Wednesday, March 31, 2010

Pemilik Bersama - Happy Anniversary ke 32

To Mak and ayah...
Happy 32nd Aniversary. Semoga kebahagian, kesihatan dan kasih sayang milik kita selama-lamanya.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang terbaik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki mak dan ayah.

Love u mak & ayah to being best person in our life.

Love,
Johana + Azmi + Azim
Johaizal
Johaimie

Tuesday, March 30, 2010

Pengorbanan..ku ....

hu hu hu en3 kali lain skit......apa pengorbanan paling besar yg pernah korang buat...

Ni berdasarkan cerita kwn2 kat tempat keja lama aku ....antara pengorbanan yg aku penah dengar

... tolak tawaran sambung belajar...sbb nak jaga org tua....
...ade wat kijer part time sbb x ckp duit nak sambung belajar...
... sanggup bwak motor dr kuantan dtg kl utk kelas PJJ.. ujung minggu pastu balik plak sbb ari Isnin kijer
.... ade jual keter nak cari modal berniaga ... untung blom tentu

dan macam2..... kalau nak senaraikan panjang sgt..

aku plak x la besar mana pon pengorbanan yg aku buat.... cuma terpaksa tolak tawaran kijer yg memang jd cita2 aku masa belajar dulu.... sbb nya Arwah mak aku x berapa setuju sbb takut anak dia kena Karan (Elektrik) ... he he he ..ape blehh buat ...... Restu mak tu penting kalau nak buat apa2 pon...... he he he he btol takkk.....




Saturday, March 27, 2010

Pemilik Bersama: Holiday Day 2 - Malacca & Port Dickson

Kul 5.45 pg azim dah bangun so aku pun terpaksa la bangun layan dia. Then sambil2 tu aku & mr. hubby kemas beg untuk check out. Dah siap2 kul 7.30 pg turun breakfast kat cafe di bawah. Ok juga menu breakfast kat mahkota hotel tu. Cuma skrg ni dah bergelar ibu sure la makan pun nak kena cepat2 hehehe. Azim dah bising2 sebab aku hanya bg dia makan bubur nasi kosong. Then pusingkan dia mengadap jalan. Ok la dalam 15 minit sempat la aku makan. Mulala azim bercakap sensorang (dalam bahasa dia la..hehehe). Bila tgk ada org lalu jer dia panggil. Bila bas ker keta la lu dia menjerit gembira. Lepas dia boring mula la dah tak mau duk atas baby chair tu. Dah nak minta dukung. Tok ngan wan bawa azim gi tepi swimming pool. Azim dah merengek2. Alamak dah tak jd sesi posing tepi kolam. So bawa azim masuk bilik. Anak ibu ni kalau time dia mandi tak bg mandi mula la dia tak senang duduk. So mandikan azim. Bagi susu, kejap jer dia dah ZZzzz.
Dalam kul 11.30 pg kitaorg check out. Pastu ronda2 sekali lg. Kali ni sesi membeli belah buah tangan untuk kwn & saudara terdekat.
Lepas beli apa yang patut kitaorg mengarahkan haluan ke port dickson plak. Dah sampai port dickson ronda2 dulu tgk2 kawasan. Cuba tengok hotel mana yg ok dan berbaloi untuk RM. Akhirnya ilham resort juga jd pilihan tok dan wan. Ni kali kedua kami kesini. Fasiliti dia ok. Apartment luas. Cuma jauh skir dari pekan. Ilham resort kat batu 9 port dickson. Dah lalu port dickson ni mr. hubby mula la mengimbau kenangan dia sebagai student kat politeknik PD tu. Wahh dah banyak improvement. Dah ada poly mart. Hehehehe..one stop untuk student2 kat situ. Pastu dia mula la cerita lokasi rumah sewa lama dulu. Kedai runcit dia beli barang (dah tak der pun.. yelah dah dekat 10 thn tu). Aku pun tanya la mana dia pondok tipon yg B guna nak call org dulu? Hehehe...Alkisahnya Mr. hubby pernah berhujan sebab tunggu giliran nak call aku. Pencinta agung nih. Alih2 dah sampai giliran call aku line tak dapat plak. Aku dulu study kat uum. Sapa2 yg pernah dtg @ study kat uum fahamla mcm mana signal tipon kat sana. Kdg2 kena cakap duk bawah meja. Sadis betul. Ni semua dia selalu la duk ungkit kt aku. Habis dia citer kat mr. johaimie.
Petang tu bawa azim gi pantai dan lepak2 tepi swimming pool.



Friday, March 26, 2010

Pemilik Bersama: Holiday Day 1 - Malacca

Alhamdulillah..kami semua selamat sampai ke Melaka semalam..Kitaorg bertolak dari rumah aku petaling jaya area kul 8 pg. So untuk elakkan kesesakan lalulintas kitaorg ikut lebuhraya NPE terus ke dengkil melalui putrajaya. Dalam 3 jam kami sampai ke Melaka. Tu pun sebab berhenti kejap kat R & R Seremban tuk breakfast.
Mungkin sebab kitaorg datang time weekdays so terus boleh check je kat Mahkota Hotel, walaupun dalam kul 11 pg lebih. Lepak2 jap kat apartment yg kitaorg sewa, bg our little hero tido jap. Dalamg kul 2 ptg kitaorg kuar makan dan ronda2 kat Banda Hilir & Bandar Melaka. Lunch aritu dengan asam pedas. Tp harga tu boleh tahan la. Uihh mahal beb. Saja ler tu taukeh tu pekena kitaorg. Dah tau kita org ni pelancong. Pastu ingat nak naik duck cruise, sekali cari kaunter dah tutup. Gi plak ke river cruise laa..Dekat sejam plak bot jalan, errmm tak jd lg. Masa tu pun dah dekat pukul 6 ptg. Dah lewat la. Balik apartment kejap rehat2 then kluar lg tuk dinner. Mlm ni kitaorg dinner kat warung dekat dengan mahkota parade. Ok not bad sedap. Hujan plak lepas makan so ronda2 sekali lg kat area Bandar Melaka tu then balik apartment.

Sampai jer semua dah mengantuk. Aku ngan azim terus layan bantal. Mr. hubby & Mr. Johaimie still lepak2 kat luar. Sorang layan internet sorang layan PS. Tah pukul berapa tido aku dah tak sedar. Heheheh..Penat ooo...siang tu ronda bandar melaka jalan kaki tuh...Dengan dukung azim lg. Saja jer tak bawa stroller. Azim plak dgn org lain nak dukung kejap2 jer nampak jer aku mula la buat muka sedih pastu merengek2. Kalau aku buat dont know jer kat dia sure jap lg dia akan mengangis syahdu. Kalau korang nak tahu skrg ni azim dah taktik tersendiri. Ada yg tak kena jer sure dia akan mengangis macam org sedih sgt tu. Pastu dia akan menghentak2 kaki. Tak sampai ati ooo. Tp ingat azim. Nanti azim dah besar skit dah faham apa ibu cakap azim buat mcm tu ibu jentik azim.

Tp azim tetap goodboy. Dia merengek & mengangis suh aku dukung jer. Kalau aku dukung bawa jelah dia gi mana pun. Azim rela. Ye azim? Hehehe. Tak kisah berpanas jalan di tengah orang ramai. Asalkan dengan ibu. Mengantuk jer terus lentok. Tapi aku la lenguh. Dukung lg, bawa payung lg. Tok kata azim ni goodboy senang. Boleh bawa jenjalan lg. Ni percubaan pertama kitaorg gi holiday dengan azim.

Gambar tak banyak sangat dapat tangkap. Almaklumla asyik mengejar tok dan tokwan. Ok semua next destination keesokkannya kita pegi ker Port Dickson plak key.

Wednesday, March 24, 2010

Pemilik Bersama: Horeyyyy

Horeyyyy...akhirnya aku dapat bercuti. 2 ari jer tp dapat la 4 ari campur sabtu dan ahad. So esok plan nak holiday ngan family. Yeye..Best2..Tp pakngah azim tak ikut sekali pakngah baru masuk keja so tak bleh lg nak apply cuti. Ok pakngah jgn sedey jer next time kita pegi sama-sama yer.
Semlm mak, ayah & Mr. Johaimie sampai mcm biasala kalau datang naik keta aku and mr. hubby akan jemput kat restoran jejantas sg. buloh. Semlm azim buat hal. While aku driving dia menangis sepuas hati. Nak aku dukung tak mau tok dukung. Azim nak kena nihh.. Terpaksa aku berhenti tepi jln tenangkan azim dulu. Sib baik Mr. Hubby yg drive keta tok perasan so depa pun berhenti sekali. Mula2 ingat nak suh jer mr. hubby drive sambil pegang azim tp fikir bahaya so dah azim tenang kitaorg gerak pelan2.
Ibu pesan kat azim...azim budak baik kan duk ngan tuk sat na..ok..budak baik tak leh nangis tau...terpaksa aku drive dgn sebelah tangan babab paha azim. Budak uchuk yang manja.
So malam ni lepas bg azim tido, aku & mak kemas2 barang untuk esok. Ni first time ni gi holiday ngan azim. Uish..Azim barang azim paling banyak dari org lain. Ayah ngan mr. johaimie gi teman wan gi meeting reunion sekolah (hehehehe...jgn tak tau diaorg punya alumi ni aktif betoi). Aku tak biarkan mr. hubby & mr. johaimie bersenang lenang kat kelab golf shah alam tu sambil tunggu tok wan. So calling2 mr. hubby suh p cari stok bekalan susu azim..Hehehe boleh mcm tu. Sorry yer b.
Ok sampai jumpa lagi esok ari. Kalau aku sempat nak post entry la. Ok semua gud night. See you again..Doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat yer.






Monday, March 22, 2010

Award from cik aidacomei




hu hu hu aku kena tag... ni 1st aku kena tag sejak aktif berbloging



1.Thank & link the person that gave u the award
tq pada siti nurohaidah a.k.a * cik aidacomei * yg sudi tag aku n dia lah yg paling byk komen kat blog aku tq tq tq tq

2.Pass diz award onto15 bloggers u've recently discovered n think are fantastic
sape ekk aku nak letak ..aku rasa semua blogger mmg boombastik n fantastic .. sbb aku byk belajar dari diorang.....(pasal nuffnang terutama sekali he he he)
sila amik laa anugerah iniiiiiiiiiii n jgn segan2

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

4. State 7 things about urself
  • aku suka lepak kat umah dengan family...( home type person ha ha ha jln2 buang duit jerrr )
  • aku suka masak n tlg wife aku masak (ni bukan bodek ok hu hu hu )
  • suka tgk TV...( kadang2 TV tgk aku)
  • suka baca komik.. (wife aku siap beli komik masa aku masuk wad dulu) koleksi komik aku... arwah mak aku dah bakar sbb semak umah katanye he he he ape bleh buattt tinggal kenangan jer
  • tengok kartun.... x kira katun (anime) aper pon ... yg paling aku suka... naruto n FullMetal Alchemist (dua2 kartun aku ikut dari mula sampai skang dr 2003@2004 kot aku x ingat dah)

  • x suka g tmpt yg ramai org... rimas
  • paling suka pasal keta , terutama sekali bab2 enjin suka sgt2 godek kat enjin (aku bukan tau byk menda pon)




Thursday, March 11, 2010

Belajar Bidang Lain.... Kerja Bidang Lain

n3 kali ni pasal bidang kijer... byk yg kat luar sana tgh cari kijer, nak tukar kijer dan mcm2 lagi..... kebanyakan org mesti kijer ikut bidang yg dipelajari..
tapi aku sendiri pon kijer x ikut bidang .... yang sepatutnya.

masa study dulu aku amik Elektrik... sbb aku sekolah dulu pon aliran eletrik... jadi kesinambungan laaa.. lepas abis study aku sempat menganggur 2 bln jer...
pekerjaan aku yg pertama...jd operator pengeluaran....kalau lepas SPM @ abis study jawatan ni mmg sesuai sgt...sb kat Penang byk sgt kilang ..jadi jawatan ni mmg bersepah.

pastu aku dpt offer dr syarikat telekomunikasi GLC... (lain bidang dahh)...kijer aku repair line tepon...yang best kijer ni ... boleh masuk umah org sampai bilik tido.. pendek kata kat mana ade tepon dlm umah tu.. semua kena tgk, pastu pecah rahsia... harap umah jer cantik tp dlm umah..cam togkang pecah .. he he he.
antara umah yg aku penah aku sampai ...Datuk Yusof Haslam, Erma fatimah n beberap VVIP yg lain... lepas 6 thn berkhidmat dlm syarikat ni...aku beralih angin...

skang ni aku kijer berkaitan dgn komputer (service, upgrade n maintenance)...pasal bidang ni aku tak ada ikut mana2 kursus @ kelas. aku belajar sendiri jer...

korang lak cam ner...???



Thursday, March 4, 2010

Pemilik Bersama - Terima Kasih Cikgu


Lamanyer aku tak post entry. Bz la..Ermm...
Tapi memandangkan arini adalah antara hari yag bersejarah (untuk family kami) aku lapangkan sedikit masa utk post satu entry.

Arini mak last day. Ermm...Ada yang tanya last der apa? Arini mak aku last day keja. Sebab esok dah pencen. Esok juga Birthday mak yang ke-56 (HAPPY BIRTHDAY MAK). Memang kalau boleh niat hati nak cuti dan balik kg tp apa kan daya terikat dengan kerja. Mak mesti faham. Selama 33 thn kerja mak memang seorg guru yg dedikasi.

Mak cakap sedih pulak bila fikir dah nak pencen. Mak mesti rindukan suasana sekolah kan? Ok mak.. selamat menjalani satu fasa hidup yang baru.

So Ayah and Mr. Johaimie syiok la tu...Now full time mak kat rumah. Kitaorg pun syiok juga boleh balik kg bila2 masa sebab mak dah tak keja. Hehehe...mak & ayah pun bleh la mai rumah kitaorg lama-lama. Hehehe...Bleh main dengan azim udak uchuk.

Nanti malam skit baru boleh call mak. Arini mak sibuk sangat. Ada majlis perpisahan kat sekolah. Pastu ada lunch dgn kawan2. Malam plak insyallah ada kenduri kesyukuran skit.


tok & cucu

MAK, YOU ARE THE 1ST TEACHER IN OUR LIFE. AND WILL BE ALWAYS OUR TEACHER.


p/s: Aku pun bercita-cita nak jadi cikgu juga tp tak kesampaian lg. Tolong doakan aku yer....hehehe..



Tuesday, March 2, 2010

Minggu yang Bz

harap maklum semua para pengunjung blog ini .... aku bz skit mggu ni jd x bleh updates n wat blogwalking ....sorryyyy