Thursday, November 11, 2010

Pemilik Bersama: Jom Kita Sarapan Pagi






breakfast
Yang mana satu..

Sarapan apa yer esok? Hehehe itula persoalan yang bermain kt fikiran aku setiap malam. Apa yg nak di masak utk esok pagi. Nak kata rajin sangat tu tak juga. Sebenarnya mungkin dah terbiasa kot. Dari dulu masa sekolah lagi dah biasa mak bekalkan sarapan. So, sekarang aku rasa lg mudah kalau aku bawa sarapan ke tempat keja. Dah tak yah fikir lg nak beli apa. Kat mana nak beli. Lagipun ni lg satu cara tuk aku kawal makan. Hehehe..kalau g beli sarapan pagi, rambang mata plak. Macam2 aku nak beli. Aku diet ka? Tak ler..cuma kadang2 bila terover beli dan aku tak makan semua tu aku rasa membazir plak. Kang lunch nanti aku nak beli lagi. Hahahaha..Nafsu makan.
Selalunya, sarapan yg aku sediakan takderla yg susah sgt. Yang mudah2 jer. Roti adalah sarapan yang paling mudah dan cepat. Kadang2 menu pilihan bihun goreng (malaysia/singapore hehehe), mee goreng (yg ni jarang, sebab mee mkn time panas baru sedap), jemput2 (yg ini kalau aku terlebih masa waktu pagi). Kadang2 salad pun ada (ni kalau mood, perasan omputeh kejap). Takpun nasi goreng ala kg (ikut style kampung akula - letak cili padi + cili merah yang ditumbuk bersama bawang merah + ikan goreng yang tak abis semalam), sedap plak bila cakap pasal nasi goreng ni. Ni speciality mak aku. Ni la menu kegemaran ayah. Kitaorg pun suka. Cili + bawang + ikan goreng tu kena tumbuk baru sedap, kalau di blend menggunakan blender kurang skit kick dia.

Thursday, November 4, 2010

Pemilik Bersama: Banjir Ragut 6 Nyawa

Perlis, Kedah hampir lumpuh
Petikan Kosmo

Banjir kat Kedah dengan Perlis masih belum surut. Keadaan di Kelantan pun sama. Ermm...kesian bila fikir pasal yang terlibat dengan banjir. Menurut Kosmo hari ini, bilangan penduduk yang dipindahkan di kedua-dua negeri melebihi 16,000 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 37,000 orang selain melumpuhkan rangkaian sistem pengangkutan darat dan udara. Dah sama macam tahun 2005 dulu. Pagi tadi call mak, mak kata rasanyer kali ni lebih teruk dari 2005. Lagipun Kedah dan Perlis terpaksa lepas air empangan, sebab tu banjir tak surut2 lagi. Yang menjadi bertambah teruk Thailand pun turut sama banjir. Hingga ke Hadtyai banjir tu.

Di Kedah, banjir telah meragut nyawa: Siti Nadia Syukor,13, dan adiknya Sharifah, 8, bersama rakan mereka, Intan Malik, 14 (terselamat) hanyut apabila motosikal yang ditunggangi hilang kawalan dan terjatuh dalam arus tali air. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun, Mohd. Zaki Amani Shaari ditemui mati lemas ketika memukat ikan di kawasan bendang bersama abangnya di Kampung Charok Bongor, Kuala Nerang. Manakala, seorang warga emas berbangsa Jerman yang dihanyutkan arus deras berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, Jitra kelmarin ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 5.45 petang semalam. Di Perlis pula, Muhammad Nurul Afiq Mohd. Rozaidi, 21, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Terusan Arau ketika menunggang basikal di Sungai Baru, Kangar. Selain itu juga, di Bachok, Kelantan pihak penyelamat menemui mayat budak perempuan berusia 12 tahun.

Aku harap cepatla banjir ni surut. Kepada yang terlibat dengan banjir ni diharap banyak2 bersabar yer. Alhamdulillah, rumah parent aku terselamat dari banjir tp semua jalan kuar ditutup sebab dinaiki air.

Pemilik Bersama: Minyak oh Minyak !!!!






ron95

Dalam duk kelam kabut pasai berita banjir kat utara tetiba dengar kat berita di radio kata harga minyak untuk Ron 97 naik lg. Kenaikan minyak untuk Ron 97 sebanyak 5 sen, menjadi RM2.15. Nasib baik kereta aku guna minyak jenis Ron 95, kalau dak penat juga tu.
Aku ingat lagi tahun 2008, kalau tak salah aku, masa harga minyak naik mencanak tu. Aduihh..penat gak la. Untuk yang berpendapatan rendah mcm aku ni, sakit jugala kalau perbelanjaan minyak seminggu mencecah RM 100. Tp sekarang alhamdulillah harga minyak untuk golongan sederhana dan berpendapatan rendah macam aku nih dah turun. Tambahan pulak sekarang aku dah pindah rumah dekat dengan tempat keja. Hahaha..seminggu minyak keta aku RM10 ja. Kalau aku g keja naik motor lg jimatkan? Kalau nak jimat sangat jalan kaki jer la. Betul tak?

Wednesday, November 3, 2010

Pemilik Bersama:Hari Ketiga konvokesyen UUM terpaksa ditangguh kerana banjir







UUM
Gambar ni pakcik google yg kasi

Lagi pasal cerita banjir di utara tanah air. Apasal aku alert sangat pasal banjir ni yer? Yelah my family kt sana (half of my heart kt sana) . Belek2 Harian Metro (pinjam kat member nih..hehehe) ada plak pasal citer Hari Ketiga Konvokesyen UUM Ke-23, sidang kelima dan keenam terpaksa di tangguhkan. Sian kat diaorg datang jauh2 dengan family tapi konvokesyen terpaksa di tangguhkan. Nak buat macam mana banjir ni di kira bencana alam. So, bencana alam datang dengan tiba2 bukan dirancang. Menurut Naib Canselornya, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak (ni lecturer aku ni - subjek perbandingan politik & ekonomi), keputusan dibuat selepas berbincang dgn polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Aku baca lagi, alaa..tesiannyer yg terlibat tu adik2 junior aku (aku konvo thn 2002 Konvokesyen ke-16, dah 7 thn lepas daaa). Menurut wakil UUM satu majlis konvokesyen khas untuk pelajar terbabit selewat-lewatnya awal Januari tahun depan. Ia membabitkan graduan bidang Undang-undang, Pentadbiran Awam, Pengajian Antarabangsa dan Pengurusan Pembangunan.
Untuk adik2 yang majlis konvokesyen di tangguh tu jangan sedih yer. Nanti pihak UUM akan buat juga konvokesyen untuk korang semua. Memang la konvokesyen tu lambang tamatnyer pengajian kita. Aku faham tak berseri cerita kisah suka duka di institusi pengajian tanpa kenangan gambar konvo

uum konvo
Pakcik google jugak yg kasi

psttt: korang nak tau Mr. Hubby aku tak g pun konvo dia, yelah dia sibuk bekerja. budak barula katakan. aku suh dia belajar lagi tp dia cakap nanti..nanti..nanti..apa kata korang nasihatkan Mr. Hubby aku suh sambung belajaq.

Tuesday, November 2, 2010

Pemilik Bersama: Jitra Banjir Lagi






banjir di kedah, changlun banjir,pendaftaran UUM
Petikan Akhbar Harian Metro


Semalam balik keja call mak sembang2, mak citer dah beberapa hari hujan turun tak berhenti2 kat kedah ni terutamanya di daerah Kubang Pasu. Rumah parent aku kt Jitra. Korang tau tak Jitra tu kat mana? Hehehe..IPDA (Institut Perguruan DarulAman) tau? Ermm..Haaa...Senang citer kalau korang nak tau rumah mak ngan ayah aku kt Pejabat Dr. Romzey (ala yg Jusmate tu). Kat situla rumah aku tu.
Pagi td masuk opis, belek2 Harian Metro tengok muka depan citer pasal Changlun banjir. Konvokesyen UUM terganggu sebab ramai pelajar2 dan keluarga tak dapat nak masuk ke UUM. Kes macam ni pernah terjadi pada tahun 2005 dulu (nanti aku balik rumah godek2 tengok ada dak lg gambaq Jitra kena banjir besar 2005. Kalau ada aku uploadkan yer).
Dah baca surat khabar tu, terus aku call mak kt kg. Mak cakap Jitra sampai Changlun banjir. Tp alhamdulillah, rumah kami tak kena banjir. Tp memang tak boleh p mana2 sebab semua jalan air naik. Kawan2 PakSu Azim (Mr. Johaimie) pakat2 mai tumpang letak motor kat rumah sebab kawasan perumahan yang budak2 Polimas sewa dinaiki air (kata org utara, rumah ayaq naik).
Hujan ni pembawa rahmat. Ada disebut, doa semasa hujan turun ni antara doa yang dimakbulkan Allah. Memangla time2 macam ni ada yg akan mengeluh hujan lg..bah pulak. Tambahan pula kat Kedah ni antara pekerjaan utama org kat sini ialah sebagai pesawah, penoreh getah dan nelayan. Bila hujan memangla depa ni semua susah nak mencari pendapatan. Dah dekat musim menuai, hujan lebat padi habis rosak, pokok getah basah, nak p kelaut bahaya. Harap depa semua ni bersabaq. Semoga depa tabah menghadapi dugaan ini. Kalau panas pun kita mengeluh. Panas sangat. Kalau hampa nak tau kat Jitra ni kalau musim panas. Hiuhh..Hangat sungguh kata org utagha. Nak buat macam mana dekat dengan Thailand.
Kalau time macam ni, sure sepupu aku yg keja MADA tu pun sibuk. Sibuk duk jaga empangan dan tali air. Selamat bekerja yer Naim. Kalau kat Kedah & Perlis, MADA banyak membantu para pesawah kt sini. Selain membantu hal2 berkaitan sawah bendang ni. MADA pun banyak membantu dari segi pengeluaran produk makanan dan pemasaran.



gambar ni depan Yawata aku amik kat FB adik aku ... ( baru di snap panas lagi hehehe)

Yawata banjir,

anak kecil bermain air banjir

terkandas dalam banjir




Monday, November 1, 2010

Laungan Azan Bantu Memadamkan Kebakaran





Baru jer aku nak tido, tiba2 terdengar masjid (Masjid Tmn Medan) dekat rumah ni buat pengumuman "kepada penduduk yang berdekatan masjid sila keluar dari rumah sekarang, ada kebakaran". Terkejut gak dengar. So, cepat2 aku dan Mr. Hubby tengok ikut tingkap. Yelah ada rumah yang sedang terbakar. Aku tengok api marak dengan asap yang tebal. Kebakaran berlaku kira2 300 meter dari rumah aku. Aku nampak api dengan jelas. Maklumla rumah aku ni kan penthouse (hehehehe..yeker???). Yang terbakar ni rumah teres di tepi masjid.
Dari mula kebakaran sampai api berjaya di padamkan, azan dilaungkan tidak henti2. Semua orang Islam sedia maklum tentang kebesaran dan kehebatan azan. Tak sampai 30 minit, api yang marak menjadi semakin kecil dan ini memudahkan pihak bomba memadamkan kebarakan. Satu yang amat aku respect di kawasan ini ialah jika berlaku angin yang kuat atau hujan yang lebat, jemaah masjid dengan cepat akan terus melaungkan azan berulang2 kali sehinggala angin atau hujan menjadi reda. Maha Besar Allah.
Aku tak dapat lihat dari dekat kejadian ini. Tp dari jauh Mr. Hubby sempatla snap beberapa keping gambar tuk korang semua tgk. Tp gambar tak clear sangat. Kamera jenis murah jer :P


azan rumah terbakar


masjid taman medan

rumah terbakar di taman medan


kebakaran di taman medan