Sunday, April 25, 2010

BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN.... Part 3/3

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan
cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang
‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan
mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih
banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini
apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami
dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang
beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika
duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan
isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila
isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan
bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar
suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata
isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…





Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali.
Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh
semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri,
suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama
segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam,
lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi
sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia
yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita
tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

1 comment:

sugar2 kapas strawberry said...

pape skalipon..hrgai ape yg kita ad ;)