Friday, April 2, 2010

Pemilik Bersama - Hati-hati Gelombang Ke-2 Influenza H1N1

Pagi-pagi ni sebelum pegi antar Azim kat rumah pengasuh sempat lepask2 depan TV tengok Rancangan Tanyala Ustaz (pengisian rohani untuk memulakan hari ini). Pastu sempat juga tgk kejap Nasi Lemak Kopi O.

Mula-mula pengumuman mengenai kematian mentor untuk raja lawak - Din Beramboi akibat virus dari kencing tikus. Al-fatihan.

Pastu pengumuman peringatan kepada warga Malaysia mengenai gelombang ke-2 H1N1. 3 buah sekolah di Langkawi di tutup dengan kira-kira 300 pelajar menunjukkan tanda-tanda influenza.


H1N1
gambar pakcik goggle

So kepada kawan-kawan semua marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan diri kita sekeluarga. Terutama preggy mom, yg ada anak kecik & kumpulan berisiko tinggi. Elakkan dari pergi dan bersesak-sesak di tempat tumpuan ramai.

Amalan mencuci tangan dan kebersihan diri perlu diberi penekanan dan keutamaan sekarang.

Dulu masa gelombang pertama aku nak bersalinkan Azim. Masa dalam pantang gi klinik untuk check up boleh katakan semua org bertopeng muka. Masa tu juga bulan ramadhan, tapi alhamdulillahlah di kawasan kg halaman aku banyak juga yg mempunyai kesedaran memakai topeng muka ke bazar ramadhan.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua beserta keluarga dan rakan-rakan sentiasa sihat dan mendapat perlindungan dari Allah. Semoga virus ini tidak merebak di negara kita.




This entry was posted in

6 comments:

soffya cik bulan said...

ku takut...ku sudah beberapa minggu batuk malam....:(

Chaon Cornerz said...

bahaya nie.. Thanks untuk info nie.. ingatkan dah abis..

sugar2 kapas strawberry said...

dlu msa awl kemunculan h1n1..mak aiii..takot gler

hani said...

takut gak sbb ank2 suka bermain kt luar..tapi sama2 la kta jagan kebersihan..

eLL said...

aku skang ni dah x g jln2 tmpat ramai org.. ni semua sebagai langkah pencegahan.. nnti2 dah ok baru g...

cikkiah said...

hmm....kena hati2 nih...terima kasih info :)