Friday, January 29, 2010

Pemilik Bersama - Azim Belajar Tentang Hujan

Lupa nak citer. Dua minggu lepas Azim belajar pasal hujan.Masa tu Azim ikut ayah jumpa Pak Cik Pozie (ayah best friend). Kali ni pakcik Pozie mai dengan family dia. Pak Cik Pozie dah nak balik Penang (Balik Pulau). Pak cik Pozie tak panggil Azim tp panggil Ali (Aly). Hehehe…Macam tok wan panggil Azmi…Mat Ali. Tok panggil Muhammad.

Hari ni pertama kali Azim tengok hujan. Teruja sungguh anak ibu tengok hujan. Bunyi hujan satu tarikan buat Azim. Tapi sayang tak dapat nak ambik gambar sebab dalam kereta, masa tu pulak jalan sesak.

Sambil tengok hujan, ibu nyanyi lagu.

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goyang
Tanya sama angin apa sebab hujan
Nanti jawab angin tanyala awan
Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Tengok dalam air nampak bayang2
Campak satu batu bayang pun hilang



Seronoknya tengok Azim tersengih-sengih. Sambil menjerit-jerit kecil. Azim tak faham pun apa aku cakap kat dia. Tp salah satu kaedah pembelajaran untuk bayi dan kanak-kanak ialah ibu bapa banyak bercakap dan bersembang-sembang dengan mereka. Aku dan Mr. Hubby memang banyak bercakap dengan Azim. Walaupun dia belum faham, kitaorg cuba bercakap-cakap dan bersembang-sembang dengan Azim. Selalunya Azim akan respond balik. Itu yang paling best. Setiap benda kitaorg akan tunjuk, cerita dan bagi dia rasa dengan tangan. Buat berulang-ulang.




0 comments: