Tuesday, April 20, 2010

BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN.... Part 1/3

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang
kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling
hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah
kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan
berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan”
akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang
lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak
cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan
bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang
paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak
bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling
penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga
menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak
bahagia.

couple
Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah
kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang
paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah
anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di
dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.





Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot,
bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain.
Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah”
modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya.
Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada
barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba
rennungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan
isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan
semacam tidak kedengaran. “Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar
ke “workshop” untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit
dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di
rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek
dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan
didengar luahan hatinya.


4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

setuju ngn anda..hihi
isteri kdg2 dimadukn ngn kete..ape kes??haha

♥Fitnunnisak♥ said...

xleh nk prktis lg dowh..xde Adam lg..

farysa said...

suke entri ni
tp xd suami lg
tp...
part kt ats2 tu leh pkai
hehe

eLL said...

Pemilik Bersama:
Sugar Kapas: Kereta tu boleh kata minat dan kebangaan kebanyakkan lelaki.

CikYanna & Farsya: takper..ambil sebagai ilmu. nanti dah sampai masa boleh praktikkan