Wednesday, June 9, 2010

Pemilik Bersama: Minggu Yang Tak Best Tapi Best

Hmm...sorry yer kenkawan sebab dah lama tak der entry baru dan jarang berblogwalking. Satunyer kerana internet tak bagus. Yang keduanyer sibuk dengan keja. Kadang-kadang bosan pun ada bila kerja kita bos macam tak hargai. Aku pelik la bos aku ni...hati dan perasaan staff langsung tak dijaga. Kekadang aku terfikir nak jd bos kena kejam ker? Bukan la nak kata aku bagus atau hebat sangat. Tp yang aku rasa sekarang tahap kesabaran aku makin menipis dan kadang2 aku jadi tak der mood nak cakap dengan bos..Hehehe mcm ler bos kisah sangat aku tak cakap dgn dia. Asyik2 cakap pasal performance..pasal dateline. Tp ada tak dia kaji apa faktor yang menyumbang kepada tahap pencapai yg agak rendah. Yang dia tahu cakap kitaorg ni lambat...(bos cakap tak bleh sebut shortmanpower tp kena cakap slow...hello bos! bosan la tgk ko dok bodek orang atasan).
Aku nak jumpa..nak ajak meeting pasal performance, dia suh aku compilekan jer masalah tu. Pastu suh emailkan kat dia..kalau nak jumpa juga kena email dulu apa tujuan nak jumpa dan nyatakan isu yg kita nak cakap (sekali lg aku rasa mcm nak cakap..eh..hello..ko ingat ko perdana menteri ker..kat opis ni aku rasa nak jumpa top mgmt lg mudah dari nak jumpa ko la). Dah susah sangat nak jumpa, kitaorg satu unit pun terus batalkan niat nak jumpa. Hampes punya perangai. Itu korang tak tgk lg muka kekwat dier. Skrg ni dia ada hobi baru, bila mana2 staff nak jumpa, time dia rasa tak ok jer, dia akan buat isyarat suh kita keluar dr bilik dia. Aku rasa keadaan bukan bertambah baik. Pasti jd lagi teruk. Tambah plak dgn sistem baru bayaran insentif tuk performance. Bos cubala faham kadang2 duit bukan segala-galanyer..Kalau korang la di tempat aku..bila ada bos yg membatukan diri jer dalam bilik, pastu bila ada complaint terus jer tunding jari staff I memang mcm ni, apa perasaan korang. Apa korang nak buat? Bila macam ni aku terfikir baikla kalau aku adalah pekerja biasa saja. Skrg situasi aku tersepit antara bos dengan anak-anak buah dalam satu team. Errmmm..permasalahan ni tak selesai selagi bos itu masih di situ atau bos masih tak berubah perangai. Mungkin permasalahan selesai jika ada bos lain atau tetiba bos aku jadi insaf dan mula berubah laku. Atau mungkin aku yang tukar keja lain (tp tukar keja lain tu bukan totally pilihan yg bijak, ada pro dan kontra nyer juga). Betul2 tak best situasi macam ni. Tapi nasib baikla kawan2 kat opis baik2. Maklumla kawan senasib.

Dalam menghadapi hari2 yang tak best dalam minggu nih..ada berita yang best juga..hehehe my family dtg rumah aku. Diaorg stay sini selama seminggu. Yabedabedu...Oklah kan dalam menghadapi masa2 tak best ada bestnyer. Mak, ayah &  Mr. Johaimie dtg sini sebab Mr. Johaizal konvo. Azim tak gi rumah pengasuh selama seminggu. Pg td azim mengamuk sakan sebab aku tinggalkan dia. Dia memang macam tu. Sekarang dah pandai buat muka sedih. Kadang2 meragam bila aku g keja. Itula yang pengasuh aku citer dalam minggu nih.

Ok kawan2 semoga esok adalah lebih best dari semlm. Korang pun sama tau. Semoga enjy dan happy2 selalu. Dalam sibuk2 akan juga aku dan Mr. Hubby meluangkan masa berblogwalking melawat kawan2 dan andai berkesempatan akan kami postkan entry baru.

1 comment:

oya said...

best x arini??