Selasa lepas mak call cakap nak datang rumah kitaorg. Itu berita yang paling best. Mak ayah & dikmie. Tp kali ni tak plan nak jalan mana-mana. Diaorg sebenarnya datang nak tengok Azim. Our little hero. Mak macam biasa kalau datang mesti bawa banyak barang. Terutamanya makanan. Ari khamis lepas mak balik dr sekolah siap-siap terus bertolak ke sini. Dalam pukul 9.30 malam jemput diaorg kat Restoran Jejantas R & R sungai buloh. Selalu memang mcm ni ayah akan drive sampai situ so kitaorg akan jemput kat sana. Mr. Hubby pun xcited. Azim best la ramai org duk melayan dia. Kalau mak ayah ada sini sure dik jan pun akan stay kat rumah aku. Best dapat berkumpul dgn family and the best things is makan makanan yang mak masak.
Kitaorang tak de pegi mana2 cuma hari jumaat malam dinner kat bangi kopitiam. Entah pasai apa pun tak tau kali ni service dia tak memberangsangkan. Waiter lupa sebahagian yang kita order. Angin sekejap. Ari sabtu mula2 mak plan nak g Melaka sekali dikjan ada keja. So dibatalkan. So decide arini lunch kat kedai Minang lepas tu g ke subang parade. Semenjak ada si kecik ni semua org xcited tuk beli baju kat Azim. Mcm nak giler rambang mata. Dikjan xcited dengan satu t-shirt adidas. Aku pun minat gak. Mula2 tak nak beli tak sampai 10 langkah aku patah balik beli t-shirt tu. Nampak plak baby t-shirt jersi MU & England. Dah sekali lagi aku hampir2 hilang kawalan. Sib baik Mr. Hubby buat donno jer, dia tak layan aku. Mak pun sama. Emmm...tp dalam hati tetap simpan hasrat tu.
Lepas tu lepak2 kat Kenny Rogers, mula2 Azim ok sekali bila makanan dah sampai dia jadi xcited pastu mengamuk sebab satu pun dia tak bleh makan. Azim punya mengamuk geram tengok summer drink tokwan.
Ahad depa dah nak balik. Tak puasnya tp tak perla kurang-kurang terubat rindu di hati. Cuti chinesse new year baru kitaorg balik kg.
2 comments:
salam..klik nuff satu dipagi hari ni
nak buat permintaan boleh?
tukar la kaler untuk tulisan ni.
hehehe
ok ok... saya ni baru jer berkecimpung dunia blog ni nanti say tukar yer..tq sbb sudi singgah n komen blog saya..
Post a Comment