Saturday, March 27, 2010

Pemilik Bersama: Holiday Day 2 - Malacca & Port Dickson

Kul 5.45 pg azim dah bangun so aku pun terpaksa la bangun layan dia. Then sambil2 tu aku & mr. hubby kemas beg untuk check out. Dah siap2 kul 7.30 pg turun breakfast kat cafe di bawah. Ok juga menu breakfast kat mahkota hotel tu. Cuma skrg ni dah bergelar ibu sure la makan pun nak kena cepat2 hehehe. Azim dah bising2 sebab aku hanya bg dia makan bubur nasi kosong. Then pusingkan dia mengadap jalan. Ok la dalam 15 minit sempat la aku makan. Mulala azim bercakap sensorang (dalam bahasa dia la..hehehe). Bila tgk ada org lalu jer dia panggil. Bila bas ker keta la lu dia menjerit gembira. Lepas dia boring mula la dah tak mau duk atas baby chair tu. Dah nak minta dukung. Tok ngan wan bawa azim gi tepi swimming pool. Azim dah merengek2. Alamak dah tak jd sesi posing tepi kolam. So bawa azim masuk bilik. Anak ibu ni kalau time dia mandi tak bg mandi mula la dia tak senang duduk. So mandikan azim. Bagi susu, kejap jer dia dah ZZzzz.
Dalam kul 11.30 pg kitaorg check out. Pastu ronda2 sekali lg. Kali ni sesi membeli belah buah tangan untuk kwn & saudara terdekat.
Lepas beli apa yang patut kitaorg mengarahkan haluan ke port dickson plak. Dah sampai port dickson ronda2 dulu tgk2 kawasan. Cuba tengok hotel mana yg ok dan berbaloi untuk RM. Akhirnya ilham resort juga jd pilihan tok dan wan. Ni kali kedua kami kesini. Fasiliti dia ok. Apartment luas. Cuma jauh skir dari pekan. Ilham resort kat batu 9 port dickson. Dah lalu port dickson ni mr. hubby mula la mengimbau kenangan dia sebagai student kat politeknik PD tu. Wahh dah banyak improvement. Dah ada poly mart. Hehehehe..one stop untuk student2 kat situ. Pastu dia mula la cerita lokasi rumah sewa lama dulu. Kedai runcit dia beli barang (dah tak der pun.. yelah dah dekat 10 thn tu). Aku pun tanya la mana dia pondok tipon yg B guna nak call org dulu? Hehehe...Alkisahnya Mr. hubby pernah berhujan sebab tunggu giliran nak call aku. Pencinta agung nih. Alih2 dah sampai giliran call aku line tak dapat plak. Aku dulu study kat uum. Sapa2 yg pernah dtg @ study kat uum fahamla mcm mana signal tipon kat sana. Kdg2 kena cakap duk bawah meja. Sadis betul. Ni semua dia selalu la duk ungkit kt aku. Habis dia citer kat mr. johaimie.
Petang tu bawa azim gi pantai dan lepak2 tepi swimming pool.



0 comments: