantu hal2 berkaitan sawah bendang ni. MADA pun banyak membantu dari segi pengeluaran produk makanan dan pemasaran.
gambar ni depan Yawata aku amik kat FB adik aku ... ( baru di snap panas lagi hehehe)
11 comments:
huhu...abes kawsan arau benjir..
uitm kini digelar pulau UiTM..
^_*
kawasan umah sya pon dah banjir..! huks~
tngok banjir tingat time kecik2 dulu. banjir kt kmpung.. huhu
alhamdulillah sini x banjir...syukur su manje...
nak balik jitraaa.
harap2 rumah x tenggelam
suami akak nak pergi perlis malam ni..
tu lah kawan dia kata kkat utara banjir..
kawasan umah saya xbanjir lagi..tapi takutla jugakk.huhu.
kat umah deno pun x banjir..
tapi air sungai blakang umah da naik..
minta2 xbanjir...
utara banjir..selatan belum lagi tunggu bulan disember nnti
ubi & shasha: mcm mana skrg air dah surut blum?
Duniaku syurgaku: Jgn main air semasa banjir
su manja: alhamdulillah
acap: dah balik jitra blum? apa kabar jitra?
cikgu isza: dengar berita kata banjir belum surut lg
che fara & deno: insyaAllah, semoga diberi perlindungan
orang muo: harap2 lepas ni dah tak de cerita pasal banjir lg
ALLAHUaKBAR
Post a Comment