Thursday, November 4, 2010

Pemilik Bersama: Banjir Ragut 6 Nyawa

Perlis, Kedah hampir lumpuh
Petikan Kosmo

Banjir kat Kedah dengan Perlis masih belum surut. Keadaan di Kelantan pun sama. Ermm...kesian bila fikir pasal yang terlibat dengan banjir. Menurut Kosmo hari ini, bilangan penduduk yang dipindahkan di kedua-dua negeri melebihi 16,000 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 37,000 orang selain melumpuhkan rangkaian sistem pengangkutan darat dan udara. Dah sama macam tahun 2005 dulu. Pagi tadi call mak, mak kata rasanyer kali ni lebih teruk dari 2005. Lagipun Kedah dan Perlis terpaksa lepas air empangan, sebab tu banjir tak surut2 lagi. Yang menjadi bertambah teruk Thailand pun turut sama banjir. Hingga ke Hadtyai banjir tu.

Di Kedah, banjir telah meragut nyawa: Siti Nadia Syukor,13, dan adiknya Sharifah, 8, bersama rakan mereka, Intan Malik, 14 (terselamat) hanyut apabila motosikal yang ditunggangi hilang kawalan dan terjatuh dalam arus tali air. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun, Mohd. Zaki Amani Shaari ditemui mati lemas ketika memukat ikan di kawasan bendang bersama abangnya di Kampung Charok Bongor, Kuala Nerang. Manakala, seorang warga emas berbangsa Jerman yang dihanyutkan arus deras berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, Jitra kelmarin ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 5.45 petang semalam. Di Perlis pula, Muhammad Nurul Afiq Mohd. Rozaidi, 21, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Terusan Arau ketika menunggang basikal di Sungai Baru, Kangar. Selain itu juga, di Bachok, Kelantan pihak penyelamat menemui mayat budak perempuan berusia 12 tahun.

Aku harap cepatla banjir ni surut. Kepada yang terlibat dengan banjir ni diharap banyak2 bersabar yer. Alhamdulillah, rumah parent aku terselamat dari banjir tp semua jalan kuar ditutup sebab dinaiki air.

12 comments:

nurkass said...

ya allah..dah meragut nyawa..semoga mereka tabah mengharungi dugaan ini..

~~su manje~~~ said...

salam ziarah ptg ...sambil komen kat en3 sis...

Unknown said...

tula kan...hrp2nya cpt la surut.ibu bapa kna perhatikan budak2 ni...

ahmad jo said...

takziah pada keluarga mangsa.. harap byk2 bersabar..

Affan Ruslan said...

Baru tau dah meragut nyawa.
harap2 tiada lagi lepas ni dah harap banjir cepat surut

Mrs Nurul said...

SEMOGA ALLHA MELINDUNGI HAMBANYE

Penulis Rindu said...

salam ziarah pagi ye..my tnet slow ..

tyara NY said...

Moga banjir surut segera... Mak Nury nak datang ke KL tapi terkandas!

Keyyah said...

dugaan Allah untuk hamba2 Nya...
Owh ell org sana juga erk..sama lah umah parent keyyah pun xkena juga..tp ms balik kg weekend lepas, kena naik lori tuk balik umah..jalan nak balik umah semua dh tutup untuk kenderaan ringan n bas.

SyazwaniSakura (^_^) said...

dulu dah pernah rasa banjir,
susah nakcari makan..

Salwa said...

hm..dh byk bencana skrg..

aman_arab said...

tempat keja aku kena banjir ari tu..teruk sangat..sekarang ni student dicutikan selama 6 bulan sebab kena ambik masa utk recover balik kesan banjir tu...kira datang keja goyang kaki je la aku 6 bulan ni..hehehe